Bab 23

1.2K 60 38
                                    

Asyraf melangkaukan pandangannya ke arah Dukun Deraman yang berada di belakang Jusoh.Hatinya mula berdetak.

"Rasa aku ini orang yang datang rumah Pak Long malam tadi,hmmm..macam nak cari pasal je.Datang la...hari ni ko akan jumpa buku dengan ruas"...sambil itu tangannya menyambut salam dari Jusoh.

Asyraf merenung Dukun Deraman yang kian hampir dengan Mata Makrifatnya..apa yang dilihat amat memeranjatkan.Wujud Dukun Deraman itu berlainan sekali dengan pandangan mata kasar,Dukun Deraman melalui penglihatan Mata Makrifatnya..adalah makhluk berbulu hitam tebal dengan badannya yang tinggi dan besar.Matanya pula merah menyala seperti seperti api dan siap untuk membakar siapa sahaja yang dilihat.Asyraf beristighfar di dalam hati..

Benar seperti telahannya..kedatangan Dukun Deraman adalah untuk menyambung kembali kisah malam tadi yang masih belum tamat.

"Pakcik..kalau kami ada buat salah kami mintak maaf,tak perlu la kita panjang-panjangkan hal ni"..ujar Asyraf lalu mendapatkan Dukun Deraman.Setiap gerak dan geri Dukun Deraman diamatinya.

Tepat dugaan Asyraf..dengan tiba-tiba sahaja Dukun Deraman bertindak untuk mencakar dadanya dengan pukulan yang sama seperti malam tadi.

"Dayus...cuma pandai pukul curi saja.Aku sudah bagi peluang,lepas ni..jangan cakap yang aku tak ada belas kesian"..meledak kata-kata dari Asyraf.Sudah tidak ada lagi kalimah 'saya' atau 'pakcik',malah ditambah lagi dengan rasa benci yang meluap-luap.

Baik Dukun Deraman mau pun Jusoh atau Pak Jenal..masing-masing tersentak dengan perubahan Asyraf yang mendadak.Airmukanya bertukar riak..tiada lagi senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya.

Serangan kencang dan sepenuh kekuatan oleh Dukun Deraman disambut Asyraf dengan wajah yang tegang.Dia membiarkan sahaja Cakar Api Dukun Deraman yang dimegah-megahkannya itu singgah pada dadanya.

Prakkkkk....bunyi tulang patah disertai jeritan kesakitan memecah suasana.

Cakar Dukun Deraman seolah-olah telah terkena pada dinding batu yang keras,dan akibatnya ialah...kelima-lima jari serta pergelangan tangannya telah patah dalam pertembungan itu.

Pak Jenal dan Jusoh terkedu..

Dukun Deraman yang kesakitan tidak percaya dengan apa yang berlaku,matanya terbeliak melihat jari-jarinya yang patah dan sudah tidak boleh digerakkan lagi.Hatinya membara...dengan menggunakan tangan kiri,beliau melancarkan serangan keduanya.

Namun badannya terdorong sedikit ke hadapan kerana serangan itu tidak mengenai sasaran,dengan kepantasan yang amat luarbiasa Asyraf telah mengelak dan tau-tau sahaja sudah berdiri disampingnya.

Dukun Deraman masih tidak berpuashati,menyedari Asyraf berada di sisi..tanpa bertangguh beliau terus melibasnya menggunakan tangan kanan yang sakit itu.Tapi..libasannya itu cuma terkena angin sahaja kerana Asyraf sudah pun tidak ada di situ lagi.

Pak Jenal ternganga,dia kenal akan pergerakan yang baru ditunjukkan oleh Asyraf tadi.

"Ini tak salah aku..jurus 'Ikan Meliuk Di Balik Lalang',salah satu dari jurus terhebat Alam Semesta..sekarang ini belum ada lagi yang mampu menguasai jurus ni.Macamana Asyraf boleh tau?"..hatinya berdesis.

Jusoh yang pada awalnya tadi membayangkan bahawa anak saudara Pak Jenal akan terima padah,mula terpegun dan kagum dengan apa yang dilihatnya.Dia sesungguhnya tidak menyangka yang anak muda itu mampu menundukkan Dukun Deraman,seorang jaguh silat yang tersohor.

Badan dan muka Dukun Deraman mula bersimbah peluh..mulutnya berkumat kamit membaca mentera.

Asyraf cuma berdiri tegak memerhati,bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan kedua tangannya disilangkan ke belakang.Dia kelihatan cukup tenang begitu.,sesekali rambutnya yang terurai berbuai-buai ditiup angin.

Pak Jenal dan Jusoh melihat penuh minat..mereka seperti sudah sepakat membiarkan saja dua jaguh itu meneruskan permainan masing-masing.Jauh di sudut hati,mereka mendoakan agar Asyraf mampu menewaskan Dukun Deraman yang angkuh itu.

Dukun Deraman memejamkan mata..mulutnya lancar membaca mentera dalam bahasa yang sukar dimengertikan.Dia tahu lawannya ini bukan calang-calang orang,silap perhitungan maut yang menanti.

Tiba-tiba Dukun Deraman membuka mata..ya Allah,matanya itu telah bertukar warna kepada merah yang menyala-nyala.Ternyata Dukun Deraman bukan lagi main-main,beliau telah bertekad menghapuskan pemuda yang berani mencabarnya itu walau macamana cara sekali pun.

"Syaitan laknatullah"..Asyraf bersuara perlahan,namun cukup untuk didengari oleh Pak Jenal dan Jusoh.Mereka meneguk airliur masing-masing.

"Pak Long..Pakcik..ini bukan Dukun Deraman yang sebenarnya"..Asyraf bersuara lagi,menambahkan kekeliruan di hati Pak Jenal dan Jusoh.

"Maksud kamu?"..Pak Jenal bertanya pendek.

"Ini jelmaan hantu raya peliharaan Dukun Deraman.Dukun Deraman yang asal sebenarnya telah lama mati,dia membuat perjanjian dengan hantu rayanya ketika dia masih hidup.Maksudnya ialah..hantu raya itu telah diberi izin untuk masuk dan menggunakan tubuh Dukun Deraman selepas ia meninggal dunia"..terang Asyraf sambil matanya tidak lepas dari memandang Dukun Deraman.

"Pak Long tak boleh nampak ke?"..tanya Asyraf sambil berpaling ke arah Pak Jenal.

"Nampak apa?"..balas Pak Jenal.Dia tidak faham apa maksud Asyraf.

"Hantu raya tu la Pak Long"..ujar Asyraf seraya tersenyum.Mukanya sudah  tidak lagi setegang tadi.

"Mana la aku nak nampak?..ishhh kamu ni"

"Kenapa tak gunakan Mata Makrifat?"..spontan Asyraf bertanya.

Pak Jenal terperanjat..dipandangnya Asyraf penuh tandatanya.Asyraf masih lagi tersenyum seperti tadi.

Perlahan-lahan Pak Jenal memusatkan tenaga dalam ke matanya.Terasa tenaga itu mengalir dengan senang..bukan dia tidak cuba mempraktikkan Mata Makrifat sebelum ini,tetapi kesihatannya yang tidak begitu baik menghalangnya berbuat demikian.Dalam ertikata lain,tenaga dalamnya kian merosot.Namun apa yang dirasa sekarang amat berbeza...tenaga dalamnya itu seolah-olah meningkat dengan pesat,buktinya ialah Mata Makrifat dapat dipraktikkan dengan begitu mudah sekali.Dan apa yang dilihatnya pada ketika itu,membuatnya mengucap panjang..

Jusoh terpinga-pinga..banyak perkara yang dia tidak faham.Melihatkan Jusoh yang melangu,Asyraf menghampirinya..

"Pakcik nak tengok hantu raya jugak ke?"..tanyanya pada orang tua itu.

Di luar kawalannya,Jusoh hanya menganggukkan kepala.Lalu tanpa banyak bicara,Asyraf menyentuh kedua belah kening Jusoh dengan jari telunjuk kanannya...tiba-tiba.

"Masyaallah..astaghfirullahal'azim!!!"..Jusoh jatuh terduduk kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Asyraf tersenyum..

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now