Bab 39

1.2K 66 47
                                    

Pawang Nuh yang terbaring tiba-tiba bangun.Dirasakan kesakitannya hilang dan tubuhnya bertenaga sekali.

Di hadapan mereka sesusuk tubuh yang besar dan hitam berdiri tegak dengan tangannya memegang belantan,siap untuk dihayun pada siapa sahaja yang berani mengacaunya.Kepalanya tidak kelihatan kerana ditutupi awan.

Pawang Nuh menghampiri Pak Jenal sambil mendongak ke langit,cuba untuk melihat rupa makhluk itu.

"Besarnya Imam...macamana?.boleh ke kita lawan?..Pawang Nuh sudah mulai gusar.

"Dengan izin Allah,insyaallah Nuh"..bersahaja jawapan dari Pak Jenal tanpa ada tercalit rasa takut.Dia yakin,Asyraf akan membantu mereka jika keadaan mendesak,sebagaimana yang telah dilakukan tadi.

....................................................

Hampir satu jam kemudian,kelihatan tubuh mangsa iaitu anak saudara Jusoh timbul di permukaan sungai.Serentak dengan itu,Pak Jenal dan Pawang Nuh membuka mata,menandakan usahasama mereka telah berjaya.Pawang Nuh mengesat darah yang telah meleleh keluar dari hidungnya,sambil diperhatikan Pak Jenal.

"Kamu cedera ke Nuh?"..beliau yang mula risau bertanya.

"Entah la Imam...saya pun tak paham.Rasanya saya memang dah kena teruk,siap ada darah keluar lagi ni.Tapi tu la..macamana pulak saya tak rasa apa-apa sekarang?.ingat dah habis dah tadi,sakitnya bukan main lagi"

"Itu tandanya Allah masih sayangkan kamu,hahaha"..ujar lagi Pak Jenal lalu bangun.Dihulurkan tangan pada Pawang Nuh untuk membantunya bangun.

"Jom...kita tengok budak tu pulak"

Beberapa orang penduduk terjun ke sungai dan membawa mangsa ke darat,disambut oleh esak dan tangis keluarga.Jusoh sendiri pun tidak dapat menahan sebak.Tragedi itu benar-benar meruntun jiwa...Hamid yang berusia tujuh belas tahun itu adalah satu-satunya anak kakak Jusoh hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya dulu.

"Jusoh...anak aku!..dia dah tinggalkan aku"..lirih kakak Jusoh.

"Sabar la Esah,Allah lebih sayangkan dia dari kita.Jangan meratap,siksa arwah tu"..begitulah nasihat Jusoh pada kakaknya itu.

"Betul cakap Jusoh tu Sah,sabar laa...Allah dah atur macam tu,kita kena redha"..Mak Munah memeluk Esah untuk menenangkan hatinya.

Ramai dari kalangan mereka yang hadir menitiskan airmata melihat keadaan Esah yang sudah tidak keruan itu.Mereka bersimpati atas musibah yang berlaku.Beberapa orang wanita datang memujuk Esah,menasihatkannya agar bersabar dan menerima takdir serta melepaskan pemergian anaknya dengan redha.

"Maaf..boleh saya lihat jenazah ni sekejap"..Asyraf yang tadinya hanya memerhati tiba-tiba bersuara.

"Silakan Bilal..Esah...tepi sikit,bagi Bilal Muda kita laluan"..Jusoh bangun lalu memapah kakaknya ke tepi,membuka jalan pada Asyraf.

"Bilal Muda?..baru dua tiga hari dah jadi bilal muda?"..Safira tersenyum,tetapi cepat-cepat menutup mulutnya sebelum dilihat orang.

Perlahan Asyraf duduk disamping lalu mengangkat kain yang menutupi mayat Hamid.Lama dia termenung..

"Ada apa Bilal?"..Jusoh merasakan ada sesuatu yang tidak kena langsung bertanya.

"Sebentar Pakcik"

Pak Jenal mula mendekat,diikuti dengan Pawang Nuh.Masing-masing tertarik untuk melihat apa yang akan dibuat oleh Asyraf.

"Maaf kak,saya minta izin untuk sentuh dan periksa anak kakak ni"..Asyraf membuka mulut sambil memandang Esah yang terbaring,sudah terdaya lagi untuk bergerak.Beliau cuma mengangguk lemah.

Keseluruhan badan Hamid pucat manakala kaki dan tangannya kejang dan kebiruan-biruan.Terdapat kesan lebam di sana sini yang tidak diketahui puncanya.

Asyraf menadah tangan seperti berdoa,dan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim...beliau mula mengurut,bermula dari kaki sampai ke kepala.Apa yang dilakukan Asyraf itu menjadi persoalan pada mereka yang ada di situ.Pak Jenal sendiri pun tertanya-tanya apa yang hendak dilakukan oleh Asyraf.Namun begitu,tidak ada seorang pun yang berani bertanya atau pun menegah.

Selepas selesai mengurut..Asyraf mengisar-ngisarkan tapak tangannya lalu melekapkan pada dada Hamid.Hampir sepuluh minit dia begitu..

"Aku akan pastikan kamu serta keturunan kamu hancur pada hari ini syaitan laknatullah"..tiba-tiba Asyraf bersuara lantang,memeranjatkan semua pihak.

Dengan tidak semena-mena,keluar asap yang kehitam-hitaman dari ubun-ubun di kepala Hamid disertai bau seperti daging dibakar.Asap yang keluar itu menjulang ke langit,menipis dan hilang ditiup angin.Yang hadir terperanjat..dan lebih memeranjatkan lagi bila tiba-tiba sahaja...

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now