Bab 44

1.1K 60 13
                                    

"Lama aku tak tengok kamu Sudin..sejak jadi orang besar ni,dah tak ingat lagi dah nak datang sini"

Pawang Nuh tidak dapat menahan ketawanya mendengar usikan Pak Jenal pada adiknya itu.

"Orang besar apanya pulak Pak Imam?..penghulu je,bukan besar mana pun.Yang besar tu bini saya,hahaha"...segan pula rasanya Penghulu Sudin bila ditegur begitu,tapi ia bijak menyembunyikan perasaannya itu.

Mereka sama-sama ketawa.

Pawang Nuh leka memerhati para jemaah yang datang untuk solat Maghrib,sekejap sahaja halaman surau tua itu mula dibanjiri oleh penduduk kampung.Malah ada di antaranya yang tidak dikenalinya.

"Nampak gaya bukan macam orang dari sini ni,siap berkereta bagai"..getusnya.

"Apa yang ditenung sangat tu Pawang?"..Jusoh yang baru sampai menyapa ramah.

"Kok ye pun,bagi la salam..terperanjat aku.Kurus semangat"

"Aku tengok orang-orang yang datang ni ha..rasa aku,ramai jugak la yang aku tak kenal"

Jusoh tersengih sambil memandang Pak Jenal.

"Itu memang bukan orang kampung kita Nuh,agaknya kebetulan lalu la tu kot"..tingkah Pak Jenal.

"Mungkin la"..terangguk-angguk Pawang Nuh.

"Bilal Muda kita mana?..ingat tadi nak kenalkan dengan Sudin ni"..

"Dia awal-awal tadi lagi dah sampai..dekat atas kot,pasang sejadah ngan tikar.Kamu ni dah ada air sembahyang ke?..kalau belum,cepat sikit..jap lagi masuk la Maghrib"

....................................................

Sebentar kemudian..kedengaran azan Maghrib bergema di ruang udara Kampung Mengkudu.

Pawang Nuh yang waktu itu sedang mengambil wuduk tersentak..jiwanya bergelora dan jantungnya berdegup kencang.Dia berhenti seketika..sedetik selepas itu perasaannya menjadi tenang kembali.Hatinya damai dan tenang..suatu perasaan yang amat indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata.Seingatnya..belum pernah ia merasai perasaan seindah dan sedamai itu.

Otaknya berputar ligat mengingati perbualannya dengan Jusoh di tebing sungai petang tadi.

"Malam nanti lepas Maghrib,saya dan Esah nak buat kenduri doa selamat dekat surau Kampung Mengkudu.Harap Tok Pawang dapat datang,ajak sekali Penghulu Sudin..boleh kenalkan dengan Bilal Muda"

"Elok sangat la tu,nanti aku datang"..janji Pawang Nuh.

"Kalau nak datang,datang sebelum Maghrib Tok"..sambung Jusoh.

"Aku tau la tu..tapi kenapa kamu beria-ia sangat nak aku datang sebelum Maghrib"..dipandangnya Jusoh,cuba membaca apa yang ada di kepalanya itu.

"Takde la...kurang-kurang dapat dengar azan nanti"

"Hahaha...kamu ni Jusoh,macam la aku ni tak pernah dengar azan"

"Iyaa...tapi bukan Bilal Muda yang azan.Pawang datang,dengar dan rasa..baru boleh tau"..Jusoh tidak habis-habis dengan sengihnya.

"Agaknya ini la maksud Jusoh tu tadi"..fikir Pawang Nuh.

Tiba-tiba lamunannya terputus apabila diganggu bunyi batuk adiknya Sudin,yang bersebelahan dengannya.Makin lama semakin keras..Pawang Nuh menoleh.

"Kenapa Din?"

"Entah la bang...tiba-tiba dada aku rasa panas,macam terbakar"..sahut Penghulu Sudin diselang-seli dengan batuk.

"Menjadi-jadi nampaknya batuk kamu ni Din..itu la,mentekedarah lagi rokok banyak-banyak"..bebel Pawang Nuh.Selalu dia menasihatkan adiknya itu agar kurangkan merokok,tetapi..semakin galak lagi dia ada la.

Tiba-tiba Penghulu Sudin tunduk lalu muntah.

"Ya Allah...Din?"..cepat-cepat Pawang Nuh mendapatkan adiknya lalu memapahnya ke beranda surau.Beberapa jemaah yang ada di situ memberi laluan.

Sebaik sahaja duduk di beranda..Penghulu Sudin muntah lagi.Dan apa yang mengejutkan Pawang Nuh dan mereka yang hadir ialah..kali ini Penghulu Sudin muntah darah beku yang bercampur dengan bangkai binatang-binatang bisa serta paku.Terdapat juga serpihan-serpihan kecil yang yang berkilauan apabila terkena  cahaya lampu.

"Sudin ni kena Santau Angin ni Nuh"..ujar Pak Jenal yang tiba-tiba muncul di belakang.

"Santau Angin?"..Pawang Nuh terkejut.

"Hmmm....kamu tengok la muntah dia tu.Katak hutan,lipan,paku,serbuk kaca,miang buluh...itu semua kan bahan-bahan santau tu.Macamlah kamu tak biasa pulak"..sambung Pak Jenal lalu memeriksa nadi di pergelangan tangan Penghulu Sudin.

Penghulu Sudin kelihatan pucat dan termengah-mengah,dadanya terasa membahang serta sakit terutama bila ia menarik nafas.

"Jusoh..ambikkan air kosong segelas"..arah Pak Jenal.

"Jangan risaulah...Sudin ni dah takde apa-apa masalah lagi dah.Santau tu dah keluar"

Sebentar kemudian Jusoh datang membawa air,lalu dihulurkannya pada Pak Jenal.Mulut Pak Jenal terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran sambil menghembus perlahan,kemudian diserahkannya pada Pawang Nuh.

"Bagi dia kumur,lepas tu minum.Habiskan dalam senafas.Insyaallah...tak akan ada apa-apa"

............................................

Di hujung kampung,seorang lelaki bersila kemas sambil mengadap bara api.Asap kemenyan yang memenuhi ruang sempit itu tidak sedikit pun mengganggunya.

Mendadak ia bangun,lalu berjalan menuju ke arah rak kecil yang di atasnya tersusun berbagai-bagai saiz patung berupa manusia yang diperbuat dari jerami padi.Di ambilnya satu..dengan mata yang terpejam rapa,mulutnya kumat-kamit membaca mentera.

"Cisss..macamana pulak santau yang aku hantar pada Sudin tu boleh hilang gitu saja?..ini mesti ada bomoh dari kampung lain yang tolong ni.Kalau dekat-dekat sini,memang dah takde yang boleh lawan aku.Sial.."

"Hmmm....tak pa tak pa,aku ada lagi hadiah untuk kamu dan orang-orang kampung.Kamu tunggu saja la....hehehe"...lelaki itu berjalan menghampiri para-para dan tangannya menggapai sesuatu di situ.Satu upih pinang yang telah siap dipotong dan dikeringkan dikeluarkannya,senyuman misteri terukir di wajahnya yang telah dimamah usia itu.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now