Bab 58

1.1K 59 5
                                    

"Abang Aduka..jangan tinggalkan Seri bang.Hidup dan mati biarlah kita berdua"..kata-kata itu berulang terngiang-ngiang di telinga Asyraf.

"Maafkan abang Seri..maafkan abang"..ia merintih perih.Hatinya remuk-redam bila memikirkan peristiwa itu,sungguh ia tidak sanggup menanggung rasa bersalah yang sering menghantuinya.

Asyraf seboleh-bolehnya mahu bebas dari perasaannya sendiri,ia tidak mahu terus terhukum..semua ini begitu menyiksa dan harus dihentikan.Rantai yang membelenggu perlu dimusnahkan..demi seorang gadis yang bernama 'Safira'.

"Aarghhhhhhhhhhhhhh!!!"..batinnya menjerit kuat.Dunia khayalan ciptaan mindanya bergoncang hebat,dinding-dinding mula goyah dan berjatuhan satu persatu..

"Selamat tinggal Seri,selamat tinggal buat selamanya..maafkanlah abang dan semoga rohmu tenang di sana"

....................................................

Di saat Pak Jenal dan Pawang Nuh tiba,badan Asyraf sudah pun terapung-apung sejengkal dari permukaan katil.Safira terduduk di sudut dinding,ia menggigil ketakutan.
Tanpa berlengah,Pak Jenal terus mendapatkan Safira dan membawanya ke sisi Pawang Nuh.

Badan Asyraf yang terbaring di udara tiba-tiba sahaja mengeluarkan cahaya biru yang menyilaukan dari setiap liang di tubuhnya.Pawang Nuh merasa takjub dan terpaku di tempat ia berdiri,matanya tidak berkedip memandang fenomena ganjil di depannya itu.Ia cuba mendapatkan Asyraf,tetapi telah di tahan oleh Pak Jenal.

"Biarkan saja Nuh..dia memulihkan dirinya sendiri tu.Kejap lagi eloklah"

Dipandangnya Pak Jenal penuh tandatanya..namun apabila teringat bahawa Asyraf adalah anak angkat Pak Syeikh,ia mengangguk tanda faham.

Safira yang tadinya takut-takut,sedikit sebanyak telah mula memahami apa yang berlaku.Lantas mukanya berseri-seri,dan ia mengorak senyum.

Asyraf mendepakan tangan sambil jemarinya dikepal..tingkap bilik terbuka secara tiba-tiba,seperti ada yang menolaknya dari luar.Angin lembut berhembus masuk dan hilang apabila menyentuh Asyraf.Badan Asyraf kelihatan membesar hinggakan baju yang dipakainya menjadi ketat..aura biru yang menyelubungi seluruh tubuhnya pula semakin kuat bercahaya.

Perlahan-lahan..pedang yang berkilat muncul dari kedua telapak tangan Asyraf,membuatkan Pawang Nuh terpegun.

"Masyaallah..apa ni Imam?!"..Pawang Nuh tidak dapat bersabar lagi,perasaan ingin tahunya bagaikan digaru-garu.

""Sebab kamu serba sikit dah tau pasal kebolehan Asyraf,jadi bila kamu dah tanya..aku tak naklah berahsia lagi dengan kamu"..Pak Jenal menghela nafasnya sebelum menyambung.

"Itu antara ilmu silat istimewa yang dimiliki oleh Asyraf..yang pertama tadi tu ialah Jurus Naga Melebarkan Kuasa;ia dapat menyerap tenaga dari alam semulajadi untuk digunakan,macam kitar semula la lebihkurang.Dan yang kamu tengok pedang keluar tadi tu..itu Hikmat Pedang Mahkota Dewa namanya"

Pawang Nuh khusyuk mendengar penerangan Pak Jenal,namun matanya tetap terarah pada Asyraf.

"Budak yang umur macam ni,tapi ada macam-macam kebolehan yang aneh..tak sangka betul.Manusia ke apa dia ni?"..dia bermonolog sendirian.

"Setakat ni,tidak ada lagi yang tau melainkan Pak Syeikh dan kami sekeluarga.Jadi aku harap..apa yang kamu tengok ni,biarlah mati dekat sini saja.Jangan diperpanjangkan,nanti timbul macam-macam hal"

"Insyaallah Imam boleh percayakan saya"..Pawang Nuh menjawab dengan yakin.

"Aku percaya kamu Nuh,kita kenal bukan baru"..Pak Jenal terangguk-angguk.

Percakapan mereka terhenti bila cahaya biru yang menyelimuti Asyraf semakin pudar,pedang yang terhunus juga beransur menyusup masuk ke dalam telapak tangannya dan kemudian menghilang.

....................................................

"Sial..babi!!!.........macamana pulak orang tua terkutuk tu boleh muncul?"..bentak Dukun Hitam sambil menyepak tiang rumahnya sekuat hati.

Tiang yang diperbuat dari kayu merbau yang begitu keras itu patah dua,tidak cukup dengan itu..bahagian bawah tiang yang telah patah itu ditampar dengan tangan kanannya sehinggalah ia terbungkah..memecahkan lantai lalu terpelanting menghentam dinding menyebabkannya terpacak di situ.Bumbung rumah runtuh tiba-tiba bila tiang yang menyokongnya telah tiada.

Dukun Hitam terperanjat..cepat-cepat ia melonjakkan badannya ke atas dan melompat keluar.

"Aduhhhhh....apalah malang nasib aku hari ni?.dah la rancangan aku gagal,ni rumah pulak jadi gini.Memang sial la!!!"..beliau memaki-maki di hadapan rumahnya yang separuh telah ranap.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now