Bab 8

1.5K 65 65
                                    

Hari pantas berlalu.
Sudah hampir dua minggu sejak peistiwa Asyraf pengsan tempuhari,tidak ada lagi perkara-perkara ganjil yang berlaku.Ye ke?..

Sebenarnya ada,tapi saja je cakap takde...hehehe.

Yupp.....Asyraf mengalami perubahan fizikal dan mental yang agak ketara.Badannya sekarang lebih tegap berbanding sebelum ni,lemak-lemak yang dulu setia mendampingi perutnya telah hilang entah ke mana.Rambutnya semakin cepat panjang dan sudah hampir mencecah bahu dengan warnanya yang hitam berkilat.Raut wajahnya pula kian serius,jarang mempamerkan senyum dan beliau lebih kerap menyendiri,kadang-kadang seperti berada dalam dunia lain.

Yang paling menyedari keadaan ini adalah Aman dan Safira.

"Abang Asyraf mana?"..tanya Safira pada suatu hari.

Aman yang sedang berehat di ruang depan restoran mendongak.

"Mak Munah suruh dia pegi bandar beli kelengkapan dapur,kebetulan orang pun tak ramai hari ni...jadi takde la sibuk sangat"..terang Aman.

"Ooo.....dia pegi ngan apa?.motor abang ada tu?"...tanya lagi Safira ingin kepastian sambil mulutnya menjuih ke arah belakang restoran.

"Dengan van mak Ira la,takkan nak pegi ngan motor buruk abang pulak?..kalau ngan motor,macamana nak bawak barang-barang tu nanti?"..Aman tersengih menampakkan giginya yang agak kekuningan,pukulan rokok kretek yang dihisapnya.

"Ya tak ya jugak ek?...hehehe"..Safira tergelak kecil mengenangkan kebodohannya.

"Bang...Ira ada hal nak tanya ni".

"Apa dia?...pasal Asyraf ke?"...pantas Aman menebak.

Safira tidak menjawab,dia cuma mengangguk-anggukkan kepalanya saja.

"Apa yang Ira nak tanya?"..Aman pulak yang tak sabar-sabar nak tau.

"Abang perasan tak perubahan Abang Asyraf semenjak dua menjak ni?".

Sekarang giliran Aman pulak yang menganggukkan kepalanya.

"Badan dia,muka dia,rambut dia,perangai dia...semua lain.Ira macam dah tak kenal lagi Abang Asyraf tu sapa.Dengan Ira pun dah tak macam dulu lagi,dia asyik nak lari je bila terserempak.Nak tegur jauh sekali la..kadang-kadang kan,Ira rasa Abang Asyraf dah tak sayangkan Ira lagi.Apa salah Ira pun Ira taktau"..

Safira melepaskan apa yang terbuku di hatinya tanpa segan silu lagi.
Aman pada matanya adalah seperti abang kandungnya sendiri,tempat di mana dia menumpang kasih kerana ketiadaan ayah dan abang.Matanya mula berlinangan mengenangkan itu semua.

Aman mula rasa serbasalah mendengar bicara Safira.

"Aduuuuhhh....tang pempuan menangis ni yang aku failed ni.Ishhh....Aryraf pun satu,menyusahkan betul laa"..Aman mula membebel di dalam hatinya mengutuk kawannya sendiri.

"Bagi dia masa sesuaikan diri dengan keadaan dia sekarang Ira.Kita tak tau apa yang berlaku lagi,abang boleh rasa yang dia tu mesti takut gila."..Aman mula membuka mulut dalam misinya cuba memujuk Ira.

"Pasal Ira...Ira jangan risau,abang kompom dia tetap sayangkan Ira.Abang tau sangat la perangai Asyraf tu..datang keja pagi,balik dah malam.Mana dia ada masa nak ngorat sana sini,lagi pun kan...abang tak pikir dia boleh dapat awek yang lebih baik dari Ira.Rugi dia kalau terlepas Ira..Ye laa...Ira kan cantik,siap ada lesung sambal belacan lagi dekat pipi.Kalau abang tak pikir Ira ni awek Asyraf,abang pun teringin jugak nak tekel Ira jadikan awek abang yang nombor sepuluh"..pandai Aman memujuk,siap ada jek lagi.

Safira yang tadinya dah mula nak teresak-esak,langsung tersenyum mendengar kata-kata Aman.

"Abang Man ni kan,ke situ pulak dia.Dah laa....malas nak layan abang lagi,pegi main ngan kucing dekat belakang tu lagi bagus.Werkkkk.."..Safira menjuih mulutnya sambil beredar.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now