Bab 2

2.4K 90 162
                                    

Termenung jauh Asyraf mengingatkan cerita yang disampaikan oleh Aman tadi.

"Tak mungkin Aman berbohong"...ujarnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Asyraf cuba mengingati kembali mimpinya itu dan mula tertanya-tanya sendirian.

"Kenapa muka budak lelaki yang dalam mimpi aku tu sama ngan muka aku,macam real la pulak mimpi tu."

"Omak kau kontot!!!"...terperanjat besar Asyraf bila tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang.

Kelihatan Aman ketawa berdekah-dekah melihatkan Asyraf yang melalut-lalut dek kerana terkejut.

"Hampeh ko Man,kok ye pun bagi la salam ke apa ke...ni main terjah je,nasib baik aku takde lemah jantung tau...kalau tak mau arwah aku"...gerutu Asyraf.

"Sori bai.....tak sengaja..hahaha"...Aman masih terus dengan ketawa besarnya.

"Kita dah lama dah cuti ni Asyraf,cakap itu hari nak cuti 1-2 hari jek...ni dh dkt 4 hari dh ni.So...aku ingat besok kita start keja balik,kang membebel pulak bakal mertua ko tu...hahaha"..Aman tak habis-habis lagi menyakat teman baiknya tu.

"Hek eleh ko ni,jeles ler tu..hahaha...ok siap pak,besok kita start keja".

Asyraf dan Aman bekerja di Restoran Bahagia kepunyaan Mak Munah yang terletak di pinggir bandar.Biar pun agak terpencil,tetapi restoran berkenaan sentiasa dipenuhi pelanggan pada setiap masa.Mungkin kerana kedudukannya yang strategik...terletak di laluan utama ke bandar.Tapi memang tak dinafikan,Restoran Bahagia mempunyai kelebihannya yang tersendiri...selain dari masakannya yg lazat dan pelbagai rasa,harganya juga berpatutan.Tak cekik darah....hehehe.
Dah hampir 2 tahun mereka bekerja di sana..jadi boleh dikatakan hubungan antara majikan dan pekerja memang rapat.Kena pulak hero kita tu..bakal menantu katakaaan.

.....................................................

Besoknya pagi2 lagi kedua sahabat itu tiba di Restoran Bahagia dan disambut dengan senyuman meleret oleh Safira,anak bongsu Mak Munah yang berusia 20an.Orangnya cantik...bertudung litup,hidungnya mancung dan berkulit halus mulus.Di tambah pula dengan lesung pipit di pipi kiri dan kanan,memang tak jemu mata memandang.

"Cakap nak cuti 1-2 hari je,tapi ni dh 4 hari....abang tipu Ira ek?"....Safira mula bersuara sambil matanya melirik ke arah Asyraf.

Belum sempat Asyraf nak buka mulut,Aman terlebih dahulu mencelah..."sori la Ira...ingat memang macam tu,tapi Asyraf tak sihat.Kesian pulak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah,kang jadi apa-apa susah".

Asyraf cuma mampu tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Pandai jugak Aman ni"...gumamnya di dalam hati.

"Abang Asyraf tak sihat?..teruk ke?...kenapa tak call Ira?..ingatkan abang dah lupakan Ira,ye lah....sapa tau kan?"..Safira membalas,anak matanya tak lepas dari memandang ke arah Asyraf.Rindu sangat dia untuk menatap wajah jejaka idamannya itu.

Baru je Asyraf berkira-kira nak menjawab...."Kami tak nak la susahkan Ira.Nanti apa pulak kata Mak Munah dan orang keliling kalau tengok Ira datang rumah bujang kami".....laju je Aman,macam dah hafal dah apa yang dia nak cakap.

"Alaaa....abang berdua ni memang,saja je taknak bagi Ira datang rumah kan?...Ira boleh datang dengan adik apa,bukannya Ira nak pegi sorang.Taknak bagi datang,cakap je la terus terang...takyah nak bagi alasan bagai"...Safira memusingkan badannya dan terus meninggalkan 2 pemuda itu yang masih terpinga-pinga.

"Ira dah merajuk....habih laaa!"..kata Aman sambil menepuk dahi.

Asyraf cuma tersenyum kambing memerhatikan lenggok Safira..."Pandang la sini Ira,abang rindu ni..4 hari tak jumpa macam 4 tahun"..Asyraf mula berkata-kata di dalam hatinya.

Macam disuruh-suruh,tiba-tiba saja Safira memalingkan mukanya ke arah Asyraf dan tersenyum.....

"Yang korang 2 ekor ni dok tercegat lagi kat situ tu kenapa?..tak reti-reti lagi ke nak buat keja?..banyak lemak nampak!"...tiba-tiba saja 1 suara memecah keheningan pagi,bagai petir membelah bumi.

"Omak ko kontot"...terkejut biawak Asyraf dibuatnya.

"Ehh mak?...anu...err...Mak Cik Munah..kami dah nak start keja ni makcik."...terkial-kial Asyraf menjawab,sampai tersasul-sasul dia...kesian.

"Banyak la ko punya mak Asyraf..kawin ngan anak aku dulu,baru boleh panggil mak...paham?."

"Paham makcik".....jujur jawab anak muda itu.

Mak Munah tersenyum dengan telatah Asyraf.Dia memang dah tau hubungan anaknya Safira dan Asyraf,dan dia tidak ada halangan untuk merestuinya jika itu jodoh mereka.Lagi pun Asyraf pada pandangannya ialah seorang pemuda yang rajin dan boleh diharap.Biar pun asal usul Asyraf tidak diketahui,tapi pekerti yang ditunjukkan oleh anak muda itu sudah cukup baginya.Apa yang penting,Safira bahagia...Mak Munah tidak memandang rupa dan harta,hartanya sendiri pun sudah lebih dari cukup untuk menyara hidupnya anak beranak di masa hadapan.

Sejak kematian suami akibat barah 15 tahun lalu,Mak Munah bertekad untuk membesarkan Safira dan Safuan tanpa mengharapkan simpati dan pertolongan dari keluarganya ataupun keluarga arwah suaminya.Hasilnya...beliau mampu membuka Restoran Bahagia dengan hasil titik peluhnya sendiri.Restoran inilah sumber pendapatannya,dan akan diwariskan pada anak-anaknya suatu hari nanti.

"Mak...jom sarapan,dah siap dah ni"..laungan dari Safira mematikan lamunan Mak Munah.

"Yelah...yelah...panggilkan Asyraf ngan Aman sekali,kita sarapan sama-sama".

"Baik mak"....Safira menjawab sambil tersenyum.

Safira merasakan dirinya cukup bertuah..walaupun ayahnya telah tiada,tetapi dia tidak pernah kesunyian dan terabai.Ibunya Mak Munah sentiasa ada disamping di waktu suka dan dukanya.Dan yang paling membahagiakannya ialah...ibunya tidak pernah melarang untuk berhubungan dengan Asyraf asal saja mereka tidak melanggar adat dan tatasusila.

"Ira...mak tak kisah kalau Ira nak berkawan dengan Asyraf,mak pun berkenan dengan budak tu.Tapi Ira kena janji dengan mak...jangan buat yang tak senonoh dan malukan mak".

Safira tersenyum bila mengingati pesanan ibunya itu suatu petang dulu...malu pun ada sebenarnya tu...hehehe.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now