Bab 38

1.1K 61 3
                                    

"Bang..saya ada hal nak tanya abang ni"..Mak Munah duduk di beranda bersama-sama Pak Jenal,Asyraf dan Safira selepas mereka pulang dari surau.Mak Long Indah menyibukkan diri di dapur.

"Apa dia?"

"Petang semalam abang ngan Asyraf pegi mana?"..tanpa berbasa-basi lagi Mak Munah terus mengajukan persoalan.

Belum pun Pak Jenal menjawab,tiba-tiba...

"Assalamu'alaikum"

"Wa'alaikumussalam"..jawab Pak Jenal dan Asyraf serentak.

"Imam...Imam kena tolong saya Imam"..Jusoh yang muncul tiba-tiba itu mendapatkan Pak Jenal dan Asyraf lalu menyalami mereka.

"Kenapa ni Jusoh"..Pak Jenal mulai teruja.

"Anak kakak saya dari kampung sebelah..hilang dekat dengan Lubuk Mandi"..ujarnya cemas.

"Hah?!!...Lubuk Mandi?..ishhhh....berapa kali dah ingatkan,jangan pegi sana....tapi degil.Hmmmm"...Pak Jenal membuntangkan matanya.Lubuk Mandi...suatu ketika dulu adalah tempat para dukun dan pawang membuang saka dan ilmu hitam,tempat itu memang 'keras' dan sering menagih korban.Pernah ada penduduk yang nampak satu lembaga hitam yang besar dan tinggi muncul di lubuk berkenaan.

"Aku memang nampak sendiri..air lubuk tu berpusing,lepas tu benda alah tu timbul.Bila dia berdiri,air cuma takat betis dia je.Ko bayangkan betapa besar dia tu..eeee,tobat aku tak nak lagi pegi mancing sana"..ceritanya pada suatu pagi.

"Asyraf...ikut Pak Long"..arah Pak Jenal.

Hati Jusoh bertambah lega...dengan adanya Asyraf,dia harap anak saudaranya itu dapat ditemui.

"Saya pun nak ikut jugak la bang..kesian si Esah tu,dah la takde suami"..Mak Munah tiba-tiba bersuara.

"Motor aku boleh muat aku ngan Asyraf je Munah oii"

"Pakai la van saya tu,abang nih"..Mak Munah mencebik.

"Ira pun nak ikut gak"..celah Safira.

"Kamu tu memang Ira,pantang Asyraf bergerak.Kalau boleh,nak masuk dalam poket Asyraf..ngikut je mana dia pegi"..laju Mak Munah menempelak anaknya.

"Eeiii mak ni....rasakan,nahhhh"...dan selaju itu jugalah tangan Safira mencubit peha ibunya itu.

....................................................

Ketika sampai,telah ramai penduduk yang berkumpul mengerumuni Pawang Nuh,iaitu pawang air yang sedang bersila sambil membakar kemenyan di tebing sungai mengadap ke arah Lubuk Mandi.

Mak Munah dan Safira mendapatkan Esah yang sedang menangis manakala Pak Jenal,Asyraf dan Jusoh berjalan menuju ke arah kumpulan penduduk yang berkumpul.

Apabila melihat Pak Jenal tiba,Pawang Nuh bingkas bangun mendapatkannya.

"Assalamu'alaikum Imam"..dengan lembut beliau menyapa lalu menghulurkan tangannya pada Pak Jenal dan Asyraf.

"Wa'alaikumussalam Nuh...apa cerita?"

"Entah la Imam..dah dekat satu jam saya usaha,tapi kelibat budak tu tak jugak saya dapat ambik.Usahkan ambik,nak tengok pun tak dapat.Setan ni kuat sangat la Imam"..Pawang Nuh mengeluh.

"Dah kamu cuba menyelam ke tadi?"..tanya lagi Pak Jenal.

"Dah Imam...tapi tak boleh nak tembus ke bawah,air pusar dekat bawah tu kuat lain macam"..terang Pawang Nuh jujur.Dia bukan pawang sembarangan,bila menyelam..nafasnya boleh tahan berjam-jam di dalam air.Jasanya pada kampung itu sudah tidak terkira lagi..tetapi kali ini,dia terpaksa menyerah kalah.

"Saya dah tak boleh Imam,setan ni bukan tandingan saya.Imam cuba la pulak"

"Hmmmm....kita sama-sama la Nuh.Aku sorang pun memang tak boleh lawan jugak tu"

"Ye lah...Imam jadi kepala,saya ngikut dari belakang"

"Bilal Muda tak ikut sekali ke?"..Jusoh tiba-tiba bertanya sambil memandang pada Asyraf.

"Arr...err...takyah la kot Pakcik,Pak Long dengan Pawang dah ada dah tu"..serba-salah Asyraf bila ditanya begitu.

"Oh ya...lupa aku nak kenalkan,ini anak sedara aku Nuh...Asyraf.Baru datang dari bandar dua tiga hari lepas"..Pak Jenal memperkenalkan Asyraf pada Pawang Nuh.

"Dah salam apa semua,baru Imam nak perkenal,hahaha"

"Dah kelam kabut tadi,aku lupa laa..hehehe"..balas Pak Jenal diiringi ketawa kecil.

"Bilal dekat bandar sana ya"..tanya Pawang Nuh sambil matanya tepat merenung Asyraf.

"Takde la Pawang,saya ni cuma pekerja restoran je.Pakcik Jusoh saja nak menyakat saya tadi tu"..Asyraf semakin tidak selesa bila direnung begitu.Terasa Pawang Nuh sedang menyukat kemampuan yang ada padanya.

"Jom kita mulakan Nuh,jangan tangguh-tangguh lagi"..Pak Jenal juga menyedari maksud renungan Pawang Nuh itu,cepat-cepat bersuara.

"Silakan Imam,sila"...Pawang Nuh merasa pelik.Anak saudara Pak Jenal itu kelihatannya biasa-biasa sahaja,tetapi deria keenamnya dapat merasakan sesuatu yang aneh.Namun demi menjaga hati Pak Jenal,dilontarkannya perasaan ingin tahu itu jauh-jauh.Dia tidak mahu sikapnya yang suka menguji orang itu mengeruhkan hubungannya dengan Pak Jenal.

Asyraf menarik nafas lega..

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now