Bab 20

1.3K 67 47
                                    

"Asyraf..Safuan,cepat sikit..dah nak masuk Subuh dah ni!"..bising suara Pak jenal memanggil Asyraf dan Safuan.

"Jap Pak Long..Wan ni terhegeh-hegeh,tak jumpa cari baju melayu la pulak"..terdengar suara Asyraf dari dalam bilik.

Seketika kemudian,mereka bertiga sampai di surau.Sudah ada para jemaah lain yang sampai..ada yang cuma duduk di beranda,tak kurang juga yang sedang mengambil air wuduk.

"Bilal mana?"..tanya Pak Jenal pada salah seorang yang duduk situ.

"Bilal rasanya mungkin tak dapat datang kot imam,malam tadi dia mengadu demam"

"Hmmmm....habih sapa yang nak azan ni?.kamu boleh ke Ijat?"..tanya Pak Jenal lagi.

"Ishhh...saya tak boleh imam,banyak sumbang dari yang betul.Hehehe..."...jawab lelaki yang dipanggil Ijat tersengih.

"Apa kata pagi ni,kita mintak anak sedara aku yang azan?"..

"Adik mana tau azan Pak Long!"..pantas saja Safuan menjawab.

"Bukan kamu la...tuh,Abang Asyraf kamu tu"..ujar Pak Jenal tertawa kecil.

"Owhhh....hehehe,kus semangat.Ingat suruh adik tadi,memang ke laut la jadinya"..Safuan pun ikut sama ketawa.

"Macamana Asyraf?..boleh ke kamu tolong azan"

"Insyaallah Pak Long"...jawab Asyraf lalu bangun menuju ke arah mikrofon yang telah disediakan.

Sebentar kemudian..berkumandanglah azan Subuh di Kampung Mengkudu,mengejutkan penghuninya untuk bangun menyempurnakan kewajipan terhadap Allah.Alunan suara Asyraf yang gemersik dan mendayu,meruntun jiwa siapa yang mendengar..

"Ini suara sapa yang bang ni Munah oii?..lain macam je hati aku dengar"..Mak Long Indah yang sedang menyediakan sarapan di dapur membuka mulut,dia berhenti seketika untuk menikmati alunan azan yang bergema.

"Akak tanya saya?..maaaaana la saya tau kak,hahaha"..gelihati Mak Munah mendengar pertanyaan itu.

"Tak boleh jadi ni,tak boleh jadi...aku nak pegi surau Munah.Aku rasa tak senang kalau tak pegi..jom siap,ikut aku.Ajak anak kamu tu sekali"..perintah Mak Long Indah.

Pak Jenal hampir menitiskan airmata melihat ramai penduduk kampung baik lelaki mau pun perempuan,hadir untuk berjemaah.Sejak dia menjadi imam,inilah kali pertama surau dipenuhi dengan para jemaah ketika solat Subuh.

"Syukur alhamdulillah..terimakasih ya Allah"..hatinya tidak putus-putus memanjatkan syukur ke hadrat Illahi.

Selepas selesai solat dan wirid pendek,para jemaah berebut-rebut untuk bersalam dan berkenalan dengan Asyraf.

"Sapa azan tadi imam?"..tanya salah seorang penduduk kampung.

"Anak sedara aku dari bandar,baru datang petang semalam"..ujarnya dengan tersenyum.

"Kenapa?"

"Entah la imam..saya ni tadi dah bersiap-siap nak pegi noreh.Kemudian terdengar azan tu tadi..tiba-tiba rasa sayu pulak hati,itu yang datang berjemaah ni"..terang lelaki itu jujur.

"Bilal pun ada jugak ke?..tadi si Ijat tu cakap kamu tak sihat"..tegur Pak Jenal pada seseorang yang menghampirinya untuk bersalam.

"Ha'ah..aku ni dah dua hari demam,sakit kepala.Dah tua-tua ni biasa la,macam-macam penyakit singgah.Malam tadi datang pun,saja aku buat tak reti je.Tapi bila dah sampai rumah,langsung tak boleh nak bangun"..Bilal menghulurkan tangannya untuk bersalam sambil matanya melilau mencari seseorang.

"Dah tau tak sihat,duduk rumah je la"..Pak Jenal berseloroh.

"Memang pun aku tak sihat imam,tapi itu tadi"..ujar Bilal,sambil matanya tetap memandang ke sana ke sini.Macam ada sesuatu yang dicarinya.

"Aikkk?!...macamana tu Bilal?"..Pak Jenal kurang faham dengan maksud kata-kata Bilal.

"Sebelum datang aku betul-betul tak sihat.Start dari balik surau malam tadi..mana aku dapat lena,kepala berdenyut-denyut macam nak pecah.Tapi..."..Bilal memberhentikan kata-katanya seraya memandang Pak Jenal.

"Tapi apa Bilal?..Pak Jenal makin keliru.

"Bila aku dengar azan Subuh tadi tu,aku rasa...semua sakit aku ni macam dicabut,terus hilang.Badan aku yang lemah itu jam pulak terasa kuat dan bersemangat.Makin aku dengar,makin bersemangat pulak aku rasa.Tak pernah aku rasa macam ni,badan pun ringan je.Kalau tak,nak bangkit dari tidur punyalah susah"..ujar Bilal bersungguh-sungguh.

"Iya Bilal..saya pun rasa macam apa yang Bilal rasa"..tambah lagi penduduk kampung yang dari tadi cuma mendengar sahaja.

"Alhamdulillah...ini semua atas izin Allah.Sama-sama la kita bersyukur"..Pak Jenal menadah tangan mengucap syukur.

"Tapi sapa yang azan tadi imam?"..Bilal mengajukan pertanyaan.

"Anak sedara imam yang datang dari bandar petang semalam"..jawab penduduk kampung itu pantas,imam hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Oooo....yang berjemaah dengan kita malam tadi ya?..aku ingat..aku ingat..Asyraf ke apa namanya"

"Ya..Asyraf"..Pak Jenal menjawab dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

....................................................

"Abang ni..kenapa asyik dok tersengih je,takut pulak saya nengok.Macam tak betul je"..Mak Long Indah bersuara ketika mereka sama-sama sarapan pagi itu.Semua mata bertumpu pada Pak Jenal.

"Takdak apa aihhh"..jawab Pak Jenal menguntum senyum.

"Takdak apa..takdak apa..tuu,tersenyum-senyum tu kenapa?"..Mak Long Indah tetap tidak berpuashati dengan jawapan suaminya.

"Senyum pun salah,apa la mak long kamu ni Asyraf,hahaha"..meledak ketawa Pak Jenal dengan sikap isterinya itu.Kemudian menyambung kata-katanya.

"Aku ni gembira sangat-sangat Indah.Adik aku balik,sakit aku baik,kemudian Subuh tadi..tak pernah-pernah seumur hidup aku jadi imam dekat kampung ni,surau kita penuh sesak dengan jemaah"

"Saya dah agak,saja je nak nyakat awak tadi..hehehe"...sampuk Mak Long Indah.

"Ini semua gara-gara kamu la Asyraf"..Pak Jenal memandang Asyraf.

Asyraf yang tadi leka menyuap nasi goreng ke mulutnya tiba-tiba tersedak.

"Apa kena mengena ngan saya pulak Pak Long?"..dia cuba mengelak.Segan pula rasanya jika rahsianya itu diketahui.Mak Munah dan Safira tersenyum penuh makna.

"Kamu tau..ramai yang datang jumpa aku lepas solat tadi,semuanya tanya sapa yang azan.Diaorang cakap..bukan aku tau,tapi diaorang yang cakap..suara kamu tu macam ada besi berani,tarik orang untuk datang berjemaah"

"Betul,betul,betul"..Safuan pula menyampuk,tapi terdiam kembali bila dijeling tajam oleh Mak Munah.

"Bukan tu saja...Tok Bilal,Jusoh,Udin,Leman Puyuh..semuanya cakap,sakit diaorang tu tiba-tiba saja hilang macam tu aje bila dengar kamu azan"..ujar Pak Jenal serius.

Semua yang mendengar terhenti makan,dan menoleh ke arah Asyraf.

"Kebetulan je kot tu Pak Long,takkan la pasal dengar saya azan je..sakit boleh jadi baik"

"Aku pun nak fikir macam tu jugak,tapi...entahlah.Banyak sangat kebetulannya...macam sakit aku ni,aku pun tak paham macamana tiba-tiba boleh jadi baik"..Pak Jenal melepaskan keluhan.

"Alaa bang...Allah bagi kita sakit,dengan kehendak Dia juga kita boleh jadi baik tiba-tiba.Apa nak heran"..Mak Munah menamatkan cerita bila dilihatnya Asyraf mula tidak selesa.

"Betul tu Munah..buat apa la nak difikirkan sangat,janji dah sihat..alhamdulillah"..ujar Pak jenal kelat.

"Nanti lepas sarapan,kamu ikut aku Asyraf..aku nak bawak kamu ronda,kenal-kenal dengan orang kampung.Suatu hari besok,kamu akan jadi orang sini jugak"..Pak Jenal memberitahu hajatnya.

"Insyaallah Pak Long"

"Adik nak ikut boleh?"...laju je Safuan minta izin.

Pak Jenal tidak bersuara,beliau hanya tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now