Bab 14

1.2K 66 94
                                    

Cuti sekolah selama seminggu telah bermula.Awal-awal pagi lagi Mak Munah dan dua anaknya Safira dan Safuan berkemas..

"Check pintu tingkap semua adik,pastikan berkunci.Kamu Safira...bawak beg-beg ni semua masuk dalam van,mak nak pegi bagitau Mak Com yang kita nak balik kampung.Biar dia tolong tengok-tengokkan rumah kita ni nanti"

Becok mulut Mak Munah,maklumlah...dia kena pastikan semuanya beres sebelum bertolak.

"Dah kamu telefon Si Asyraf Ira?"..tanya Mak Munah sebelum bergerak.

"Dah mak,tunggu kita datang ambil je"...ujar Safira tersenyum.

....................................................

Asyraf yang telah siap berkemas,menunggu Mak Munah tiba di beranda rumahnya.

Dia masih ingat...dua hari lepas Mak Munah membuat pengumuman di restoran,memberitahu bahawa restoran akan ditutup lebihkurang seminggu kerana dia hendak balik kampung...rindu untuk menziarah kubur orang tua katanya.

Tidak lama kemudian,Asyraf dan Aman telah dipanggil oleh Mak Munah..rupa-rupanya Mak Munah berkira-kira untuk membawa mereka bersama.Bagaimana pun Aman terpaksa menolak dengan memberi alasan yang dia pun ingin pulang ke kampungnya di Perak.

"Kampung makcik tu di kawasan pendalaman Asyraf"..cerita Mak Munah pada petang itu.

"Dah lama sangat dah makcik tak balik"..tuturnya penuh sayu.

"Apa yang makcik nak cakap ni,Asyraf tolong jangan bagitau kat sapa-sapa ya?"..Mak Munah mengendurkan suara sambil memandang keliling.

Asyraf yang terpinga-pinga cuma mampu menganggukkan kepalanya saja.

"Asyraf tau Ira dulu tu sakit kan?"

Angguk lagi.

"Makcik rasa,itu perbuatan khianat orang kampung makcik jugak.Makcik kompom..sebab orang tu pernah ugut makcik,kalau taknak apa-apa berlaku pada Ira...makcik kena terima pinangan dia,jadikan Ira bini nombor tiga dia"

Asyraf membulatkan matanya,seakan tak percaya dengan apa yang baru didengari.

"Makcik nekad,apa nak jadi jadi laa..pinangan tu makcik tolak.Tak lama lepas tu la Ira sakit.Abang makcik guru silat,jugak seorang dukun..dia yang bagi cadangan supaya bawak Ira jauh-jauh dari kampung.Tapi sampai bila makcik taknak balik kampung halaman makcik sendiri kan?."

"Dulu time makcik masih dekat kampung..makcik ingat lagi,kebanyakan orang kampung masih amalkan ilmu itu ilmu ini.Sampaikan yang boleh bertukar rupa jadi rimau pun ada,na'uzubillah....."

"Yang makcik syak buatkan Ira tu,dia pun dukun jugak.Berguru dengan bomoh siam,siap pegi Thailand lagi.Tapi itu dulu la..sekarang ni makcik tak tau,harap-harap yang karut marut apa semua tu dah takde dah.Tapi apa pun,Asyraf kena hati-hati..kot-kot saki baki orang-orang yang macam tu tadi dok ada lagi.Sebab ada jugak yang jenis suka menguji orang luar..dulu dah ramai yang terkena"

Asyraf mendengar penuh khusyuk setiap apa yang disampaikan,kemudian baru dia sedar yang Mak Munah sedang merenungnya,naik menggelabah jugak la dia dipandang begitu.

"Sekarang makcik berani balik sebab Asyraf ada je,kalau tak..ntah bila la dapat.Asyraf jangan pulak takut dengar citer-citer makcik ni"..sambung lagi Mak Munah dengan senyum yang dibuat-buat.

Belum pun sempat Asyraf menjawab,Mak Munah menyambung lagi.

"Kang kalau ada orang tanya Asyraf ni sapa,makcik akan cakap Asyraf tunang Safira.Boleh kan?"

Bagai nak tersedak Asyraf mendengar kata-kata Mak Munah.Apa pulak kata Safira nanti?..mau ke dia dengan aku?.macam-macam masuk kepala Asyraf waktu itu.

"Pasal Ira tu takyah kamu risau la Asyraf,makcik dah cakap dah dengan dia.Lagi suka dia tu ada ler"..

Asyraf tersengih bagai kerang busuk,tak sangka Mak Munah boleh membaca apa yang ada difikirannya ketika itu.

"Makcik harap sangat kamu tolong tengok-tengokkan keselamtan Ira nanti,makcik rasa kalau bab-bab macam ni kamu lebih tau"..lega hati Mak Munah dapat meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Asyraf yang dari tadi cuma berdiam,pantas menjawab.

"Pasal Ira,makcik jangan risau.Insyaallah selagi saya ada..saya akan jaga dia"

"Terimakasih Asyraf..makcik bukan apa,kamu la satu-satunya orang yang makcik percaya dan harap untuk jaga Safira dua beradik bila makcik dah tak ada nanti.Kamu ni makcik anggap dah macam keluarga makcik sendiri"..Mak Munah senang hati dan terharu dengan jawapan Asyraf itu.

"Insyaallah makcik"...Asyraf ikut terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh majikannya itu.

Safira yang baru melewati tempat tersebut,sempat mencuri dengar perbualan ibunya dengan Asyraf.Beliau tersipu-sipu sendirian..itu pun sebelum ia dilihat dan ditengking oleh ibunya.

"Ni pe hal ni?.mengendap orang tua bercakap!"...tanpa bertangguh,berdesup Safira lari ke dapur meninggalkan Asyraf dan Mak Munah.

....................................................

"Asyraf bawak van ya?...Adik...kamu jangan kacau daun.Bagi kakak kamu dok depan ngan Abang.Tempat kamu dekat belakang dengan mak"

"Alaaaaaa"....rungut Safuan sambil keluar dari tempat duduk penumpang.

Asyraf dan Safira tersenyum satu sama lain.

Perjalanan mengambil masa hampir sembilan jam jauhnya,bermacam-macamlah perkara yang diperbualkan di sepanjang tempuh itu.Mak Munahlah yang banyak menggamatkan suasana,tidak kering gusi mereka dibuatnya.Bila dah penat,dia pun mula berdengkur..tinggallah Asyraf dan Safira yang berjaga.

"Abang ni jahat kan?"...Safira memulakan kata-kata.

"Eh?!!...jahat apa pulak ni,takde angin takde ribut...tiba-tiba je?"..Asyraf kehairanan.

"Mak dah cakap ngan Ira,jadi abang takyah nak sorok-sorok lagi"..Safira membuat nada seolah-olah merajuk.

"Mak Munah cakap apa?"..dipandangnya Ira sepintas lalu,sebelum matanya kembali melihat jalanraya.

"Mak cakap..mak terhutang budi dengan abang sebab abang dulu ada ubatkan Ira sampai sembuh"..terang Safira sambil matanya memandang Asyraf.

"Owhhh....itu.Itu citer lama la Ira,abang  dah lupa dah.Lagi pun..itu kan cuma kebetulan je"..Asyraf masih cuba berdalih.

"Banyak la abang punya kebetulan kan?.abang tu memang,susah sangat nak mengaku"..Safira mencebik bibirnya.

Asyraf tersenyum..pertemuan pertama dengan Safira di Pusat Rawatan Mental dulu tidak akan luput dari ingatan,sentiasa segar mewangi di kotak kenangannya.

Waktu itu..dia dipindahkan ke bilik yang baru,matanya tiba-tiba terpandang suatu wajah yang rasanya cukup dikenali..tetapi ia lupa bila dan di mana.Apa yang pasti..hatinya tenang bila menatap wajah itu.Dan entah juga mengapa..sipemilik wajah pun seakan memberi reaksi yang sama,mereka sanggup pandang memandang antara satu sama lain tanpa penat dan jemu.

Asyraf keliru,dia tidak melakukan apa-apa pun..dia cuma sekadar pandang,dan pandangannya itu dikatakan telah berjaya menyembuhkan Safira.

"Apa-apa je lah,asal bahagia"..getusnya di dalam hati sambil tersenyum lebar.


Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now