Bab 18

1.2K 53 14
                                    

Jam menunjukkan hampir satu pagi..rumah Pak Jenal masih terang-benderang,kelihatan Pak Jenal,Mak Long Indah dan Mak Munah berbual-bual di beranda.

"Sapa yang tengokkan Asyraf tu Munah?"..tiba-tiba terpacul pertanyaan dari mulut Pak Jenal.

Bimbang sangat dia dengan keadaan Asyraf..entah mengapa,hatinya terpaut pada Asyraf.Biarpun baru mengenalinya,tetapi Pak Jenal merasakan suatu perasaan aneh yang mendamaikan bila anakmuda itu berada di sisi.

"Safira bang..dia tu,dari tadi lagi..memang tak boleh nak berenggang dengan Asyraf.Ada dulu sekali tu budak Asyraf tu masuk hospital,dia jugak la yang bersengkang mata menjaganya.Tak tau pulak perangai tu dibawaknya ke sini..sebenarnya saya pun segan,nanti apa pulak kata abang dan kakak"..jawab Mak Munah sedikit gelisah.

"Nak kata apa pulak Munah?..hahaha..kami ni bukan buta la,kamu jangan fikir yang bukan-bukan.Biarkan saja budak-budak berdua tu,lagi pun diaorang bukan buat benda yang tak elok"..tingkah Pak Jenal tersenyum.Mak Long Indah cuma menjadi tukang dengar,sesekali dia menganggukkan kepalanya.

"Kamu cakap tadi si Ira yang menjaga Asyraf dekat hospital,dia takde makbapak sedara mara ke?"..soal Pak Jenal lagi.

"Tak tau la bang,susah saya nak cakap"..Mak Munah melepaskan keluhan.

Lalu diceritakannya dari mula dia kenal Asyraf,sehinggalah Asyraf diambilnya sebagai anak angkat.Pak Jenal dan Mak Long Indah mendengar penuh khusyuk.

"Maksud kamu,Ira dulu tu...sembuh macam tu je ke?"..Pak Jenal inginkan kepastian.

"Saya tak tau macamana nak cakap dengan abang dan akak,tapi...memang macam tu la citer dia.Lepas saya keluar dari kampung dulu,merata saya pegi berubat,tapi sorang pun tak ada yang sanggup"

"Pada mulanya ada terlintas yang Asyraf tu guna-gunakan Ira,sebab lepas dia baik dari sakit...Ira memang tak boleh nak jauh dari Asyraf.Lama jugak la saya dok perati tengok,takde pulak tanda-tanda ke situ.Akhirnya saya redha je bang,asal diaorang tau jaga adat sudah"

"Tapi terus terang saya cakap,saya memang percayakan budak Asyraf tu.Dia budak yang baik,rajin dan tahu hormat orangtua"..cerita Mak Munah panjang lebar.

Pak Jenal mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Ya...aku pun dapat rasa,dia memang budak yang baik.Untung kamu kalau dapat bermenantukan budak tu.Aku dengan kakak kamu ni takde anak,jadi bila sampai majlis kawinnya nanti...kita buat kat sini,biar aku tanggung semuanya"..ujar Pak Jenal lagi sambil tersenyum.

"Betul ke ni bang?"..Mak Munah bertanya,inginkan kepastian.

"Apa pulak tak betulnya..kamu tau,aku dalam diam-diam anggap Asyraf tu dah macam anak aku.Entah laa...baru je petang tadi kenal tapi aku rasa lain macam bila aku dok dekat ngan dia"..Pak Jenal mula membuka cerita.

"Lain macam macamana pulak tu bang?"..Mak Munah terdorong untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

"Susah nak cakap la Munah..kang kamu ingat aku ni nyanyuk pulak,hehehe"...geli pulak hatinya bila berkata-kata begitu.

"Ishhh abang ni,takde maknanya eh..cakap aje laa"..Mak Munah mendesak.Mak Lmg Indah seperti tak kisah,dia asyik dok melipat kain baju yang diangkat dari jemuran siang tadi.

"Aku tak reti nak mula macamana Munah..tapi cukup la aku cakap,aku ni sikit-sikit ada jugak ilmu dunia..buat pendinding diri kata orang"..Pak Jenal memperkemaskan silanya sebelum menyambung kata-kata.

"Jadi serba sikit aku boleh tengok orang tu jenis perangai yang macamana.Tapi kan..Asyraf ni aku tak dapat nak tengok,pasal entah.Tapi perasaan aku cakap,dia memang budak yang baik.Itu je aku boleh bagitau"

Mak Munah tersenyum sumbing.

....................................................

Safira merenung wajah Asyraf di hadapannya.Hatinya tidak keruan..apa yang menimpa Asyraf adalah sesuatu yang tidak terduga.Diambilnya tuala kecil di dalam bekas berisi air,diperah dan ia mula mengelap badan Asyraf.Kesan lebam kebiru-biruan di dada Asyraf amat ketara sekali.

"Aku kenal jurus silat yang dikenakan pada Asyraf,itu Cakar Api namanya.Kawan aku dulu pernah kena,dua hari lepas tu meninggal sebab pendarahan dalam badannya dah sampai tahap serius.Ilmu aku tak cukup tinggi nak tawarkan bisa cakar tu..Inilah yang buat aku risau sekarang ni Munah.Setau aku,belum ada lagi yang terselamat kalau dah terkena Cakar Api..wallahualam"

Safira terdengar perbualan bapa saudara dan ibunya di beranda sebentar tadi.Kata-kata itu seperti merenggut jantungnya.

"Ya Allah ya Tuhanku..Kamu selamatkanlah Abang Asyraf ya Allah"..Safira sebak,tidak dapat meneruskan doanya.Airmatanya tidak berhenti-hentai berjuraian..Entah sudah beratus kali dia memanjatkan doa,mohon agar buahatinya dijauhkan dari segala mara bahaya.

.....................................................

"Bodoh..bodoh..bodoh!!!"..bentak Mamat sekuat hatinya sambil membaling suratkhabar yang dibacanya ke arah Kamal.

"Berapa kali aku nak cakap..kamu dah tau yang kamu tu bodoh,ikut saja la cakap aku.Jangan nak memandai-mandai,tengok apa dah jadi sekarang?..kamu amik paper tu,kamu baca"..sakit hatinya kerana arahan yang cukup senang tidak dapat diikuti.

Perlahan-lahan Kamal memungut suratkhabar yang bertaburan,dan mula membaca tajuk utamanya.

"Baca kuat-kuat bongok,aku tak dengar!!!"..bentak Mamat lagi.

Kamal terperanjat,dia meneguk airliurnya berulangkali.Terasa pahit..

"Kubur Misteri Timbulkan Ketakutan Di Kalangan Penduduk"..Kamal mula membaca dengan suara terketar-ketar.

"Kamu tau apa maksudnya tu Kamal?"..tanya Mamat dengan kerlingan tajam.

Kamal menggelengkan kepalanya.

"Itu laa..aku cakap kamu bodoh,kamu marah.Itu maksudnya..pihak polis ada kes nak siasat.Dan bila polis siasat,macam-macam hal boleh jadi.Paham?!"...tengking Mamat.

"Paham bang..saya mintak maaf,lain kali saya akan pastikan semuanya berjalan lancar.

"Hmmmmm...ikut saja apa aku suruh,jangan nak berlagak pandai"..ujar Mamat,suaranya mulai mengendur.

"Ya bang,saya mintak maaf bang"..

Kamal kesal dengan sikap anakbuahnya.Mereka telah diberi arahan bahawa mayat kanak-kanak itu hendaklah ditanam secara berasingan,bukannya dimasukkan ke dalam satu kubur beramai-ramai.

"Ada yang nak kena pelempang aku ni,tak boleh harap"...Kamal mula berkira-kira di dalam hatinya.Dia cukup tidak puashati,gara-gara anakbuahnya yang tidak ikut arahan..dia yang terpaksa kena tanggung.

"Siap la korang"..getusnya lagi dengan geram.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now