Bab 48

1.1K 60 17
                                    

Hati Safira berbunga-bunga bila melihat van yang dipandu Asyraf memasuki halaman rumah.Namun kegembiraan itu cuma seketika sahaja apabila Asyraf terpaksa dipapah keluar dari van oleh Pak Jenal dan Jusoh.

"Mak!....Abang Asyraf mak"..jeritnya lantang sambil berlari mendapatkan Asyraf.

Mak Munah yang berada di dalam bilik tergopoh-gapah keluar.

"Masyaallah...apa dah jadi ni Asyraf?"

"Takde apa-apalah makcik,sikit je ni"..Asyraf cuba bersikap tenang biarpun dalam diam dia mengakui kecederaannya itu agak parah.

Safira tidak dapat berkata-kata,cuma airmata yang bercucuran sahaja yang menzahirkan perasaannya ketika itu.

"Kenapa sampai macam ni bang?"..Mak Munah menyoal Pak Jenal.

"Asyraf disambar buaya"

"Makcik kan dah cakap,kerja tu bahaya.Yang nak sangat pegi tu buat apa?"..tingkah Mak Munah sayu.

"Sikit je ni makcik,takyah risau laa...tengok,saya dah boleh bangun dah"..Asyraf menggagahi dirinya untuk bangun demi meyakinkan Mak Munah.Baru sahaja ia tegak berdiri,matanya berpinar-pinar dan pandangannya menjadi kelam.Bagai nangka busuk ia jatuh dan tidak sedarkan diri.

....................................................

"Jat...macamana?"..tegur Pak Jenal sebaik saja Aizat yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan Klinik Desa Kampung Mengkudu selesai membersih dan menjahit luka Asyraf.

"Ambik masa sikit Pak Imam,luka-luka tu dah la keliling,dalam pulak tu.Tapi jangan risau..saya dah bersihkan dan jugak dah jahit semua.Saya pun dah bagi ubat tidur tadi,biar dia rehat dulu"

"Alhamdulillah..terimakasih banyak-banyak Jat.Mau Pakcik tak risau..itu bukan luka biasa.Kalau orang lain,tak tau la apa nasibnya"

"Dia bernasib baik Pak Imam sebab buaya tu sambar dekat perut,kalau dekat pinggang atau dada..lagi parah.Apa pun..saya dah tunjukkan pada Ira tadi cara-cara nak bersihkan luka-luka tu.Ubat tahan sakit bagi bila perlu saja,tapi ubat-ubat yang lain kena habiskan..terutama yang antibiotik tu"..pesan lagi Aizat sambil memandang ke arah Asyraf yang terlantar di atas katil.

"Kalau tak ada apa-apa,saya mintak diri dulu Pak Imam.Insyaallah lagi dua tiga hari saya datang untuk check,rasanya jahitan tu dah boleh bukak dah kot"..Aizat menghulur tangan bersalam dengan Pak Jenal.

"Iyalah..terimakasih lagi sekali Jat"

"Sama-sama...dah keja saya Pak Imam"

"Ira..aku balik ke klinik dulu,ingat pesan aku tadi.Apa-apa hal,ko suruh je sapa-sapa panggil aku"..Aizat dan Safira merupakan rakan semenjak dari kecil lagi.

"Ok Jat...terimakasih ek"..Safira membalas,mukanya yang muram dipaksa untuk senyum.

....................................................

Ketiadaan Asyraf semasa sembahyang Zohor di surau petang itu membuatkan para penduduk tertanya-tanya.Mahu tidak mahu,terpaksa jugalah Pak Jenal bercerita tentang apa yang telah berlaku.

Selepas Zohor sahaja..rumah Pak Jenal penuh sesak dengan para jemaah yang datang berziarah,termasuklah Pawang Nuh dan adiknya Penghulu Sudin.Kisah buaya yang pada mulanya itu mahu dirahsiakan,kini meniti dari mulut ke mulut dan menjadi perbualan penduduk kampung.Mereka kagum serta berterimakasih atas keberanian Asyraf yang sanggup menggadaikan nyawa untuk membantu menghapuskan ancaman buaya tersebut biar pun beliau baru datang ke kampung itu.

....................................................

Air sungai yang berombak itu ditenungnya lama-lama..

""Ini la agaknya buaya putih yang dikatakan oleh Tok Pawang tu.Tengok pada gaya ombak ni,macam besar ni.Tapi pelik..kenapa aku panggil tadi dia tak datang?..jangan-jangan"..

Namun belum sempat ia menyudahkan ayatnya itu,tiba-tiba sahaja seekor buaya berwarna putih yang besar telah melompat keluar dari dalam air dan menyambar tubuhnya lalu dibawa ke dasar sungai.

Asyraf meronta-ronta kesakitan..ia telah tersepit di antara rahang makhluk itu,perut dan belakangnya terasa sakit yang amat sangat kerana ditikam oleh gigi-gigi yang runcing dan tajam..

Darah merah mula keluar mewarnai air di sekelilingnya.Beliau berusaha untuk melepaskan diri,tetapi sia-sia.Semakin ia meronta,semakin kuat pula gigi runcing itu dirasakan mencengkam..

Asyraf tidak mati akal..ia menumpukan kekuatan pada kedua belah tangannya,lalu menghentak kepala buaya putih itu sekuat hatinya.Tetapi usahanya tidak mendatangkan sebarang kesan,kulitnya yang tebal telah berjaya melindungi buaya putih dari hentakan kuat Asyraf.

Pada saat hidup dan mati itu,beberapa peristiwa silam menerjah fikiran Asyraf.Terdesak oleh keadaan yang amat genting,mindanya telah meneroka ke daerah baru yang sekian lama tertimbus.Badan Asyraf yang kian longlai dirahang sang buaya,tersentak-sentak hebat bila tubuhnya bereaksi dengan perkara-perkara baru yang ditemui...

Seketika kemudian Asyraf mendepangkan tangannya..dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada,beliau memejamkan mata lalu mempraktikkan jurus Pedang Mahkota Dewa.Salah satu jurus ciptaannya sendiri yang mampu menggabungkan unsur besi ke dalam badan.

Perlahan-lahan dari kedua tapak tangannya keluar pedang yang tajam berkilat..

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now