Bab 17

1.2K 60 43
                                    

Malam itu Pak Jenal mengajak Asyraf dan Safuan mengikutnya berjemaah di surau berhampiran rumahnya.Rupa-rupanya Pak Jenal adalah imam di situ,jadi tidak hairanlah kalau ia disegani ramai.Manakala Asyraf pula  diterima baik oleh para jemaah yang rata-ratanya cukup peramah...sementelah pula,Pak Jenal memberitahu bahawa Asyraf adalah anak saudaranya.

Selepas solat Isyak,mereka semua dijemput ke majlis doa selamat yang diadakan di rumah Pak Jenal.Suasana majlis cukup meriah sekali...tetapi ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dari kegelapan malam.

"Sial..dah bertunang rupanya budak Ira tu.Hmmm....takpa,takpa...tau la aku macamana nak ajar tunangnya tu nanti.Ira mesti jadi hak aku"..gumamnya sendirian sambil menampar nyamuk yang hinggap di kakinya.

....................................................

Selepas selesai saja majlis,Pak Jenal terus menukar pakaiannya.Dengan singlet pagoda dan seluar panjang,beliau melangkah gagah ke tengah halaman rumah.

Sudah lama dia tidak berlatih silat,gelanggang di halaman rumahnya itulah tempat dia mengajar silat pada setiap malam selepas Isyak.Ramai anak-anak muda yang datang belajar,tetapi kerana sakit tulang belakang yang dihidapinya..gelanggang itu terpaksa ditutup sementara beberapa bulan yang lepas.

Kini Pak Jenal sudah bersedia untuk menghidupkan kembali warisan nenek moyangnya itu.

Dengan yakin dan kemas,Pak Jenal mula mengatur langkah.Semakin lama,semakin lincah pergerakannya.Asyraf yang berada di beranda terpesona dengan apa yang dilihatnya itu.Dia seakan-akan mengenali setiap jurus silat yang diperlihatkan oleh Pak Jenal.Pergerakan..baik untuk menyerang mau pun pertahanan,semuanya jelas terpampang.

Tiba-tiba fikirannya jauh melayang..dia tidak lagi melihat Pak Jenal di depannya,tetapi apa yang dilihatnya itu adalah sesuatu yang luarbiasa.Ya...Asyraf melihat dirinya bersama Safira sedang berlatih silat bersama-sama.

"Abang Aduka semakin hari semakin malas berlatih"

"Abang bukan malas dik Melati,cuma..abang tidak boleh berlatih kalau Melati tiada"

"Aduka?..Melati?..tetapi kenapa wajah mereka sama macam aku?"..Asyraf mula tertanya-tanya.Dipandangnya lagi penuh minat,sungguh lincah dan tangkas pergerakan mereka.

"Kenapa aku rasa yang Aduka itu adalah aku?"..persoalan demi persoalan berlegar dibenaknya.

"Abang ni...jauh mengelamun nampak?"..Safira tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di tepi Asyraf.

"Eh Ira...terperanjat abang,ingat sapa la tadi..kus semangat"..tutur Asyraf sambil mengurut dadanya.Tanpa menunggu jawapan,Asyraf menyambung kata-katanya.

"Abang tengok Pak Long tu,boleh tahan jugak orang tua ni"..kata-katanya terhenti kerana secara tiba-tiba muncul seseorang dari semak di tepi gelanggang,mukanya bengis..tidak menunjukkan tanda-tanda persahabatan.

Safira yang segera mengenali lelaki itu,cepat-cepat bangun dan meninggalkan Asyraf yang terpinga-pinga.

"Kenapa kamu menyorok dekat sana Deraman?"..Pak Jenal memberhentikan latihan silatnya dan menegur lelaki itu.Dukun Deraman meludah ke tanah.

"Puihhh.....Aku tak puashati dengan kamu Jenal!"..dia meluahkan rasa marahnya.

"Tak puashati dengan aku?..kenapa?".

"Kamu buat kenduri tak jemput aku..kamu dah belakangkan aku.Kamu dah malukan aku sebagai Dukun Besar dekat kampung ni"..belum pun sempat Dukun Deraman menyambung kata-katanya,Mak Munah yang tiba di beranda menyampuk.

"Kenapa nak kecoh-kecoh ni Deraman.Kenduri kecik je pun,bukan ada apa-apa.Kami cuma jemput jemaah surau je"

"Kamu diam Munah..aku tau niat kamu balik ke kampung.Kamu pun sama macam abang kamu,sengaja nak malukan aku."..Dukun Deraman berpaling menghadap Mak Munah.

"Apa yang aku dah malukan kamu ni Deraman?"..Mak Munah langsung bertanya,tidak terfikir di hatinya untuk malukan sesiapa.

"Kamu tau dari dulu lagi aku sukakan anak kamu,tapi kamu tolak aku..kemudian kamu balik ke kampung ni nak tunjuk pada aku yang anak kamu tu dah bertunang"..marah benar Dukun Deraman.

Dijegilkan matanya pada Asyraf seolah-olah hendak ditelannya Asraf pada ketika itu.

"Budak..kalau kamu nak selamat,baik kamu berambus dari sini sekarang jugak!"..gertak Dukun Deraman sambil memegang ulu parangnya yang tersisip di pinggang.

"Pakcik..saya mintak maaf,saya tak ada niat nak gaduh dengan sapa-sapa"..tenang saja Asyraf menjawab.

Diberanikan hatinya,dia melangkah perlahan-lahan menuju ke arah Dukun Deraman untuk berjabat tangan.

"Saya mintak maaf pakcik"..dihulurkan tangannya pada Dukun Deraman.

Pak Jenal kagum dengan keberanian Asyraf,belum pernah dia melihat pemuda yang seberani itu.

Manakala hati Dukun Deraman semakin panas membara.Tidak semena-mena,beliau menjerit lalu melepaskan satu pukulan ke arah dada Asyraf dengan segala kekuatan yang ada padanyaAsyraf terdorong ke belakang lalu jatuh.

Ia berlaku begitu pantas,hinggakan Pak Jenal yang ada berhampiran tidak sempat berbuat apa-apa.

"Deraman..kamu ni dah gila ke?"..jerit Pak Jenal sambil berlari ke arah Asyraf,dilihatnya terdapat kesan bakar pada bahagian baju yang terkena pukulan tadi.

Pada masa yang sama,Mak Munah dan Safira berkejaran mendapatkan Asyraf yang terbaring kaku di tanah.Darah merah kehitam-hitaman kelihatan mengalir keluar dari mulutnya.Safira tidak dapat menahan sedih,lalu memeluk Asyraf erat-erat.

"Kamu jangan ingat kamu tu hebat,kamu boleh buat apa yang kamu nak Deraman.Satu hari besok,kamu akan kena jugak...kamu tengok la"..marah Mak Munah.

Dukun Deraman cuma tersengih dan berlalu tanpa sedikit pun rasa bersalah.Dia puas..

Pahlawan Silam [Tamat]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu