Bab 11

1.3K 60 33
                                    

Asyraf cukup yakin bahawa gadis yang bersama Mak Munah itu adalah gadis yang telah ditolongnya dari diculik pagi semalam.Dari gaya percakapan,seolah-olah Mak Munah telah lama mengenali mereka.

"Kantoi aku kalau dia nampak aku"..hati kecilnya berbisik.

Dia masih ingat...sebaik saja penjenayah ke-empat semalam ditewaskannya,matanya silau dengan kerdipan-kerdipan kamera telefon orang ramai yang mengambil gambarnya.Tidak kurang juga yang merakamkan aksinya tadi menggunakan telefon pintar.

Seperti ada suara ghaib yang memberi arahan,Asyraf memusatkan seluruh kuasa dalaman pada satu titik di dalam badannya dan tenaga itu disalurkan ke mata.Kemudian beliau mula memandang ke arah orang ramai yang kian berpusu-pusu.

Dengan tidak semena-mena,telefon pintar masing-masing menjadi panas dan terlepas dari pegangan.Ya...Asyraf menggunakan kuasa Mata Makrifat untuk memadamkan video dan gambar-gambarnya yang telah diambil tanpa disedari oleh mereka.

Asraf juga telah memadamkan memori berkaitan dirinya dari ingatan mereka yang berkumpul di situ.Mungkin disebabkan itulah,pihak media tidak mendapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku.Tetapi...gadis yang menjadi mangsa?...Oppsss......Asyraf telah terlepas pandang!.

"Ira...sini jap"...gamit Asyraf sambil meninjau-ninjau ke bahagian depan restoran.

Bila Safira menghampirinya,Asyraf langsung bertanya.

"Mak Ira cakap ngan sapa tu,tak pernah pulak abang nampak dia datang sini sebelum ni?.

"Mana?"...Safira inginkan kepastian.

"Tuhhh....dekat depan tu laa"..tutur Asyraf sambil memuncungkan mulutnya.

Safira tergelak kecil,geli pulak hatinya melihat muka Asyraf begitu.

"Oooo.....itu"

"Entahlah la bang,Ira pun tak kenal"..Safira masih lagi tersenyum simpul memandang Asyraf.

"Punya la panjang oooo,ingatkan kenal..hmmm"...ujar Asyraf sedikit kecewa.

"Abang sebenarnya ni,nak tanya yang lelaki tu ke atau yang pompuan tu""...tanya Safira.Matanya merenung tajam ke arah Asyraf.

"Yang lelaki tu la,yang pompuan nak buat apa"...tingkah Asyraf cepat.Risau dia kalau-kalau tembelangnya pecah.

"Ye la tu?"..Safira mendesak lagi,ada berbaur rasa cemburu pada pertanyaannya itu.

Belum pun sempat Asyraf menjawab,kedengaran suara Mak Munah memanggil Safira ke bahagian hadapan restoran.Apa lagi...kelam kabut la Safira keluar mendapatkan ibunya.

"Selamat...selamat"...gumam Asraf sendirian.
....................................................

"Hello...ya bercakap."

"Ok...ok...ko teruskan perati restoran tu,kalau ada nampak apa-apa yang pelik..cepat-cepat bagitau aku"...Kamal memberikan arahan pada anakbuahnya.

"Apa hal tu?"...tanya Mamat sebaik saja Kamal selesai bercakap di telefon bimbitnya.

"Hamid call bang..dia cakap Datuk Harun ada dekat Restoran Bahagia,anak dia pun ada sekali...tapi dia pasang bodyguard ramai boss"..terang Kamal panjang lebar.

"Hummmm...makin susah la keja kita macam ni,patutnya yang dulu tu dah boleh setel dah.Tapi ye lah..apa nak buat,belum ada rezeki lagi'..tutur Mamat perlahan.

"Malam ni kamu free tak?"...tanya Mamat kemudiannya selepas diam sebentar.

"Abang tau sendiri,apa nak tanya lagi bang"..jawab Kamal spontan.

Mamat cuma tertawa,lalu menyambung.

"Ikut aku jumpa Pak Guru,dia nak jumpa...penting katanya".

....................................................

Selepas menjamu selera,Datuk Harun mohon untuk menyambung perjalanannya ke bandar.Mak Munah dan Safira mengiringi mereka hingga ke tepi jalanraya.

"Ada masa,jemput-jemput la singgah lagi Datuk".

"Insyaallah Munah,anak aku ni suka masakan kamu...sedap katanya.Jadi kena datang lagi la tu jawabnya"..balas Datuk Harun sambil tertawa kecil.

"Ha'ah...the best in town Pa"..sampuk Amelia sambil memaut lengan papanya.

Tiba-tiba matanya terpandang pada van yang diparkir di belakang restoran.Tanpa mempedulikan siapa-siapa,Amelia melepaskan pegangan tangannya dan berlari ke arah van tersebut.Semua yang ada terperanjat dan spontan mereka mengikuti Amelia dengan penuh tandatanya.

"Orang yang bawak van ni la semalam yang tolong aku"...Amelia bercakap sendirian di dalam hati.Matanya memeriksa setiap inci van terbabit dengan penuh minat.

"Jangan-jangan dia ada dekat-dekat sini tak?"..gumamnya lagi.

"Ada apa Lia?"...tanya Datuk Harun,dia orang pertama yang tiba di sisi Amelia.

"Mak Munah...ini van sapa?"..tanya Amelia tanpa mempedulikan soalan papanya.

"Van Mak Munah laa...kenapa?"..tanya Mak Munah kembali.

Amelia yang teruja kerana berjaya menemui van itu,tidak mengendahkan pertanyaan Mak Munah.Dia membiarkan semua orang berteka-teki..

"Semalam sapa yang bawak van ni pegi bandar?"...tanyanya lagi dengan wajah yang ceria.

"Anak angkat Mak Munah,Asyraf namanya.Dia keja ngan Mak Munah.Kenapa ni Lia?...dia ada buat salah ke semalam?..takde pulak dia cakap apa-apa dengan Mak Munah"...Mak Munah mulai risau.

Amelia senyum terus-menerus,membiarkan pertanyaan Mak Munah tanpa berjawab.

Masing-masing pandang memandang antara satu sama lain penuh tandatanya,tidak sabar-sabar menantikan jawapan dari Amelia.

"Mak Munah...Lia nak jumpa ngan anak angkat Mak Munah tu,boleh tak?"..tanpa segan silu lagi Amelia membuat permintaan.

"Apa salahnya...kejap ya Lia"...pantas Mak Munah menjawab lalu memandang ke arah Safira.Safira yang faham dengan pandangan ibunya itu,meminta diri untuk memanggil Asyraf.

"Ya Allah...Kamu selamatkan la Abang Asyraf dari segala macam bahaya"..tidak putus-putus Safira berdoa di sepanjang perjalananya itu.Bermacam-macam persoalan bermain di kepalanya.

"Ada apa ni Lia?..kenapa nak jumpa anak angkat Mak Munah?.Lia kenal dia ke?"...bertubi-tubi Datuk Harun menyoal anak gadisnya itu.Bimbang juga dia kalau-kalau Mak Munah berkecil hati dengan tindakan Amelia.

"Rilek la Pa...kejap lagi Papa tau la kenapa"...Amelia menjawab dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.Hatinya cukup gembira.

Datuk Harun cuma menggelengkan kepala.Dari jauh dia melihat seorang pemuda yang sasa dan tegap berjalan beriringan dengan Safira menuju ke arah mereka.

Perasaannya bergetar melihat sinar mata anak muda itu.Ada sesuatu yang menarik tentang beliau..dipandangnya pemuda itu penuh minat.

"Hmmm....hebat anak angkat Munah ni"..Datuk Harun berkata-kata di dalam hatinya.

"Papa..Mak Munah..Ira..kalau nak tau,inilah orangnya yang selamatkan Lia dari diculik semalam"...Amelia membuka cerita sebaik saja Asyraf dan Safira tiba.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now