Bab 15

1.2K 64 26
                                    

Kampung Mengkudu..begitulah kampung halaman Mak Munah.Kedudukannya agak jauh ke kawasan pendalaman..biar pun dilengkapi dengan kemudahan asas seperti elektrik,tetapi jalanraya masih tidak berturap sepenuhnya.

Kehadiran mereka menjadi tumpuan penduduk yang berada di sepanjang jalan,maklumlah..kampung yang terpencil seperti itu jarang menerima kunjungan tetamu dari luar.

Asyraf memandu dengan perlahan dan hati-hati kerana jalannya berlopak di sana sini..terhenjut-henjut mereka dibuatnya.Anak-anak pula kelihatan berkejaran,tidak mempedulikan jeritan ibu-ibu mereka.Suasana petang yang meriah..

Akhirnya mereka sampai ke sebuah rumah lama yang agak besar,beratap rumbia dan mempunyai halaman yang cukup luas namun bersih tanpa ada walau sehelai daun pun.

Seorang perempuan sebaya Mak Munah menjengah keluar dari tingkap yang terbuka bila mendengar bunyi deru kenderaan memasuki perkarangan rumahnya.Apabila nampak sahaja kelibat Mak Munah yang keluar dari van,beliau terus menjerit dan berlari turun.

"Ya Allah...Munah,mana la ko pegi?.baru sekarang nak balik"..ratapnya penuh sayu.Mereka berpelukan sambil menangis...tiba-tiba Mak Munah ternampak seorang lelaki yang berdiri di hujung halaman sambil memegang cangkul.Mak Munah segera mendapatkannya,bersalam seraya mencium tangan lelaki tersebut.

"Bang....apa khabar bang?"..sapanya dengan esak tangis yang hiba.

"Alhamdulillah Munah..syukur ya Allah,akhirnya Kau perkenankan juga doa aku untuk berjumpa dengan adik aku.Amin...terimakasih ya Allah"..Pak Jenal tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan sebaknya.Beliau menangis tanpa rasa segan silu sambil memeluk Mak Munah.

Asyraf,Safira dan Safuan yang dari tadi terasa hiba melihat pertemuan semula Mak Munah dengan abangnya Pak Jenal.

"Asyraf,Safira,Safuan...mari sini nak.Jumpa dengan Pak Long kamu ni"..gamit Mak Munah setelah semuanya reda.

"Ini Ira dengan Wan ke?...uihhh,dah besar dah ha"...tegur Pak Jenal tersenyum.Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh di sisi Safira.Perasaan gementar meresap ke sanubari,jantungnya berdegup kencang dan darahnya seperti sedang bergolak.Buat seketika,pandangannya seperti berpinar-pinar dan badannya hampir terjatuh.

Cepat-cepat Asyraf bertindak menampung badan Pak Jenal agar tidak jatuh ke tanah.Mak Long Indah isteri Pak Jenal terkocoh-kocoh datang apabila melihat suaminya jatuh.Mak Munah sudah mula menangis melihat keadaan abangnya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Pak Jenal telah dibawa naik ke atas rumah oleh Asyraf dengan diikuti oleh Mak Long Indah,Mak Munah,Safira dan Safuan.

"Kenapa dengan Abang Jenal ni Indah?"..tanya Mak Munah tanpa dapat bersabar lagi.

"Entahlah Munah,aku pun tak tau.Dah dekat tiga tahun abang kena macam ni.Badannya tiba-tiba lemah,muka pucat,kadang-kadang tu seluruh badan dia naik lebam-lebam.Kalau dah kena,kurang-kurang seminggu terlantar takleh bangun."

"Kalau nak diikutkan,abang ko ni salah seorang dari dukun besar kampung kita ni.Tapi tu laa...Abang Jenal pun tak boleh nak ubatkan diri sendiri,jadi tiap kali kena terpaksa mintak tolong dengan Dukun Deraman tengok kan.Tapi Abang Jenal tak suka,banyak yang khurafat katanya"..terang Mak Long Indah.

"Dukun Deraman?...maksud ko,Deraman yang tu ke?"..tanya lagi Mak Munah.

"Ye la Munah..mana ada lagi Deraman lain kat kampung kita ni?.Deraman yang dulu tu nyaris nak jadi menantu ko laa"..balas Mak Long Indah tersengih,menampakkan giginya yang tinggal dah tak banyak.

Muka Mak Munah langsung berubah,dia cuba mengalihkan pandangannya pada Asyraf di sebelah agar perubahan pada riak wajahnya tidak nampak begitu ketara pada Mak Long Indah...tetapi malangnya Asyraf sudah tidak ada di situ.Matanya melilau mencari..lalu ternampaklah Asyraf yang sedang duduk bersila dan bersandar pada dinding ruang tamu itu dengan matanya terpejam.Dia dapat merasakan yang Asyraf sedang cuba melakukan sesuatu...

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now