Bab 62

1.1K 70 7
                                    

"Garangnyer Pak Lebai kita,mentang-mentang la baru balik dari umrah...hahaha"..suatu suara mengejutkan mereka semua.

Masing-masing menoleh ke arah datangnya suara itu.

"Masyaallah ya Syeikh...assalamu'alaikum!"..Lebai Dolah mendapatkan sahabat lamanya itu sambil berpelukan.

"Wa'alaikumussalam...ya habibi,ya maulana,ya unta...hahaha"

"Tengku...dah elok dah luka tu?"..sapa Pak Syeikh lembut pada Asyraf yang datang mendapatkannya.

"Alhamdulillah Tok Ayah...dah elok dah"

"Indera..yang kamu dok tercongok kat situ macam ayam berak kapur tu kenapa?...dah jumpa Tengku tadi kan?....sekarang pegi main jauh-jauh,ingat..jangan kacau orang"

Sang harimau malas-malas bangun,menguap dan menggeselkan badannya pada kaki Asyraf sebelum menghilangkan diri di balik semak berhampiran.

"Lebai..kalau nak tau,inilah anak raja yang hilang dulu..Tengku Arjuna Aduka,anak angkat aku"

"Syeikh tak bergurau dengan saya ke?..Itu kan beratus tahun punya cerita,macamana pulak boleh tiba-tiba ada dekat sini?"..mata Lebai Dolah tajam merenung Asyraf dari atas ke bawah.Otak mula membuat kesimpulan..dengan apa yang dilihat dan diketahuinya,ada kemungkinan Pak Syeikh berkata benar.

Senyuman Pak Syeikh meleret-leret,soalan Lebai Dolah itu dibiarkannya terkontang-kanting.

Biar pun jauh..perbualan antara Pak Syeikh dan Lebai Dolah itu jelas pada pendengaran Safira.

"Mak...Abang Asyraf anak raja?"..tanyanya pada Mak Munah di sebelah.

Mak Munah sekadar menganggukkan kepala.

"Tapi........"

"Tak ada tapi-tapinya lagi...nantilah mak bagitau kamu.Sekarang pegi dapur..buat air"

"Bang...jemput la Pak Syeikh dengan Abang Lebai tu naik ke rumah.Takde sudahnya berborak kat situ"..laungnya pada Pak Jenal.

"Laa...asyik berborak,lupa nak pelawa ke rumah.Hahaha....jemput Tok..Lebai.Kita sambung dekat atas nanti.Sila...sila"

"Aku tak boleh lama ni,dah janji dengan orang rumah tadi nak balik sebelum Subuh"

"Larat lagi ke kamu Dolah?"..Pak Syeikh mengajukan soalan.

"Larat apa pulak?..rumah saya bukannya jauh pun Syeikh"

"Maksud aku..yang kamu janji sebelum Subuh dengan orang rumah kamu tu la.Larat lagi ke?"..Pak Syeikh mula tersenyum-senyum.

Dipandangnya Pak Syeikh lama-lama,selepas itu barulah ia faham apa maksud orang tua itu sebenarnya.

"Jangan pandang saya sebelah mata Syeikh..saya kalau sekali bagi makan,seminggu kenyang tau..hahaha"

Kata-kata Lebai Dolah itu disambut dengan hilai tawa Pak Syeikh dan Pak Jenal.Asyraf cuma tersipu-sipu..

....................................................

"Bang...suara sapa azan ni?.tak pernah pulak saya dengar sebelum ni"..Mak Timah yang sibuk memasak keluar sambil memasang telinga.

Lebai Dolah yang sedang bersiap-siap pun ikut tercengang.

"Ha'ah la Mah...lain macam pulak aku rasa,sampai meremang habih bulu roma aku ha"

"Bang...tunggu,saya pun nak ikut jugak.Jap saya nak matikan api dekat dapur dulu"

"Yelah...aku tunggu,cepat sikit"

Sepanjang perjalanan ke surau,naik lenguh leher Lebai Dolah,asyik terangguk-angguk membalas sapaan orang-orang kampung.

"Ramai pulak aku rasa orang nak ke surau ni Mah..selalu tu,dua tiga kerat je yang nak datang.Nak pulak kalau sembahyang Subuh macam ni"..sesekali lampu suluh di tangannya  dihalakan pada kaki Mak Timah.

"Ye la bang..Mah tengok abang dari tadi terangguk-angguk tak berenti,dah macam burung belatuk jadinya..hahaha"

"Assalmu'alaikum Pak Lebai"..satu suara menyapa dari belakang.

Lebai Dolah memberhentikan langkahnya lalu berpusing.

"Wa'alaikumussalam...aik?!..kamu pun nak pegi surau jugak ke Jusoh?"..dipandangnya Jusoh yang tersengih-sengih.

"Saya sekarang tiap-tiap kali masuk waktu,mesti datang surau Pak Lebai.Ni bila lagi sampainya ni?"

"Dalam pukul tiga lebih tadi,anak aku yang hantar balik.Ramai yang aku tengok nak ke surau ni..muka-muka yang bukan kaki surau pun ada,termasuklah kamu..ada kenduri ke?"

"Kenduri apanya pulak?..hahaha..malam tadi tu ye,ada makan-makan sikit..Tok Penghulu Kampung Nuri buat majlis kesyukuran"

"Majlis kesyukuran dekat surau kita?"..Lebai Dolah membuntangkan matanya.

"Iya...sebab Bilal Muda kita la"

"Bila masa pulak kampung kita ada bilal muda ni?"..lagi bertambah hairan Lebai Dolah,seingatnya...cuma ada satu bilal sahaja,dari dulu sampailah sekarang.

"Hahaha....ini bilal muda tak bertauliah Pak Lebai,kami saja je panggil dia Bilal Muda..tau-tau melekat sampai sekarang..hahaha"

"Maksud kamu,yang azan tadi tu dia la?"

Jusoh menganggukkan kepala.

"Sejak Bilal Muda ada,Bilal kita yang lama tu dah serah tugas laungkan azan pada dia.Kalau Pak Lebai nak tau,gara-gara dia azan jugak la surau kita penuh je manjang.Orang-orang dari kampung sebelah pun kadang-kadang datang berjemaah sini.Azan dia tu berantu Pak Lebai...hahaha"..

"Berantu?..tak paham aku Jusoh oii"

"Berantu tu maksudnya,suara azan dia boleh buat orang terpukau nak datang berjemaah.Bukan tu saja,kalau setakat bisa-bisa badan je...garenti boleh baik bila dengar dia azan.Santau pun boleh jadi baik Pak Lebai,dah ramai dah..Penghulu Sudin tu pun sama.Pertama kali datang,muntah darah..lepas tu terus baik"..bersungguh-sungguh Jusoh cuba meyakinkan Lebai Dolah.Biasak la kan...

"Kamu ni...macam yer je..hahaha"..Lebai Dolah dah masak dengan perangai Jusoh,kadang-kadang bunyi saja lebih..tapi isi kosong.

"Laa...buat apa saya nak tipu Pak Lebai?.tanya la sapa pun,memang itulah jawapannya"

Perbualan mereka terhenti bila sampai di perkarangan surau.Kereta,motosikal memenuhi halaman surau.Dari pintu depan surau sahaja,sudah kelihatan para jemaah berdiri..menandakan surau adalah penuh.

Lebai Dolah memandang isterinya,kemudian menadah tangan mengucap syukur...airmatanya tidak dapat ditahan lagi,ia sungguh terharu ketika itu.

Asyraf keluar meninjau kalau-kalau ada lagi para jemaah yang belum naik ke surau.Demi terpandang sahaja kelibat Lebai Dolah dan Jusoh serta seorang lagi perempuan,ia segera turun menyambut kedatangan mereka.Dari jauh lagi ia sudah menguntum senyum.

"Assalamu'alaikum Pak Lebai"

"Wa'alaikumussalam"..balas Lebai Dolah sambil memeluk Asyraf erat.

"Pak Lebai..inilah Bilal Muda kita"..Jusoh dengan bangganya memperkenalkan Asyraf.Tetapi kebanggaan itu tidak bertahan lama bila..

"Aku dah kenal dah dia Jusoh..hahaha"

"Tengku ke yang azan tadi?"..soalnya kembali.Bagai nak tercabut anak telinga Jusoh bila Pak Lebai memanggil Asyraf sebagai Tengku.

"Ya...saya Pak Lebai.Tak payah nak berTengku-Tengku Pak Lebai,segan saya.Panggil saja saya Asyraf"

"Hahaha...mana boleh,aku pulak nanti yang segan dengan kamu..hahaha"

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now