Bab 16

1.2K 64 92
                                    

Demi terpijak sahaja kakinya di halaman rumah keluarga Mak Munah itu,Asyraf terasa kepalanya berdenyut-denyut dan pandangannya berbalam-balam.Segera beliau menguatkan hatinya dengan tenaga dalaman,barulah keadaan beransur reda.Tetapi..tanah yang dipijaknya pula seperti lembut,dan ada masanya kelihatan beralun-alun.

"Wahhh....ada apa pulak ni?"..beliau mula pelik dengan apa yang dirasakannya.

Setelah mempraktikkan kuasa Mata Makrifat..Asyraf mula memerhati keadaan sekeliling dengan teliti.Apa yang dilihatnya cukup memeranjatkan...terdapat empat tangkal telah ditanam pada enpat penjuru kawasan halaman rumah itu.Dan kesemua tangkal-tangkal itu adalah Tangkal Orang Mati Dibunuh,dari cara ia ditanam yang menghadap arah matahari naik...Asyraf yakin bahawa ada yang berniat tidak baik terhadap keluarga Mak Munah dan telah bertindak menanam benda-benda itu semua.

Pemerhatiannya terbantut...hatinya tersentuh melihat Mak Munah sedang bertangis-tangisan dengan seorang wanita yang dia yakin adalah keluarga Mak Munah sendiri.

Mak Munah tiba-tiba dilihatnya mendapatkan seorang lelaki di hujung halaman.Melihat pada cangkul yang dipegang,lelaki itu tentunya baru sahaja pulang dari kebun.Dengan Mata Makrifatnya..Asyraf dapat melihat yang lelaki tua itu bukan orang sembarangan..di dalam badannya terdapat aura biru yang berkilau-kilauan..

"Aura biru?....kenapa pakcik ni ada aura biru,sama macam aku?...pelik."..Asyraf mula tertarik.

Ditenungnya lama-lama,barulah dia perasan yang aura berkenaan kian pudar warnanya.Asyraf mula gelisah...jarak yang jauh antara mereka menyukarkannya mengetahui punca keadaan itu.

Tiba-tiba Mak Munah memanggilnya untuk diperkenalkan pada orang tua itu.Pucuk dicita,ulam yang datang...tanpa membuang masa Asyraf berjalan ke arah mereka sambil matanya tidak lepas dari merenung aura biru di dalam badan orang tua berkenaan.

Akhirnya ia mendapat jawapan...rupa-rupanya orang tua tersebut telah diracun dengan racun yang amat berbisa.

Aura hitam yang ada di dalam badan akan bertindak seperti parasit yang memakan aura biru dan menghisap tenaga dalaman.Barang siapa yang terkena racun itu,lama kelamaan seluruh tenaganya akan habis,dan ia akan mati kekeringan..Jika tinggi ilmu orang itu,maka panjanglah umurnya..kerana aura hitam memerlukan masa yang lebih lama untuk menyedut segala tenaga yang ada.

"Ini kerja orang yang mengamalkan ilmu syaitan,aku tak boleh biarkan..aku mesti tolong keluarga Mak Munah"..Asyraf membulatkan tekad di hatinya.

Sebaik sahaja hampir,Asyraf memusatkan tenaga dalamnya pada Mata Makrifat...lalu menyalurkan aura birunya ke dalam badan orang tua terbabit melalui tenungannya.Aura yang dimiliki mereka adalah sama,dan ini memudahkan Asyraf untuk membantu.

Beliau dapat melihat dengan jelas,aura biru yang disalurkan itu bersatu dengan aura biru yang telah sedia ada dan ketika itu sedang berusaha menyingkirkan aura hitam.Ini menyebabkan orang tua itu pitam dan seterusnya pengsan.

Selepas orang tua yang kemudian dikenalinya sebagai Pak Jenal iaitu abang pada Mak Munah dibawa naik ke atas rumah,Asyraf meneruskan usahanya menyingkirkan aura hitam dari dalam badan Pak Jenal.Setelah hampir sejam bertarung secara batin,aura hitam itu dapat dihapuskan sepenuhnya.Asyraf tersandar kelesuan,namun begitu..hatinya puas kerana dapat membantu.

Ketika itu,barulah dia perasan yang Mak Munah sedang memerhatikannya penuh tandatanya.Sambil menyeka peluh..Asyraf senyum dan menganggukkan kepala.Dari airmuka Mak Munah,dia dapat rasakan Mak Munah sedar apa yang telah dilakukannya biarpun dia tidak tahu hujung pangkalnya.

....................................................

Perlahan-lahan Pak Jenal membuka matanya..dipandang pada isterinya Mak Long Indah,Mak Munah,Safira dan Safuan yang mengerumuninya.
Pak Jenal merasakan badannya telah kembali bertenaga..semua sakit-sakit badan yang dialaminya telah hilang sama sekali...dia kehairanan.Dicubanya bangun,tidak ada lagi masalah sakit tulang belakang dan pinggang yang dihidapinya selama ini.

"Indah.....kamu tengok ni,aku dah tak rasa sakit lagi dah.Hahaha"...ujar Pak Jenal riang sambil menghayun-hayunkan tangan dan kakinya.Dia rasa cukup bertenaga,malah penglihatannya juga bertambah baik.

"Syukur alhamdulillah,ini semua gara-gara berkat kamu anak beranak balik kampung la ni Munah"..ujarnya lagi.

Mak Munah tersenyum sambil memandang Asyraf.Dia tahu,Asyraf pasti ada kena mengena dengan kejadian itu.

"Terimakasih banyak-banyak Asyraf"..getusnya di dalam hati.

"Alhamdulillah...syukur ya Allah"..tidak putus-putus Pak Jenal mengucapkan syukur.Soal macamana kesihatannya pulih tiba-tiba sudah tidak difikirkannya lagi,apa yang penting ialah....dia sudah sihat.Asyraf dan yang lain-lain tumpang gembira melihat gelagat Pak Jenal itu.

"Malam ni lepas Isyak,kita buat majlis doa selamat sikit.Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa mendapat berkat dari Allah atas segala perkara baik yang kita lakukan"..Pak Jenal meluahkan hasratnya.

Tiba-tiba matanya terpandang pada seseorang yang sedang duduk di hujung ruang tamu.

"Ni sapa ni Munah?"

"Masyaallah...seronok tengok abang dah baik,sampai terlupa saya bang"..Mak Munah tersengih.

"Asyraf...meh sini,jumpa Pak Long kamu ni"..gamit Mak Munah.

Asyraf menghampiri Pak Jenal dan bersalam serta mencium tangan orang tua itu.

"Abang Jenal..ini Asyraf,bakal menantu saya...tunang si Ira"..Mak Munah memperkenalkan Asyraf pada abangnya.

"Ooooo....tunang si Ira.Elok sangat la kamu bawak dia balik kampung Munah,boleh jugak kenal sedara mara kamu kat sini"..ujar Pak Jenal seraya memandang Asyraf dari atas ke bawah.

"Hmmmm...boleh tahan jugak budak ni,hensem..patut pun Ira berkenan.Alaa...macam aku muda-muda dulu la,kalau tak..takkan Mak Long kamu tu tergila-gilakan aku..hehehe"...Pak Jenal cuba berseloroh.

"Hello cik abang oii...tolong sikit eh!.abang tu dulu yang tergila-gilakan kita tau.Siap pujuk ajak tengok pilem P.Ramlee lagi.Apa pilemnya tu?..haa.....Penarik Becha,cerita tu laa"..balas Mak Long Indah pantas.

Berderai ketawa mereka melihatkan karenah Pak Jenal dan Mak Long Indah..Safira yang mendiamkan diri dari tadi mengerling pada Asyraf yang sedang ketawa,mukanya masih lagi bersebu merah kerana menahan malu.Alangkah bahagia dirinya di saat itu...

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now