Bab 13

1.3K 61 50
                                    

Di sebuah rumah di pinggir hutan.

Mamat dan Kamal bersila kemas mengadap Pak Mahat.Lama kemudian barulah orang tua itu membuka mulut,setelah melepaskan satu keluhan yang berat.

"Aku tak pasti kamu berdua ni percaya atau tidak dengan cerita-cerita aku dulu tu.Kamu percaya atau tidak,bagi aku itu tidak penting sekarang ini"

Pak Mahat berhenti seketika..menarik nafas dalam-dalam,kedua anakmuridnya menanti penuh sabar untuk mendengar amanat dari guru mereka.

"Apa yang penting ialah,kamu berdua kena tahu bahawa aku ini semakin hari semakin lemah.Bisa pukulan Alam Semesta dulu tu sudah sampai ke satu tahap yang aku sendiri sudah tidak mampu lagi mengubatinya"..sambung Pak Mahat diiringi batuk-batuk kecil.

"Keadaan aku yang sebegini,menyukarkan aku menggunakan Mata Syaitanku untuk menjejaki musuh ketatku,yang sama-sama disedut ke dalam terowong masa dulu"

"Oleh itu..aku perlukan pertolongan kamu berdua untuk bantu memulihkan kekuatanku kembali"

"Apa saja yang Pak Guru arahkan,kami akan laksanakan.Tapi apa yang Pak Guru mahu kami buat?"..Mamat memberanikan diri bertanya.Kamal juga mengangguk-anggukkan kepalanya.Pak Guru telah mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar pada mereka tanpa meminta apa-apa bayaran,dan sekaranglah masa yang sesuai untuk mereka membalas segala budi Pak Guru itu.

Pak Mahat tersenyum mendengar kesanggupan anak-anak muridnya itu.

....................................................

"Ira...datang sini kejap,mak ada hal sikit nak cakap"...panggil Mak Munah yang pada ketika itu berehat di beranda rumahnya sebaik saja pulang dari restoran.

"Jap mak..Ira tengah buat air ni"..teriak Safira dari dapur.

Sebentar kemudian Safira muncul sambil membawa dua cawan kopi,dihulurkan pada ibunya satu.Mak Munah menyambutnya dengan senyum meleret.

"Duduk"...perintah Mak Munah sambil meneguk kopi panas.Kemudian beliau menyambung kata-katanya apabila dilihat Safira telah duduk bersimpuh di sebelahnya.

"Mak nak tanya pasal Asyraf,mak harap Ira tak rahsiakan apa-apa dari mak.Ira pun tahu,mak dah anggap Asyraf tu macam anak mak sendiri.Walau pun mulut mak ni becok,bising sana bising sini...tapi dalam hati mak,mak memang sayangkan dia"..tutur Mak Munah hati-hati.

Safira tertunduk mendengar kata-kata ibunya.Dia sememangnya tahu,bahawa ibunya itu sangat sayangkan Asyraf.Dia diserang rasa bersalah kerana merahsiakan hal Asyraf dari pengetahuan ibunya.

Perlahan-lahan Safira memandang Mak Munah dan langsung memegang jari orang tua itu..

"Ira mintak maaf kalau ada buat salah pada mak,Ira tak ada niat nak lukakan hati mak"...ujar Safira sambil mengesat matanya yang mula bergenang.

"Mak paham,itu semua untuk kebaikan Asyraf jugak kan?"..Mak Munah mengusap-usap kepala Safira dengan lembut.

"Bila lagi Ira tahu Asyraf yang tolong kita dulu tu?"..Mak Munah mula menyoal.

"Baru lagi mak,masa tu Abang Asyraf pengsan kali kedua.Mak ingat tak...yang Abang Man buat april fool tu?.Kan Abang Asyraf datang restoran,lepas tu dia pengsan.Time tu la Ira ngan Safuan tau"..terang Safira jujur.

"Macamana pulak Ira dengan Safuan tau?..Ira kan cuma nampak dia pengsan saja?"..Mak Munah keliru.

"Mak ni...mak lupa ke yang kita orang pegi hantar makan pada Abang Asyraf dekat rumah dia?"

"Ingat...tapi apa kena mengenanya hantar makan tu pulak?"..makin pening Mak Munah.

"Adoii mak..kami time tu sekali dengan Abang Asyraf dekat rumah dia kan?"...tanya Safira.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now