Bab 64

1.1K 57 7
                                    

"Indera..kamu jangan ikut campur,ini urusan aku dengan dia.Kamu paham?!"..Asyraf berbisik lembut pada harimau kesayangannya.Indera mengangguk-angguk lalu menghilang disebalik semak berhampiran.

Pagi-pagi lagi tanpa pengetahuan sesiapa,Asyraf telah menyeru Indera supaya membantunya mengesan  keberadaan Guntur Geni.Dia pasti yang bapa saudaranya itu sedang luka parah,dan inilah masa yang paling sesuai untuk menghapuskannya.

Pintu gua itu direnung,matanya bersinar-sinar dengan api kemarahan yang meluap-luap.

"Guntur Geni...keluar kau.Aku tau kamu ada di dalam.Tunjukkan dirimu dan hadapilah aku sebagai anak jantan!"..laung Asyraf sekuat-kuat hatinya.

"Hehehe...ada hati nak cabar aku,tak padan dengan umur setahun jagung"..bergema suara Pak Mahat dari dalam gua.

Sekonyong-konyong seketul batu yang amat besar dilemparkan keluar dari dalam gua,menuju laju ke arah tempat di mana Asyraf berdiri.

Tanpa teragak-agak,Asyraf langsung menumbuknya sehingga berkecai.Tetapi pada masa itulah juga,sebatang tangan kurus yang berkuku panjang menumbuk dada Asyraf menyebabkannya terpelanting jauh dan mematahkan tiga batang pokok yang besar.

Sebaik sahaja Asyraf jatuh..Pak Mahat telah pun tiba,kakinya dihayun sekuat hati pada perut Asyraf.Kali ini Asyraf tergelungsur hampir dua puluh meter,tubuhnya merempuh beberapa batang pokok dan akhirnya tersadai di perdu pokok jati yang amat besar.Darah segar mula meleleh dari penjuru mulutnya...nyatalah ia telah mengalami luka dalaman yang serius.

Bertatih ia bangun,namun belum pun sempat berdiri..Pak Mahat menjunam dari atas lalu lalu mengenakan kedua kepala lututnya pada tempurung kepala Asyraf.

Asyraf menjerit kesakitan sambil memegang kepalanya..penghuni rimba bertempiaran melarikan diri.Aura membunuh dari kedua jaguh silam itu amat menggerunkan mereka.

"Macamana anak saudara beta?!..sedap?...ni ada lagi untuk kamu.Hiahhh!!!".....

....................................................

"Ada kereta polis datang sini tu Nal"...Lebai Dolah menjuihkan mulutnya ke arah simpang jalan.

"Mungkin polis itu hari tu kot?..apa halnya lagi datang sini?..balas Pak Jenal sambil bangun.

"Assalamu'alaikum Imam..Pakcik"..Inspektor Rizal keluar dari kereta diikuti oleh Inspektor Daniel dan Sarjan Jusoh.

"Wa'alaikumussalam...jemput naik Tuan,jemput"...ucap Pak Jenal ramah seraya menghulurkan tangan.

"Kenalkan...yang ini Lebai Dolah,penghulu kampung ni"

"Owhhh..Tok Penghulu,maaf..kami tak kenal tadi"..ujar Inspektor Rizal tersengih.

"Dah tak pernah jumpa,macamana nak kenal kan?..hahaha,panggil Pak Lebai dah la.Tak yah nak ber-Tok Penghulu bagai.Geli ketiak aku...hahaha"

"Hahaha...kalau itu kata Pak Lebai,baiklah.Maaf sebab pagi-pagi lagi dah mengganggu"

"Apa mengganggu pulak?..Tuan ni"

"Indah...bawakkan cawan lagi tiga,kalau ada lagi ubi kat dapur tu..bawak semua ke sini"..jerit Pak Jenal pada Mak Long Indah di dapur.

"Ubikayu cicah kelapa parut?!...ini dekat KL tak jumpa ni Imam"..tanpa menunggu dipelawa,Sarjan Jusoh terus mengambil sepotong ubi,dicicahnya dengan kelapa lalu disuapkan ke mulut.Kedua pipinya menggelembung naik kerana mulutnya dipenuhi ubi.

"Uitt Sarjan...tuanrumah tak sempat pelawa,dia dulu lagi dah masuk mulut.Tak malu betul laa"..Inspektor Rizal mencuit Inspektor Daniel di tepinya sambil mulutnya memuncung ke arah Sarjan Jusoh.

"Sarjan...kalau bab makan,tak pernah tolak"...tambahnya lagi dengan nada mengusik.

Terbatuk-batuk Sarjan Jusoh mendengar kata-kata Inspektor Rizal itu.

"Maaf saya tanya...ada hajat apa Tuan datang ni?"

"Pasal orang yang kami buru dulu tu Imam"..Inspektor Rizal memulakan kata.

"Petang semalam dekat Raub ada dua kes kanak-kanak hilang Imam..jadi kami syak orang tu ada kemungkinan terlibat dan jugak,mungkin ada dekat-dekat sini"..giliran Inspektor Daniel pula menyambung.

Pak Jenal dan Lebai Dolah berpandangan.

"Imam pun tau kisah dia macamana kan?...jadi itu la tu,kami datang ni nak mintak tolong kalau-kalau Imam boleh bantu kami cari dia.Orang gila macam ni,bahaya kalau dibiarkan berkeliaran di luar sana..entah berapa ramai lagi nanti yang akan jadi mangsa"..tutur Inspektor Rizal.Perasaannya ketika itu sudah mula sebak.

Tiba-tiba..Lebai Dolah berdiri.Matanya memandang ke arah pokok di tepi halaman dengan cemas.

"Ada apa Pak Lebai?"..Pak Jenal yang ada di tepinya kaget.

"Tengku Arjuna...dia pegi cabar Guntur Geni"

"Ha?!!!...ya Allah,macamana ni?"..

Inspektor Rizal,Inspektor Daniel dan Sarjan Jusoh terpinga-pinga.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now