Bab 41

1.1K 62 15
                                    

Sebaik sahaja van bergerak meninggalkan Lubuk Mandi,Pak Jenal lantas bertanya,dia sudah tidak tahan lagi menanggung sabar.

"Macamana kamu tau budak tadi tu masih hidup Asyraf?"

Asyraf senyum.

"Pak Long tak tengok betul-betul tadi,sebab tu tak perasan"

Bila mendengar kata-kata Asyraf,Pak Jenal baru teringat pada hikmat Mata Makrifat yang dimilikinya.

"Adoyaiii....aku ni cuai betul laa,hahaha"..ujarnya sambil ketawa mengenangkan kebodohannya sendiri.

"Tu macam Abang Jusoh je ikut kita tu,siap lambai-lambai lagi.Berenti tepi jap Asyraf"..celah Mak Munah tiba-tiba.Pak Jenal dan Safira ikut sama menoleh ke belakang.

"Dah tau pakai motor,kamu hon aje la Jusoh.Nasib baik Munah ni tertengok kamu"..Pak Jenal menegur sebaik sahaja Jusoh menghampiri mereka.

"Motor buruk Imam,mana ada hon tu semua.Pakai hon ngan mulut je,hahaha"..tergelak Jusoh mendengar ngomelan Pak Jenal.

"Ada duit banyak,sambar la yang baru satu.Ini tak..disimpan je,kot beranak duit tu takpe la..hahaha"

Jusoh tersengih menayangkan giginya yang sudah tinggal tidak berapa banyak itu.

"Apa hal sampai kamu ngikut aku ni Jusoh?"

"Pawang nak jumpa Imam,ada hal penting katanya"..Jusoh tersengih lagi.

"Aku dah jalan,baru nak bercakap.Pawang ni pun...alahaii"..Pak Jenal merungut.

"Agaknya tadi lupa kot bang?.ada la halnya tu,kalau tak takkan disuruhnya Abang Jusoh ni ikut kita"..celah Mak Munah.

"Asyraf...patah balik,kita tengok apa naknya Pawang Nuh tu"

....................................................

"Maaf la Imam..saya dah tak tau nak mintak tolong pada sapa"..Pawang Nuh tertunduk,macam murid sekolah yang akan didenda sahaja lagaknya.

"Buaya ni bukan kepakaran aku Nuh,kamu tu lagi arif.Kalau kamu dah mengaku,aku lagi laa"..Pak Jenal menggaru kepalanya yang tidak gatal.Permintaan Pawang Nuh itu di luar kemampuannya.Dia langsung tidak berpengalaman tentang itu.

"Macamana dengan Bilal Muda Imam?..usul Pawang Nuh,dia benar-benar tersepit sekarang.

Pak Jenal mengerutkan keningnya.

"Tolong la Imam..sebelum ada lagi yang jadi korban.Masuk yang itu hari,dah tiga orang dah kena.Orang-orang kampung semua dah takut nak ke sungai..saya bukan tak cuba Imam,tapi dengan yang ini...entah la.Dah berkali-kali saya seru,tapi tak jugak datang"..Pawang Nuh tetap berusaha memujuk Pak Jenal agar sudi membantunya.

"Maksud kamu Asyraf ya?..hmmm,itu aku kena tanya yang empunya badan dulu la.Tapi ini kerja bahaya Nuh,buaya bukan benda boleh buat main-main..sekali dia ngap,tak berkubur kita"..Pak Jenal masih was-was.

Pawang Nuh terdiam.

"Mari la ikut aku jumpa Asyraf..biar aku tanya dia,nanti apa katanya..kamu sendiri boleh dengar.Kang kalau dia ada nak tanya apa-apa ke...senang"

"Buaya?"...mahu terkeluar biji mata Mak Munah bila Pak Jenal membuka mulut menyampaikan hasrat Pawang Nuh itu.Asyraf cuma membisu,memikirkan sesuatu.

"Aku dah angkat tangan dah Munah,dah tak boleh lagi dah.Baru dua hari lepas,buaya tu sambar orang yang tengah mancing dekat sungai.Masuk itu,bulan ni saja dah tiga orang.Itu belum kira lagi bulan yang sudah-sudah"

"Orang kampung nak pegi dekat ngan sungai pun dah takut sekarang.Sungai tu la salah satu dari punca rezeki diaorang..dah tu,kalau nak rapat pun tak boleh..macamana?"..Pawang Nuh menyatakan kerisauannya.

Kampung Nuri ialah kampung asal Pawang Nuh sebelum dia berpindah ke kampung isterinya.Jadi setiap apa jua masalah di situ,akan menjadi masalahnya juga.Sementelah pula,Penghulu Sudin adalah adiknya sendiri.

Pada awalnya ia mengharapkan Pak Jenal boleh menolongnya mengatasi masalah itu,tetapi Pak Jenal awal-awal lagi sudah angkat tangan.

"Bilal Muda macamana?..boleh ke tolong Pakcik?..Pakcik harap sangat-sangat,kalau tak...taktau la berapa ramai lagi yang akan jadi mangsa"..matanya mula berlinangan.

"Berat permintaan Tok Pawang tu"..Asyraf bersuara pendek.Membuatkan Pawang Nuh menunduk memandang bumi.

"Tapi kalau dibiarkan akan jadi lebih berat"..sambung Asyraf.Pawang Nuh mendongak  memandang Asyraf,ada sinar harapan dari kata-kata Asyraf.

Pak Jenal,Mak Munah dan Safira agak terperanjat..

"Insyaallah Pawang..saya boleh tolong ikhtiarkan,tapi saya tak janji apa-apa.Kita berserah pada Allah,hanya Dia sebaik-baik tempat untuk mengadu dan berserah"..perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh semua.

"Satu lagi permintaan saya Pawang..jangan dihebuhkan perkara ini.Lagi sedikit yang tau,lagi bagus"

"Insyaallah Bilal..insyaallah"..tingkah Pawang Nuh dengan gembira.Tidak sia-sia dia meminta Jusoh mengekori Pak Jenal tadi.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now