Bab 43

1.1K 61 14
                                    

"Nak tau Munah ni betul-betul buat ke tidak,abang teruskan dengan perangai abang tu"..Mak Munah berpura-pura untuk bangun.

"Aduh kamu ni...yelah,yelah...duduk balik,aku bagi tau.Tapi ini rahsia kita,jangan diceritakan pada sapa-sapa"

"Nak cakap,cakap je la bang..macam la saya ni tak boleh nak simpan rahsia"..Mak Munah mencebik.

"Dari mana aku nak mula ni?"

"Cepat la bang,terhegeh-hegeh..nak cakap ke tak ni,Munah pegi kang"..Mak Munah tidak habis-habis mengugut.

"Gini...kamu tau kan cerita moyang kita dulu,ada kawan seguru anak raja..tapi lepas tu hilang tiba-tiba"

"Tau...tapi itu kan cerita mulut ke mulut je bang,ntah betul ntah kan tidak.Kenapa pulak dengan cerita tu?"

Pak Jenal menarik nafas,kemudian dihembusnya perlahan.

"Cerita-cerita tu semuanya betul Munah.Dan kalau kamu nak tau..Asyraf tu la anak raja tu,Tengku Arjuna Aduka"

"Apa abang mengarut ni?...hahaha"...tetapi Mak Munah memberhentikan ketawanya bila dilihat Pak Jenal diam,tidak memberikan sebarang reaksi.

"Abang ni biar betul?"

"Buat apa aku nak bohong..dulu tu,dia dengan bapak sedaranya tu kena sedut dengan terowong masa,datang ke zaman kita sekarang.Sebab tu diaorang hilang...ntah kenapa,ingatannya hilang.Tapi sekarang dia dah mula ingat sikit-sikit"

Mak Munah terlopong..

"Mana abang dapat tau ni semua?"

"Dari Pak Syeikh..itu hari kan aku pegi jumpa orang tua tu.Pak Syeikh tengok aku makin sihat,ada orang bagi tenaga dia kat aku katanya.Aku time tu takde pikir orang lain,ini mesti si Asyraf.Itu yang buat Pak Syeikh nak jumpa Asyraf tu"

"Bila nampak Asyraf je,Pak Syeikh sembah dan cium tangan dia.Pak Syeikh memang kenal,apa taknya...Asyraf tu rupa-rupanya anak angkat Pak Syeikh.Masa tu la cerita ni pecah"

Mak Munah terkebil-kebil..

"Asyraf kenal tak Pak Syeikh tu?"

"Kenal...dia panggil Pak Syeikh Tok Ayah"

"Banyak perkara pasal moyang kita yang kita tak tau"..mata Pak Jenal bergenang,hatinya terusik mengingatkan kisah penderitaan moyangnya itu.

"Apa dia bang?"..rasa ingin tahu Mak Munah semakin memuncak.

"Moyang kita Melati tu,dulunya tunang si Tengku tu..maksud aku Asyraf.Jadi lepas Asyraf hilang..dia jatuh sakit,dah macam2 Pak Syeikh dan gurunya cuba ubat...tapi tak dapat gak.Akhirnya diaorang amik kata sepakat untuk buang ingatannya pada Asyraf...barulah elok"..cepat-cepat Pak Jenal menyeka airmata yang mula menitis.

Mak Munah tertunduk,sesungguhnya segala apa yang baru didengarinya itu adalah benar-benar mengejutkan.

"Asyraf tu ingat tak yang dia dulu pernah bertunang dengan moyang kita?"

"Mula-mula tu dia tak ingat,tapi sekarang dah ingat dah"

"Kesian dia..macamana la dia dapat terima semua tu?...ishhh,tak boleh saya bayangkan la bang"..Mak Munah pun tidak mampu lagi menahan sebak lalu mengalirkan airmata.

"Asyraf bukan sebarang orang Munah...jiwa dan hatinya kuat,insyaallah..dia boleh terima ni semua"

"Kamu ingat lagi tak yang kamu pernah cakap..kamu rasa jodoh Asyraf dengan anak kamu tu macam dah ditetapkan dari dulu lagi?"..tanya Pak Jenal spontan.

Mak Munah mengangguk.

"Kamu betul...hahaha"..dalam sekelip mata semua kesedihan Pak Jenal hilang.

"Betul apa?"..Mak Munah semakin tidak faham.

"Pasal jodoh tu laa"

"Ye la,pasal jodoh..tapi kenapa?..cakap je ler,jangan nak tambah pening pala saya"

"Hmmmm....anak kamu si Ira tu,rupanya sebijik macam moyang kita"..ujar Pak Jenal tersengih.

"Ha?"...Ira tu macam moyang kita?...abang ni jangan main-main bang"..Mak Munah seolah tidak mempercayai apa yang baru didengarnya.

"Main-main apanya?...Pak Syeikh bagitau aku.Asyraf pun cakap macam tu,itu pun dia baru ingat"

"Masyaallah"...sepatah sahaja yang keluar dari mulut Mak Munah,tetapi sudah cukup menunjukkan yang ia terperanjat besar.

"Kampung kita ni..waktu dulu-dulu kampung Asyraf.Jadi kalau dia dok sini lebih lama lagi,sapa tau ingatan dia akan cepat baik.Tengok..baru berapa hari dia dekat sini,macam-macam yang dah terbongkar"

Mak Munah menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.Fikirannya menerawang.

"Asyraf Ira..Tengku Arjuna Melati"...tiba-tiba dia senyum.

"Rasa-rasanya..mau si Ira tu dok sini jugak bang,ikut Asyraf...hahaha"

"Biarkan la Munah..aku tau,kamu risau takut apa kata orang kampung kalau dia dok sini kan?..itu kamu jangan risau,orang-orang kampung tak akan jadi masalah.Pasal Asyraf pulak..rasa aku,diaorang lagi suka kalau dia terus menetap dekat sini.Asyraf tu pandai bergaul,ringan tulang dan hormat orang"

"Hmmm..sapa sangka dia tu datang dari zaman dulu,anak raja pulak tu..ishhh.Kalau Asyraf tu betul-betul Tengku Arjuna yang dulu tu seguru ngan moyang kita,memang tak pelik la kalau dia punya macam-macam kepandaian.Semalam..yang berlawan sampai kecoh-kecoh dekat tv tu sapa?..Asyraf ke bang?"..Mak Munah bertanya lagi.

""Ha'ah...yang dia lawan tu la bapak sedara dia,Guntur Geni..tak sangka betul.Nasib baik dia muncul,kalau tak...taktau la nasib kami macamana"..keluh Pak Jenal berat.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now