Bab 50

1.2K 70 12
                                    

Ketika Pak Jenal tiba,Safuan yang tadinya sedang menonton tv di ruang tamu sudah pun siap membuka pintu.

Pak Jenal langsung menjengah keluar..di halaman kelihatan Pak Syeikh memandangnya sambil tersenyum.

"Masyaallah..Tok?..ingatkan dah lupa jalan ke rumah saya,hahaha"..

"Aku macam pernah dengar je ayat tu,hahaha"..Pak Syeikh ketawa senang sambil memeluk Pak Jenal.

"Wan..mari salam atuk"..gamit Pak Jenal pada Safuan yang tercegat di tengah pintu.

""Pegi panggil mak dengan mak long kamu,cakap Tok Syeikh datang"..arahnya lagi selepas Safuan menyalami Pak Syeikh.

"Anak Munah ke tu Jenal?"

"Ha'ah...jemput naik Tok"..pelawa Pak Jenal sambil membongkokkan badannya tanda hormat.

"Apa khabar Pak Syeikh?"..Mak Munah yang baru muncul menyapa lembut.Dari dulu lagi dia lebih selesa memanggil 'Pak Syeikh' berbanding 'Tok Syeikh'..biar orang tua tu rasa dia muda sikit,begitulah katanya sewaktu ditanya Pak Jenal.

"Lama tak nampak Pak Syeikh,makin lama..makin muda pulak saya tengok"..giat Mak Munah.

"Hahaha..aku ni memang muda lagi Munah,korang saja yang pandang aku tua,hahaha"..

"Seri mana?"..tanya Pak Syeikh tiba-tiba.'Seri' ialah nama timangan yang diberikan Pak Syeikh pada Safira,dan sekarang barulah Pak Jenal dan Mak Munah tahu kenapa Pak Syeikh lebih suka menggunakan nama itu.

"Dengan Asyraf dekat dalam"

"Aku datang ni pun sebab nak jenguk budak tu la,dengar kata dia cedera"..Pak Syeikh memberitahu tujuannya bertandang ke rumah Pak Jenal.

"Kalau gitu..jomlah kita ke dalam Tok.Rasanya Asyraf pun mesti suka tengok Tok datang"..Pak Jenal bangun dan mempersilakan Pak Syeikh.

"Assalamu'alaikum!"

"Wa'alaikumussalam..jawab Asyraf dan Safira serentak,masing-masing agak terperanjat melihat kehadiran Pak Syeikh di situ.Cepat-cepat Safira bangun dan bersalam serta mencium tangan Pak Syeikh.

"Bertambah cantik cucu Tok yang sorang ni"..ujar Pak Syeikh sambil mengusap-usap kepala Safira.

""Apa la Tok..jangan la cakap macam tu,malu la Seri.Tok sihat?"

"Alhamdulillah...Tok sihat,Seri pulak macamana?"..balas Pak Syeikh sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Alhamdulillah jugak Tok"

""Ni hadiah untuk cucu kesayangan Tok"..dihulurnya satu kotak kecil yang berukir indah pada Safira.

Terburu-buru Safira mengambil dan tanpa bertangguh terus dibukanya.Sebentuk cincin emas bertakhtakan nilam yang begitu cantik dikeluarkan lalu terus disarung ke jari manisnya.

"Cantiknya Tok..terimakasih"..sebuah ciuman sebagai tanda penghargaan diberikan pada pipi orang tua itu.Pak Syeikh tersengih melihat Safira.

"Pak Syeikh jangan dimanjakan sangat budak tu,makin naik lemak dia nanti".

"Elehhh..mak tu dengki la tu dia tak dapat.Kan Tok kan?"..tingkah Safira sambil memaut lengan Pak Syeikh.

"Hahaha"...usik-mengusik dua beranak itu membuatkan suasana semakin ceria.

"Ehemmm"..Asyraf berdehem tiba-tiba.

"Laa..asyik dok layan Seri,lupa pulak pada Tengku...hahaha"..Pak Syeikh ketawa seraya menghampiri Asyraf.

"Yer...pahaaaam.Sapa la kita ni?"..Asyraf pura-pura membuat muka masam.

"Aikkk?!..Tengku pun dah pandai merajuk sekarang?..hahaha"..Asyraf cuba bangun tetapi ternyata kesakitan yang dideritainya itu telah menghalangnya.

"Tengku?..kenapa Tok panggil Abang Asyraf Tengku?"..

"Sebab nak panggil dia Tengku la Seri..hahaha"..tidak putus-putus ketawa Pak Syeikh.Gembira betul dia malam itu.

Safira mula menggaru kepala,sungguh..dia memang tidak faham.

"Apa Tengku pulak Tok?.Asyraf je,mana ada Tengku?"

"Tauuu....tapi dah Tok nak panggil dia Tengku,takkan tak boleh?..nama kamu tu bukan Seri,tapi Tok panggil kamu Seri...itu boleh pulak?..Tok punya suka la nak panggil dia apa,yang kamu dok nyibuk tu pasal?..hahaha"

"Eeee...Tok ni,bencilah.Taknak kawan dengan Tok"..Safira mencebikkan bibirnya.

"Taknak sudah...ada aku kisah.Aiman tak kisah,hahaha"...

"Hahaha"..padan ngan muka kamu Ira,kan dah kena...hahaha"..Mak Munah tumpang sekaki.

Pak Syeikh merenung sekujur tubuh Asyraf yang terbaring,dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Macamana boleh jadi gini ni Tengku?"..tangan Pak Syeikh membelek bandage yang membalut luka Asyraf.

"Kena ngap dengan buaya Tok Ayah,dah nak kena..nak buat macamana".

"Hmmm..salah ayat tu Tengku.Bukan pasal dah nak kena,tapi pasal Tengku cuai.Kalau hati-hati,boleh elak sebenarnya.Lain kali..ada mata tu guna betul-betul,jangan tengok luaran saja.Kena selidik apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.Inilah padahnya..ada kepandaian taknak pakai.Kalau dah jadi macam ni,cakap pun tak guna dah..benda dah jadi"..Pak Syeikh meluahkan apa yang terbuku di hati.Asyraf terdiam,sesekali mukanya berkerut menahan sakit.

"Jenal..kamu tolong bukak pembalut ni,aku nak tengok luka tu"..pinta Pak Syeikh tenang.

"Kalau luka biasa,rasanya takde masalah pada Tengku,tapi ini dah masuk campurtangan setan,itu yang buat teruk tu.Apa-apa hal biar Tok Ayah tawarkan dulu bisa tu"

"Munah..ambikkan aku teh o segelas,tolong cepat sikit!"

"Teh o Tok?!..selalu kalau nak jampi,orang tak guna teh o Tok,air kosong je"..Pak Jenal mencelah.

"Aku nak minum laa..dari tadi lagi sampai,ada kamu bagi aku minum?"..dengan muka yang serius Pak Syeikh menyoal.

"Hahaha..maaf,lupa Tok"...

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now