Bab 26

1.2K 63 16
                                    

Akhirnya mereka tiba di suatu kawasan lapang yang luas,suasana sunyi sepi..menambahkan lagi keseraman yang ada.

"Inilah tempat tu"..ujar Pak Jenal seraya menongkat motosikalnya.

Asyraf memandang sekeliling,dia macam pernah lihat tempat ini..tapi lupa di mana.

"Kamu tengok-tengok dulu la ya,Pak Long nak jumpa Tok Syeikh sekejap.Jangan merayau-rayau,dekat sini rimau pun ada"..Pak Jenal memberi peringatan sebelum menghilang di sebalik semak di sebelah kanan mereka.

...................................................

Hampir lima minit meredah belukar,Pak Jenal tiba jua ke tempat yang dituju.Bau-bauan yang wangi menusuk hidungnya sebaik sahaja ia melangkah masuk ke kampung itu..di sana sini kelihatan penduduk sibuk dengan kerja seharian mereka,tersenyum dan menyapa Pak Jenal apabila berselisih..wajah mereka putih berseri dengan yang lelakinya memakai jubah dan lengkap berketayap,sedangkan para wanitanya pula berpurdah.

Setelah berjalan hampir sepuluh minit,Pak Jenal tiba di sebuah rumah yang paling besar di situ.Halamannya cukup bersih dengan pokok-pokok bunga dari pelbagai jenis ditanam di kanan dan kiri jalan yang menuju ke arah pintu masuk utama.

Di situ berdiri seorang lelaki tua yang memakai jubah serta berjanggut putih paras dada,ekor serbannya panjang mencecah pinggang dan memegang sebatang tongkat.Beliau seolah-olah sedang menunggu seseorang..

"Assalamu'alaikum Tok,apa khabar?"..Pak Jenal menyapa,bersalaman dan seterusnya membongkok mencium tangan Tok Syeikh.

"Wa'alaikumussalam..alhamdulillah sihat.Sampai jugak kamu ke sini ya?..ingat dah lupa jalan dah..hahaha"..Tok Syeikh memeluk Pak Jenal dengan erat.

"Mana boleh lupa Tok..hehehe"

"Eh?!!!"...Tok Syeikh terkejut,dia melepaskan pelukannya lalu merenung Pak Jenal dalam-dalam.

Serba-salah Pak Jenal bila direnumg begitu.

"Ada apa Tok?"..tanyanya penuh kehairanan.

Tanpa berkata apa-apa,Tok Syeikh memegang tangan Pak Jenal lalu meletakkan jari telunjuk dan jari hantu pada nadi di pergelangan tangannya.

"Hummmmm"...gumamnya perlahan,kemudian diperiksanya pula nadi pada pangkal leher Pak Jenal.

Pak Jenal semakin tidak keruan,dia bingung dengan tindakan Tok Syeikh itu.

"Apa apa Tok"...ulangnya lagi.

"Lain benar kamu ini aku tengok Jenal"..tiba-tiba Tok Syeikh bersuara.

"Lain yang macamana tu Tok?"

"Tenaga yang ada dalam badan kamu ni"..

"Kenapa Tok?"..tanya Pak Jenal tidak sabar-sabar lagi.

"Sekejap..biar aku periksa dulu"..Tok Syeikh meletakkan telapak tangannya pada dada Pak Jenal lalu memejamkan matanya.Sebentar kemudian ia melepaskan tangannya,membuka mata dan tersenyum.

"Hebat"..getusnya perlahan.

"Apa yang tak kena dengan saya Tok?"..Pak Jenal bertanya lagi buat kali ketiga,ia seperti amat tertekan pada ketika itu.

"Tenaga dalam kamu sudah hampir habis disedut oleh roh sesat yang dihantar oleh seseorang untuk membinasakan kamu"..terang Tok Syeikh dengan tenang.

""Ha?!"....

"Tenaga yang ada pada kamu sekarang ni sebenarnya bukan milik kamu.Ia dipindahkan kepada kamu tanpa kamu sedari.Tenaga ini telah mengusir roh sesat itu dan sekarang bersebati dengan sisa-sisa tenaga kamu yang asal"..terang Pak Syeikh dengan panjang lebar.

"Tok cakap ada orang yang pindahkan tenaganya pada saya?"..Pak Jenal ingin kepastian.

"Ya..tapi mungkin kamu pun tak perasan waktu tu.Kamu jangan risau,orang itu berniat baik.Kalau tak..aku pun tak tau apa akan jadi pada kamu kalau dibiarkan roh sesat tu menghisap tenaga dan intipati ilmumu"..tingkah Tok Syeikh.

"Hebat benar dia tu..aku sendiri pun belum tentu mampu berbuat sebagaimana yang dilakukannya"..Tok Syeikh menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

Pak Jenal terus teringatkan Asyraf..dia pengsan sewaktu pertama kali bertemu Asyraf.

"Ira dulu tu elok pasal budak Asyraf tu la bang,dia main pandang je"...terngiang-ngiang kata-kata adiknya semalam.

"Asyraf!".....terpacul nama itu dari mulut Pak Jenal.

"Saya rasa saya tau sapa yang tolong saya tu Tok"..ujar Pak Jenal girang.

"Asyraf...sapa tu?"

"Anak sedara saya yang baru datang dari bandar semalam Tok.Patut pun pertama kali saya jumpa dia semalam,dia tenung saya lain macam.Tak lama lepas tu saya pengsan..bila sedar saja,saya rasa badan saya lain,cukup bertenaga"

"Anak sedara kamu yang mana ni Jenal?.setau aku kamu cuma ada dua orang saja anak sedara.Takkan anak lelaki Munah yang kecik tu kot?"..sangkal Tok Syeikh.

"Anak angkat Munah Tok,hehehe"..Pak Jenal tergelak kecil.

"Saya datang dengan dia ni la Tok,ada saya tinggalkan dekat pintu masuk kampung.Tok nak jumpa dia ke?"..Pak Jenal cuba memancing.

"Alhamdulillah...aku pun nak jugak kenal dengan orang yang hebat tu.Kita ke sana Jenal"..ajak Tok Syeikh.

"Silakan Tok..sila"..Pak Jenal tersenyum puas,siapa sangka Tok Syeikh sudi untuk berjumpa Asyraf.Dan Asyraf...

"Terimakasih banyak-banyak,Allah jualah yang akan membalas segala pertolongan kamu"

....................................................

Tidak seperti ketika Pak Jenal datang tadi,baru tiga langkah berjalan..mereka telah pun sampai ke tempat di mana Asyraf ditinggalkan.

Dari jauh kelihatan Asyraf duduk mencangkung sambil tangannya menyentuh tanah yang kehitam-hitaman akibat kesan terbakar.

"Asyraf!!!"..Pak Jenal menjerit.Dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memperkenalkan Asyraf pada Tok Syeikh.

Tok Syeikh sedikit tergamam..dia merasakan suatu aura yang amat kuat menyelubungi kawasan berkenaan,setelah diamati ternyata ia berpunca dari anak muda yang dipanggil 'Asyraf' itu.Hatinya mencongak-congak..

"Orang yang semuda ini,tapi punya kekuatan dalaman yang begitu hebat?..tapi kenapa aura ini rasanya aku cukup kenal?...tidak mungkin itu dia"

Tok Syeikh memejamkan mata..pandangannya Mata Hatinya disilaukan oleh tenaga biru yang memancar-mancar dari badan pemuda itu.

"Mustahil ini..mustahil!"..getus hatinya lagi.

Perlahan ia membuka matanya,dan serentak dengan itu..pemuda yang dipanggil 'Asyraf' tadi bangun lalu berjalan mendapatkan mereka.

"Asyraf...kenalkan,inilah Tok Syeikh"..Pak Jenal membuka mulut tanpa menyedari yang Tok Syeikh berdiri kaku di tempatnya.Wajahnya serta merta pucat,dan airmatanya mengalir laju.

"Masyaallah!!!"..jerit Pak Syeikh tiba-tiba.Tongkatnya terlepas dari pegangan,badannya longlai dan tidak kuat lagi untuk berdiri...

Pahlawan Silam [Tamat]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن