Bab 34

1.1K 66 16
                                    

"Hari ini aku akan tamatkan sengketa kita budak,aku akan hantar kamu ke neraka..berjumpa kedua orangtuamu.Hahaha"...Pak Mahat ketawa berdekah-dekah.Kemenangan dirasakan akan menjadi miliknya.

"Tak boleh jadi ni,kita mesti bertindak tolong orang tu"..Inspektor Daniel bersuara.

Belum pun sempat Pak jenal menahan,Inspektor Daniel telah pun bangun....melihatkan ketua mereka bangun,para anggota polis yang lain pun ikut sama mengekorinya.

"Tembak!!!"...jerit Inspektor Daniel.

Berpuluh-puluh das tembakan dilepaskan ke arah Pak Mahat,hinggakan suasana begitu membingitkan sekali.Asap-asap kesan dari tembakan mereka memenuhi kawasan itu..dan akhirnya masing-masing berhenti menembak apabila kehabisan peluru.

Sebaik sahaja asap itu menipis..mereka terkejut besar.Pak Mahat masih tegak berdiri seperti tidak mengalami sebarang kecedaraan.Matanya merenung ganas para anggota polis yang telah merosakkan keseronokannya tadi.

Tumpuan Pak Mahat yang diganggu oleh tembakan-tembakan itu,memberi peluang pada Asyraf untuk mengembalikan kekuatannya.Semangat Aduka yang mendiami tubuhnya mula bangkit..

Langit mendadak bertukar menjadi mendung..Pak Mahat yang cuba mendapatkan anggota-anggota polis itu memberhentikan niatnya.Beliau teringatkan Asyraf,lalu menoleh..

Melihatkan perhatian Pak Mahat telah terpesong,Inspektor Daniel serta anggota-anggota polis tadi cepat-cepat kembali ke sisi Pak Jenal dan Inspektor Rizal.

"Bagus Tuan..walaupun setan tu tak cedera,tapi Tuan dah selamatkan orang yang tolong kita tu"..puji Pak Jenal ikhlas,sambil menepuk-nepuk bahu Inspektor Daniel.

Inspektor Rizal menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata Pak Jenal.Kemudiannya masing-masing mengalihkan pandangan pada Asyraf dan Pak Mahat.

Asyraf pada ketika itu sedang terapung-apung di udara dalam keadaan terlentang..secara tiba-tiba pula petir berdentum lalu menyambar tubuhnya.Badannya terhenjut-henjut seperti terkena kejutan elektrik bervoltan tinggi.

Pak Jenal yang pernah melihat kejadian serupa sekadar mendiamkan diri..tetapi tidak kepada para anggota-anggota polis itu.Wajah mereka jelas menggambarkan yang mereka berada dalam keadaan yang begitu mencemaskan.

Tetapi perasaan risau itu tidak ke mana,kerana Asyraf selepas itu dilihat telah pun menjejakkan kakinya ke tanah tanpa sebarang kecederaan.

"Diaorang dua orang ni sapa sebenarnya?..orang ke atau apa?"..tanpa disedari terhambur pertanyaan dari mulut Inspektor Rizal.Tidak pasti pada siapa ditujukan kata-kata itu..

Pak Mahat menghilangkan dirinya lagi,cuba menggunakan teknik menyerang yang sama seperti sebelum ini.Tetapi kali ini ia telah silap membuat percaturan..dengan Mata Makrifatnya,kelibat Pak Mahat telah dapat dilihat dengan jelas.

Tanpa teragak-agak,Asyraf menghentakkan kaki ke tanah,dan memusatkan tenaga pada tumitnya.Serentak dengan itu kedengaran Pak Mahat mengaduh kesakitan,dan badannya mula kelihatan muncul di udara...tidak dapat bergerak.

"Pasung Angin..padan muka ko"...Pak Jenal tersenyum.

Asyraf menundukkan badannya,dan tiba-tiba melonjak ke udara dengan kedua tangannya yang lurus dan dirapatkan.

"Wowwww!!!"..jerit salah seorang dari anggota polis dengan mulutnya yang luas ternganga.

Serangan jurus Naga Berkembar Menjulang Langit itu tepat mengenai sasaran,menyebabkan Pak Mahat menjerit kesakitan sebelum badannya tercampak ke tanah.

Dengan badannya yang bergulung menahan kesakitan,Pak Mahat meraung...serentak dengan itu badannya membesar sedikit demi sedikit sehingga baju yang dipakainya koyak rabak dan jatuh dengan sendiri.Perlahan-lahan bentuk muka dan fizikal Pak Mahat berubah.

Kedua cuping telinganya mula meruncing,giginya menjadi semakin tajam serta panjang...mulutnya menonjol ke depan dan sepasang taring ikut sama tumbuh di kiri dan kanan bibirnya.Seluruh badan Pak Mahat dipenuhi bulu-bulu hitam yang kasar..dan badannya membesar sehingga dua kali ganda saiz manusia biasa.Otot-otot lengannya sebesar peha lelaki dewasa..matanya merah menyala-nyala.

Asyraf berdiri tegak,memerhati setiap perubahan Pak Mahat tanpa mahu mengambil sebarang langkah.

Beberapa minit kemudian,Pak Mahat telah selesai bertukar sepenuhnya..ia bukan lagi Pak Mahat yang dulu,ia adalah manusia yang berkepala anjing..

Pak Mahat menyeringai..menayangkan barisan giginya yang runcing.Suaranya menderam kuat,menambahkan kengerian di hati para anggota polis yang sedang bersembunyi.Sesuatu yang tidak masuk akal telah berlaku di depan mata mereka..manusia berkepala anjing,tidak pernah terlintas pun di fikiran mereka hal seperti itu wujud.

Mereka sudah takut separuh mati,tetapi kerana adanya Pak Jenal di situ..rasa takut itu mereka pendam jauh-jauh.Sesungguhnya ini merupakan pengalaman pertama mereka berdepan dengan perkara-perkara ganjil..jadi masing-masing memberikan tumpuan sepenuhnya kerana tidak mahu ketinggalan apa-apa.

Pak Jenal beristighfar beberapa kali..ternyata Pak Mahat bersekongkol dengan syaitan sehingga sanggup merubah bentuk menjadi manusia berkepala anjing...sungguh menjijikkan!

Pak Mahat berlegar-legar,kemudian mendongak ke langit dan melolong.Lolongannya disambut oleh anjing-anjing liar di hutan itu.Mereka bersahut-sahutan.

Tanpa menunggu lebih lama lagi..Pak Mahat yang berwujudkan manusia berkepala anjing itu meluru ke arah Asyraf..tangannya mencakar apa sahaja yang menjadi penghalang.

Pertembungan cakar mereka berdua mencetuskan gelombang kuasa yang meranapkan kawasan di sekitar mereka.Pokok-pokok tumbang seperti dilanda ribut kencang..

Kelincahan pergerakan mereka tidak dapat dinafikan lagi..masing-masing bertempur dengan sepenuh kekuatan.Kesilapan biarpun kecil,akan mengundang maut.

Pada satu kesempatan,Asyraf berjaya mengenakan pukulannya pada Pak Mahat,mengakibatkan beliau melolong kesakitan sebelum terlontar jauh.

Ketika itu barulah Pak Mahat menyedari bahawa beliau masih belum mampu mengalahkan Asyraf.Pukulan-pukulan yang diterimanya membuatkan ia kehabisan tenaga.

"Sial...keparat..aku akan kembali lagi anak sial"..tanpa disangka-sangka,Pak Mahat melompat tinggi kemudian ghaib di udara.

Asyraf berdiri tegak..tenaganya yang sudah banyak hilang membuatkan ia gagal melaksanakan Mata Malaikat untuk mengesan kedudukan Pak Mahat.

Beberapa lama kemudian,masih tidak ada serangan dari Pak Mahat..dengan firasatnya,Asyraf tahu bahawa Pak Mahat telah melarikan diri.

Dengan satu lonjakan ke atas,Asyraf menjulang tinggi ke udara dan akhirnya hilang dari penglihatan.

Meninggalkan Pak Jenal dan anggota-anggota polis yang masih dalam keadaan terkulat-kulat...

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now