Bab 7

1.5K 75 89
                                    

Hari pertama restoran dibuka selepas dua hari ditutup,memang memenatkan.Pengunjung tiba bertali arus,dari pagi sampailah ke malam.Malah ada juga yang terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana semua lauk pauk telah habis.
Selepas siap mengemas,Asyraf dan Aman berehat sebentar di belakang restoran melepaskan penat.Seharian mereka terpaksa berkejar ke sana dan ke sini melayan pengunjung,kaki masing-masing dah macam nak jem dah.Agaknyer laa....hehehe.

Sebentar kemudian,kedengaran tapak kaki berjalan menghampiri mereka.

"Pak Usop,Mak Leha dan Kak Kasmah mana?"..tanya Safira.

"Tadi ada dekat dapur"...balas Asyraf pendek.

Aman cuma tunduk memandang ke tanah,tak berani nak bertentang mata dengan Safira.

"Mak nak jumpa dengan abang dan Abang Man,dia tunggu dekat depan.Tolong panggilkan diaorang sekali ya"..tutur lagi Safira.

Asyraf menganggukkan kepala.

"Abang Man ni dah kenapa?..muka moyok semacam je...sampaikan Safira yang cantik menawan ni pun dah tak sudi nak pandang lagi dah"...usik Safira bila dilihat Aman berdiam diri,selalu tu mulut dia la yang becok.

Asyraf tergelak,manakala Aman cuma tersengih memandang Safira.

"Abang Man marahkan Ira ek?"..tanya Safira sambil merenung ke arah Aman.

"Eh?!....takde lah.Nak marahkan Ira kenapa pulak?..Abang cuma penat je ni"..Aman cuba berdalih.

"Eleh...penat konon..selalu pun penat gak,tapi takde la muka moyok macam mati bini"...tingkah Safira sambil mencebik bibir.

"Iya...abang marahkan Ira.Ira tau la,pasal Ira marahkan abang petang semalam kan?...kan?."...desak lagi Safira.

"Ira mintak maaf la bang kalau abang kecik hati dengan Ira.Tapi abang pun satu, tak patut tau buat Abang Asyraf macam tu,kesian dia.Nasib baik dia cuma pengsan sekejap je.Kalau macam itu hari tu macamana?."...ada nada sendu pada bicara Safira.Entah kenapa hatinya disayat sayu.

Asyraf terbungkam,tak tau nak cakap apa.Dia lebih selesa menjadi pendengar yang setia.

"Abang mintak maaf la Ira..abang sebetulnya tau yang tolong kita malam itu hari Asyraf,sebab abang pernah tengok dia bertukar rupa semasa tidur dulu.Tapi tak sangka pulak yang dia pengsan sebab bertukar jadi orang tu."..ujar Aman kesal.

"Alaa...dah la tu,benda dah lepas kan?..macam tengok drama swasta la pulak korang ni"...tiba-tiba Asyraf menyampuk sambil tergelak.

"Ira...aku suruh kamu pegi panggil budak dua ekor tu dengan Pak Usop laki bini,yang kamu dok pegi mengorat Si Asyraf tu kenapa?..dah nak kawin sangat ke?...memang mulut Mak Munah takde insuran.Laser habis...

Safira tersipu-sipu malu lalu tergesa-gesa meninggalkan Asyraf dan Aman.

"Jangan lupa olong panggilkan Pak Usop,Mak Leha dan Kak Kasmah sekali ya"...sempat lagi dia berpusing dan mengingatkan mereka.

.........................................................

"Ini untuk korang"...tutur Mak Munah sambil menghulurkan sampul surat kepada semua pekerjanya,termasuklah Safira sekali.

"Ini apa ni Munah?"...tanya Pak Usop kehairanan sambil membuka sampul surat berkenaan.

Yang lain pun ikut sama melihat isi kandungan sampul surat itu,semuanya berisi wang rm500.

Mak Munah tersenyum memandang semua yang ada di depannya.

"Alhamdulillah Usop..rezeki aku murah,itu pun dengan adanya korang.Kalau korang takde,memang tak ke mana la jawabnya.Ada sikit,kita kongsi cara sikit..Ada banyak,kita kongsi cara banyak."

"Oooo...patut pun ko pakai sampul surat bagai,selalu tu main hulur macam tu aje.Ini ni kiranya ada rezeki banyak la ni ya..Alhamdulillah,terimakasih banyak-banyak Munah"...sampuk Mak Leha sambil tersenyum girang..

"Sama-sama Leha...takde la banyak sangat,tapi cukup la untuk belanja kami anak beranak."..ujar Mak Munah lagi.

"Terimakasih makcik"...ucap Asyraf dan Aman serentak.

"Sama-sama"..

"Kamu Asyraf"...matanya tepat memandang ke arah Asyraf.

Lalu menyambung kata-katanya.

"Belajar berjimat kalau kamu nak kawin ngan anak aku"

Macam nak terkeluar tahi telinga Asyraf mendengar kata-kata Mak Munah itu.Yang lain-lain tersenyum memandang Asyraf.

"Ya...paham makcik"..jawab Asyraf malu-malu.

"Malu-malu kucing pulak kamu ya Asyraf?..kamu ni,nak ke tak kawin ngan anak aku?"..

"Apa mak ni?...malu la orang."...Safira mencubit lengan ibunya.Mukanya dah merah menahan malu.

"Ni main cubit-cubit pulak ni apa hal?."..gerutu Mak Munah.

"Asyraf...kamu tak jawab lagi soalan aku tadi,kamu nak ke kawin ngan anak aku ni?...tanya lagi Mak Munah sambil menunjukkan jarinya ke arah Safira.

"Aduuhhh....mati aku macam ni"...keluh Asyraf di dalam hati.

"Arr..err.....anu"...jawab Asyraf tergagap-gagap.

"Apa arr err arr err?...nak ke tak?"..tengking Mak Munah.

"Nak mak...ehh?..makcik."...laju je Asyraf menjawab.

"Tau takut"...

Semua yang ada ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Asyraf yang disakat oleh Mak Munah.Safira pula tersenyum senang,rasa bahagia mula menyelinap ke dalam hatinya.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now