Bab 21

1.3K 57 32
                                    

"Macamana dengan perkembangan kes kubur misteri tu Inspektor?"..tanya ASP Guna pagi itu ketika beliau bersama Inspektor Rizal minum di kantin.

"Maaf Tuan..setakat ni belum ada apa-apa perkembangan lagi,kita masih menunggu lapuran dari unit forensik berhubung dengan bedahsiasat"..terang Inspektor Rizal dengan lancar.

"Ok...apa maklumat yang kita dapat dari penduduk berdekatan?"..tanya ASP Guna lagi.

"Tak ada satu pun yang boleh membantu kita Tuan.Kawasan tu terpencil"..

"Susah la macam ni..apa pendapat Inspektor pasal kes ni?"

Inspektor Rizal meneguk nescafenya,kemudian mendongak.

"Tuan...saya yakin,ini semua ada kena mengena dengan ilmu hitam atau sihir Tuan"

"Kenapa Inspektor tak kata ia berkemungkinan kerja sindiket penjualan organ?..biji mata semua mangsa di korek kan?....pada saya,ini bukan sebab ilmu hitam"..balas ASP Guna.

"Ya...biji mata mangsa hilang,lima belas orang semuanya.Tapi Tuan jangan lupa..bukan itu saja,leher mangsa juga dikelar dan darah mereka kering.Dikedua belah pergelangan kaki pula terdapat kesan lebam yang teruk..pada pendapat saya la Tuan,mangsa telah digantung secara terbalik..maksudnya kaki ke atas dan kepala ke bawah"

ASP Guna mendengar penjelasan dari Inspektor Rizal penuh khusyuk.

"Kemudian penjenayah itu telah mengelar leher mangsa,menadah darah yang keluar sehingga kering dan seterusnya mengorek keluar biji mata mangsa.Kalau ni kerja sindiket jual organ,kenapa nak ambik biji mata je Tuan?..buah pinggang apa semua?...alang-alang dah ambik kan,ambik je la semua.Lagi satu...darah tu,sindiket jual organ tak berminat dengan darah ni Tuan"..hujah lagi Inspektor Rizal.

"Hmmmm.....saya mula bersetuju dengan pendapat Inspektor"..ASP Guna mengangguk-anggukkan kepala.

"Terimakasih Tuan...orang macam ni Tuan,kalau dapat elok tembak je kasi mati..ini bukan lagi binatang Tuan,ini dah kira kerja setan ni"..gerutu Inspektor Rizal.

Dia cukup tersentuh melihat keluarga mangsa yang datang menuntut mayat tempuhari,apa taknya...rata-rata mangsa adalah kanak-kanak berumur anggaran dalam tujuh ke sembilan tahun.Mati dalam keadaan yang mengerikan dimana kedua belah biji mata mereka telah dikorek keluar,leher dikelar...dan yang anehnya,darah mereka telah kering sepenuhnya!!...Hati ibu dan bapa mana yang boleh bersabar melihat keadaan mayat anak kecil mereka sedemikian rupa..

....................................................

Pak Mahat tersenyum puas sambil melihat deretan botol-botol di atas rak di bilik kecilnya.

"Tidak lama lagi,aku akan dapat balik kekuatan aku.Bila Mata Syaitanku sudah sempurna,aku akan jejaki Cincin Zamrud Biru..cincin itu pasti akan jadi milikku.Pada masa itu..barulah aku akan menonjolkan diriku di khalayak ramai.Aku akan jadi pemerintah yang baru pada zaman ini..hahaha"..Pak Mahat mula terbayang apa yang bakal dilaksanakan bila memperolehi semula kekuatannya.Sesungguhnya..beliau ialah manusia durjana yang bertuhankan iblis.

...................................................

"Nahhh.....amik ni bahagian ko!"..panggg...sebiji penampar singgah di muka Manimaran.

"Aku dah cakap kan itu hari..jangan masuk dalam satu lubang.Ada lima belas semuanya,buat tiga lubang...gali dalam-dalam jangan sampai orang tahu"..Kamal melepaskan marah pada anak-anak buahnya.

"Itu hari mau hujan la boss"..balas Manimaran sambil menggosok-gosok pipinya.

"Hujan kepala opah ko!...jangan nak tipu aku,ko ingat aku ni buta ke hapa hah?"...tengking Kamal.Memang cukup pantang dia kalau ada anak buahnya yang berbohong semata-mata untuk melepaskan diri.

"Ko ni kan,mampus lagi baik laa..hidup pun menyusahkan aku je"..serentak dengan itu Kamal mengeluarkan pistol dari pinggangnya dan melepaskan sedas tembakan,sebiji peluru mengenai dahi Manimaran lalu tembus ke belakang.Otak dan darahnya bersepai di atas lantai.

"Korang nampak tak ni?..nampak tak?!..ha?"

"Nampak boss"...anak-anak buah Kamal yang lain sudah takut separuh mati.

""Gara-gara dia,aku kena dengan big boss.Dah tu..ada hati pulak nak kelentong aku,puihhh!!...Dia ingat aku ni bodoh macam dia ke hapa?"

"Korang dengar sini baik-baik eh..lain kali,apa saja yang aku cakap korang ikut.Ada masalah tak boleh buat,bagitau...paham?!"..herdik Kamal.Geram betul dia..

"Paham boss"..serentak mereka menjawab.

"Dah...blah korang semua.Ambik si Mani ni,pegi buang kat hutan mana-mana,takpun kasi anjing makan.Buat menyemak je"..arah Kamal.

"Aku dah la berserabut nak pikir mana mau cari stok,yang dia pulak macam sial"..marah Kamal masih belum reda biarpun Manimaran sudah menjadi mayat,hatinya cukup sakit.

Kerja yang diamanahkan oleh gurunya cukup berat dan merbahaya,silap haribulan dia,Mamat dan seluruh organisasi mereka boleh lumpuh.

Dia bukan saja diarah mendapatkan seratus pasang biji mata kanak-kanak,malah perlu juga mengambil darah mereka untuk santapan gurunya itu.Kononnya bagi memulihkan kekuatan ilmunya...entahlah.

Kalau diikutkan hati Kamal memang tidak sanggup,namun mengenangkan ketuanya Mamat..terpaksa jugalah dia akur biarpun jiwanya memberontak.

Pahlawan Silam [Tamat]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang