Bab 9

1.3K 57 103
                                    

"Budak-budak yang kamu hantar tu dah balik belum?"..tanya Mamat secara tiba-tiba,mematikan konsentrasi Kamal yang sedang menonton tv.

"Belum bang...saya dah cuba call diaorang tadi,tapi semuanya tak dapat.Telefon off"..Kamal menjawab seraya memperlahankan bunyi suara tv.

"Hmmm....patutnya dah sampai balik dah ni"..gumam Mamat resah.

Tiba-tiba pandangan matanya tertumpu pada layar tv yang ada di depannya.Entah kenapa hatinya terdorong untuk melihat siaran berita terkini yang bakal ditayangkan sebentar nanti.

"Tolong kuatkan sikit volume tv tu"..arahnya pada Kamal.

"Berita dalam negeri"..kedengaran suara lunak pembaca berita terkenal berkumandang di markas Gagak Hitam,kumpulan penjenayah terbesar yang terlibat dalam pelbagai kegiatan haram.

"Cubaan menculik seorang gadis dari sebuah pusat IPTA di ibukota gagal apabila kereta yang dipandu mereka terlibat dalam kemalangan jalanraya di Petaling Jaya".

Kamal cuma meneguk airliur mendengar berita berkenaan,dilihatnyanya Mamat sekilas pandang.

"Mampus aku"...hatinya berdetak.

"Menurut jurucakap polis..empat orang suspek yang tiga darinya berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina telah menculik mangsa ketika beliau menunggu dijemput pulang oleh pemandu peribadinya di sebuah pusat IPTA terkemuka di ibukota.Bagaimana pun kereta yang dinaiki mereka telah terbabas ketika cuba membelok lalu melanggar kereta lain yang di parkir di tepi jalan."

"Mangsa yang ketakutan telah keluar dari kereta berkenaan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.Kesemua suspek terbabit telah ditangkap dan diserahkan kepada polis,mereka dihantar ke hospital kerana masih tidak sedarkan diri akibat dipukul oleh orang ramai yang berang.Nantikan berita selanjutnya pada jam lapan malam nanti".

"Sekarang disampaikan berita-berita sukan"...

Prangggggg........layar tv tiba-tiba pecah berderai akibat dibaling dengan bekas habuk rokok oleh Mamat.

Marah betul dia mendengar berita yang disampaikan tadi.

"Apa dah jadi ni Kamal?!!..cuba kamu citer sikit dengan aku"...bentak Mamat sekuat hatinya.Mukanya merah padam menahan marah.

Kamal sudah takut separuh mati.

"Maaf bang...saya tak tau apa-apa pasal ni"...terangnya dengan muka yang pucat lesi.

Dirasakan markas mereka itu bergegar seakan-akan ada berlaku gempa bumi berskala rendah,Frame gambar yang cantik tergantung mula jatuh satu persatu akibat gegaran berkenaan.

Kamal semakin menggelabah.Dia tahu sangat tentang Mamat,anak murid sulung di mana padanyalah tertumpah banyak ilmu dan mendapat kepercayaan penuh Pak Guru untuk melatih murid-murid lain.

Keadaan mulai reda bila Mamat menarik dan menghembuskan nafasnya berulang kali.

"Ambikkan laptop dekat bilik aku,ada atas meja tepi katil"...Mamat memberikan arahan.

Kamal faham dengan apa yang akan dilakukan oleh Mamat nanti.Setiap ahli kumpulan mereka telah dipasang sejenis mekanisme yang mengandungi racun pada leher mereka.Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku,mekanisme itu akan diaktifkan dan racun akan tersebar ke seluruh badan.Pemilik mekanisme itu akan menemui ajal kurang dari dua puluh saat.

Cepat-cepat Kamal beredar dan bila kembali,laptop itu diserahkan pada Mamat.

"Apa nama budak-budak tu?"..tanya Mamat tanpa memandang Kamal.

"Arr....Angah,Awie"...

"Aku nak nama penuh la bongok!!"..tengking Mamat sambil matanya memandang tajam ke arah Kamal.

"Sori bang....kejap saya check"..balas Kamal tergagap-gagap seraya mengeluarkan telefon bimbitnya.Semua maklumat peribadi ahli-ahli yang berada di bawah pengawasannya disimpan di dalam telefon bimbit berkenaan.

"Ok bang...Kasim bin Sulaiman,Zawawie bin"..

"Satu-satu la cakap,kamu ingat otak aku ni komputer ke?"..ayat Mamat cukup pedas pada telinga Kamal.

Mamat menaip nama Kasim bin Sulaiman,seketika kemudian gambar serta biodata Kasim terpampang di skrin laptop.Langsung di tekannya butang 'delete'..diikuti dengan 'yes'.

Dia tersenyum..."satu orang dah selesai,tinggal lagi tiga.Sekarang...telefon bimbitnya pula".

Mamat sanggup berhabis menyediakan mekanisme beracun itu bagi mengelakkan anakbuahnya berpaling tadah,juga bagi mengelakkan daripada maklumat organisasi mereka sampai ke tangan pihak polis.Bukan itu saja...malah kesemua telefon bimbit anakbuahnya juga telah dipasang peranti yang membolehkannya menjejaki lokasi mereka dan memadamkan memori telefon dari jarak jauh.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now