Bab 47

1.1K 65 44
                                    

Setengah jam telah berlalu,tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Asyraf akan muncul.

Pawang Nuh telah mencuba dengan segala kepandaian yang dimilikinya untuk menjejaki Asyraf,namun semua usahanya itu menemui jalan buntu.

Pak Jenal yang tadinya begitu yakin Asyraf tidak akan apa-apa,telah mulai goyah.

"Dah setengah jam dah ni Nuh..macamana,dapat tak kamu tengok budak tu ada kat mana?"..dipandangnya pada Pawang Nuh yang bersila di atas tanah mengadap dupa berisi kemenyan.

"Maaf Imam..saya tak nampak apa-apa"

"Hummmmmm"..bermacam-macam masuk ke kepala Pak Jenal waktu itu.

"Imam....tengok!"..Jusoh tiba-tiba menjerit sambil menunjuk ke arah sungai.

Semua mata berkalih memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Jusoh itu.

Dari jauh..kelihatan kepala Asyraf muncul dari dalam air.Perlahan-lahan ia bergerak ke arah tempat mereka menunggu..bila sudah hampir ketepian,barulah mereka perasan bahawa Asyraf sedang menarik seekor buaya putih yang amat besar!

Dengan hanya sebelah tangan sahaja,Asyraf menyeret bangkai buaya yang panjangnya kira-kira tujuh meter itu dengan mudah sekali.Longkang kecil juga terbentuk di sepanjang laluan mereka,kesan dari berat buaya tersebut.

Pak Jenal,Pawang Nuh,Penghulu Sudin dan Jusoh berlari mendapatkan Asyraf.

"Kamu tak apa-apa ke Asyraf?"..pantas Pak Jenal bertanya sebaik sahaja ia sampai.Matanya tertumpu pada badan Asyraf,baju yang dipakainya telah koyak-rabak serta badannya calar-balar.Selain dari itu terdapat juga luka-luka yang besar dan dalam pada perut dan bahagian belakang.Darah tidak berhenti-henti keluar,namun begitu..Asyraf bersikap acuh tidak acuh sahaja seolah-olah dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Alhamdulillah...saya tak apa-apa Pak Long"

"Macam ni kamu cakap tak apa-apa?"..Pak Jenal sudah mulai cemas sambil meneliti luka-luka itu.

"Dalam ni..agaknya masa dia sambar kamu tadi kot Asyraf?"

Asyraf senyum sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya.

Pawang Nuh yang tiba bersama adiknya dan Jusoh,menghulurkan kain ikat kepalanya pada Pak Jenal.

"Balut luka tu Imam,biar darah berhenti..bahaya kalau dibiarkan.Nanti kita terus pegi ke klinik desa"

"Takyah ke klinik la Pawang,sikit je ni"..menyeringai Asyraf bila Pak Jenal menguatkan ikatan pada lukanya.

"Pakcik Jusoh..tolong carikan saya daun keladi yang mengadap matahari naik"

Jusoh yang sedang leka melihat bangkai buaya putih itu tersentak.

"Keladi jenis apa yang Bilal nak?"

"Tak kisah la apa pun,janji keladi..lagi besar lagi bagus"

Pawang Nuh menghampiri bangkai buaya itu dan mula memeriksa.

"Luka dekat badan buaya ni macam kesan kena pisau atau benda tajam,tapi Bilal takde bawak apa-apa senjata pulak.Pelik ni"..dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kenapa Nuh?"..Pak Jenal yang selesai membalut luka Asyraf memandang Pawang Nuh.

"Ini macam kena tikam je ni Imam,tapi Bilal mana ada bawak pisau atau senjata tadi"

"Ada..saya bawak pisau,Pawang tak perasan tu.Tapi sekarang dah takde la,tercicir agaknya kot"..balas Asyraf sambil menahan sakit.

"Saya tak pernah tengok buaya macam ni,besar betul.Rasa macam mimpi pulak"..gumam pula Penghulu Sudin yang berdiri di belakang Pawang Nuh.

"Harap-harap ini la buaya yang ganggu kampung kita Din"..Pawang Nuh terhenti bila dilihatnya Jusoh tiba membawa daun-daun keladi yang dipesan Asyraf tadi.

"Pakcik pegi amik air guna daun tu,lepas tu jirus pada bangkai buaya ni.Pastikan air tu kena pada semua tempat"..arah Asyraf.

Jusoh mengangguk tanda faham.Penghulu Sudin ikut membantu bila dilihatnya Jusoh membawa lebih dari satu daun.

"Kenapa pulak tu Asyraf?"..Pak jenal yang kehairanan langsung bertanya.

""Pak Long tengok la nanti...hehehe"

Jusoh dan Penghulu Sudin tiba dengan membawa daun keladi yang berisi air,lalu mereka menjirus air itu pada bangkai buaya sebagaimana yang diarahkan oleh Asyraf tadi.

Bangkai buaya itu tiba-tiba mengeluarkan kabus nipis,dan sebaik sahaja kabus itu menghilang...

"Upih pinang?!!"..Pak Jenal,Pawang Nuh,Penghulu Sudin dan Jusoh menjerit serentak.

"Ya...buaya putih tu sebenarnya buaya jadi-jadian.Orang yang buat kerja ni puja semangat upih pinang sehingga dia boleh berubah bentuk jadi buaya putih.Jadinya..buaya putih ni dah pengaruhi buaya-buaya yang lain untuk jadi ganas"

"Patut la pun..sebelum ni mana ada dengar cerita pasal buaya serang orang dekat sini.Rupa-rupanya ini penyebab dia...tapi kenapa orang tu nak buat gitu?"

"Macam-macam la Nuh..sakit hati,balas dendam,khianat,suka-suka pun ada"..celah Pak Jenal sambil membelek-belek upih pinang itu

....................................................

"Sialll....celaka kamu"..suaranya yang memaki-hamun bergema memenuhi rumahnya yang jauh terpencil itu.

"Hmmm..kamu nak tunjuk jantan dengan aku ya?..kamu belum kenal lagi aku sapa.Heii..ini Dukun Hitam,belum pernah lagi kalah dengan mana-mana dukun dan pawang.Awas kalian semua"..Dukun Hitam mengetap bibir menahan marah.

Pahlawan Silam [Tamat]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz