Bab 28

1.2K 63 25
                                    

Tok Syeikh dan Pak Jenal keluar dari rumah lalu memandang ke atas..mereka melihat Asyraf terlentang dan terapung-apung di udara.Tidak bergerak..

Begitu juga dengan para penduduk kampung yang tadinya dikejutkan dengan jeritan Asyraf,ikut sama berkumpul memenuhi setiap jalan.Namun penglihatan mereka agak terbatas kerana cahaya biru yang memancar dari tubuh Asyraf begitu menyilaukan.

Seketika kemudian cahaya itu beransur reda..

Tanpa bertangguh,Tok Syeikh menjulang tongkatnya dan dihalakan pada Asyraf.Serentak dengan itu badan Asyraf perlahan-lahan turun sehingga mencecah bumi.Dan apa yang anehnya..biar pun dipanah petir berkali-kali,badan Asyraf tidak mengalami sebarang kecederaan,malah pakaiannya pun tidak terusik.

Tok Syeikh merapati Asyraf yang terbaring lemah di tanah..lalu diperiksanya nadi anak muda itu.Beliau menguntum senyum,membuatkan Pak Jenal serta yang hadir menarik nafas lega.

Dengan mata yang terpejam..ia meletakkan tapak tangannya perlahan ke dada Asyraf...namun di luar dugaan,badan Tok Syeikh terlantun ke belakang sebaik sahaja tangannya menyentuh dada Asyraf.Nasib baik ia mahir dengan teknik meringankan badan,jadi dapatlah ia mendarat dengan selamat.Bagaimana pun,tangannya terasa kebas akibat pertembungan kuasa itu.

"Kenapa dengan Asyraf Tok?"..soal Pak Jenal sambil membantu Tok Syeikh untuk bangun berdiri.

"Jangan risau,dia tak apa-apa"..balas Tok Syeikh sedikit tercungap.

"Aku sengaja cerita pasal Melati tadi tu"

Pak Jenal membulatkan matanya.

"Sengaja?"..dia tidak faham dengan maksud Tok Syeikh.

Tok Syeikh mengangguk sambil berjalan menuju ke arah Asyraf yang masih terbaring.

"Minta tolong angkat Tengku ni bawak masuk ke rumah"..arahnya.

Beberapa lelaki tampil dan bersedia untuk mengangkat Asyraf,tetapi...badan Asyraf terlalu berat dirasakan.

"Tok Penghulu...maaf,berat sangat ni"..ujar salah seorang darinya.

"Kalau begitu,guna usungan dan angkat beramai-ramai"..arah lagi Tok Syeikh.

"Jenal..tujuan aku bagitau semua tu,sebab aku nak membebaskan mata-mata urat dalam badan Tengku yang tersumbat.Dengan tenaga aku ni aku tak mampu,cuma dia sajalah yang boleh membebaskannya.
Jadinya...aku sengaja bagi dia sedih dan sakit hati,itu saja cara terbaik yang ada.Lagi pun...lambat laun dia akan tau jugak cerita-cerita tu"

"Walau pun tak semua,tapi sudah banyak kunci-kunci ilmunya terbuka.Ada lagi tu,cuma masa yang akan tentukan.Dengan izin Allah...insyaallah,suatu hari nanti Tengku akan ingat semuanya"..
Terpancar keyakinan pada setiap tuturbicara Tok Syeikh.

Pak Jenal sekadar mengangguk.

Bermula dari ketibaan Asyraf petang semalam hinggalah ke sekarang ini,dia tidak habis-habis diberikan kejutan.Semuanya tidak boleh diterima oleh akal yang waras,diberitahulah pada siapa pun..tidak ada yang akan mempercayainya.

"Asyraf ialah Tengku Arjuna Aduka?..orang yang hebat macam ni aku ingat cuma citer-citer kosong je..ishhh"..Pak Jenal seperti bermimpi,tidak terbetik langsung di hatinya akan tersua dengan perkara-perkara pelik seperti itu.

...................................................

"Macamana Tengku rasa sekarang?"

"Alhamdulillah Tok Ayah..saya rasa lebih bertenaga dan kuat"..jawab Asyraf perlahan.Jauh di sudut hatinya,ia masih terkilan dengan apa yang menimpa Melati.

"Alhamdulillah......syukur pada Allah"

"Kuatkan semangat Tengku,ini namanya takdir.Allah akan turunkan ujian pada umat manusia untuk menguji tahap keimanan kita...bersabarlah,dan tawakkal pada Allah.Ada hikmahnya yang tersembunyi tu,cuma kita masih belum tau lagi"..sambung Tok Syeikh bila dilihatnya Asyraf bersedih.

"Sedekahkan Al-Fatihah,semoga rohnya ditempatkan dengan orang-orang yang beriman"

"Saya faham..Tok Ayah janganlah risau.Insyaallah saya tak akan apa-apa"..Asyraf tersenyum pahit.

Tok Syeikh menepuk bahu Asyraf berkali-kali.

"Tapi kan?"..tiba-tiba dia tersenyum lebar.

"Tapi apa Tok Ayah?"

"Jodoh Tengku dengan Melati tu memang kuat..Tengku tak dapat Melati dulu,tapi sapa sangka yang Tengku akan dapat dia sekarang ni..hahaha"..meletus ketawa Tok Syeikh.Sudah lama ia tidak merasa gembira seperti ini.

"Owhhh....itu..hahaha"...Asyraf ikut sama ketawa,membuatkan Pak Jenal terpinga-pinga.Terlalu banyak teka-teki yang muncul,hilang satu datang lagi satu.

"Tak dapat Melati yang dulu,tapi dapat Melati yang sekarang?..apa benda ni?"..getus hatinya.

"Tengku tengok Pak Long Tengku ni,dia dah buat muka tak paham dia dah....hahaha"..gelihati Tok Syeikh melihat reaksi Pak Jenal.

Pak Jenal tersengih,itu sahajalah yang mampu dia buat.

"Dia tak tau lagi tu Tengku,kalau dia tau...mau terlopong dia,entah-entah lalat masuk mulut pun tak sedar..hahaha"..tidak habis-habis Tok Syeikh menyakat,terhibur hatinya bila dapat mengusik Pak Jenal.

"Laa....Pak Long tak tau lagi ke Tok Ayah?"

Tok Syeikh menggelengkan kepala.

"Kalau Tok Ayah tak bercakap,mana la dia nak tau Tengku...hahaha"...sengaja Tok Syeikh menambahkan gelisah Pak Jenal.

"Tau apa ni Tok?....cakap laa"...Pak Jenal cuba memujuk,mukanya dibuat-buat sedih.

"Kesian pulak aku tengok muka kamu ni Jenal,macam nak mintak izin Indah kawin lagi satu je..hahaha"....kali ini Asyraf sudah tidak dapat menahan ketawa.Dia ketawa terbahak-bahak,hilang kekusutan di kepalanya.Pak Jenal pun turut sama ketawa...gamat seketika dengan tawa mereka bertiga.

"Jenal...kalau kamu nak tau,anak pompuan adik kamu Munah tu...apa ke namanya?...lupa aku..hehehe"

"Safira Tok"

"Ya...ya...budak tu la.Rupa dia saling tak tumpah macam moyang kamu"..ujar Tok Syeikh dengan senyuman penuh bermakna.

"Ha?....rupa budak Ira tu macam Melati?"..Pak Jenal harap dia tidak tersalah dengar.

"Iya...kalau diletakkan dekat-dekat,tak boleh nak beza yang mana satu Melati dan yang mana satu Safira.Kamu tanya la Tengku ni kalau tak percaya"..ujar Tok Syeikh sambil memanadang Asyraf.

Asyraf tersenyum,kepalanya diangguk-angguk perlahan.

"Masyaallah...alhamdulillah Tok"

"Patut pun Munah cakap,Safira tu tak boleh berpisah lama-lama dengan Asyraf ni.Katanya..jodoh diaorang macam dah ditetapkan lama dulu lagi"..Pak Jenal pula membuka rahsia.

"Rupa-rupanya memang ada betulnya..alhamdulillah,syukur ya Allah"..tidak putus-putus Pak Jenal memanjatkan syukur.Hatinya berbunga-bunga.

"Tapi kenapa Tok tak bagi tau saya sebelum ni?"..tanya lagi Pak Jenal.

"Tak ada sebab aku nak bagi tau kamu....hahaha"

Lagi sekali kedengaran riuh rendah ketawa mereka memecah kesunyian.

"Pasal Tengku ni,aku harap kamu jangan ceritakan pada sapa-sapa Jenal..biarlah jadi rahsia kita,ini untuk keselamatan kamu jugak.Lagi kurang orang tau,lagi selamat satu-satu rahsia tu"..Tok Syeikh memberi peringatan.

"Walau pun saya baru kenal Asyraf ni semalam,tapi saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.Jadi Tok tak payah risau pasal saya...apa yang jadi hari ini,tetap saya simpan"

"Alhamdulillah...lapang hati aku Jenal"..Tok Syeikh tersenyum senang.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now