Bab 22

1.2K 59 34
                                    

"Usop...bagi teh satu,kaw-kaw punya"..minta Dukun Deraman sebaik sahaja tiba di warung Usop Kedai.

"Kamu tak menoreh ke pagi ni Jusoh?"..sapanya pada Jusoh yang duduk di hujung meja.

"Dah pegi dah tadi,tunggu mangkuk getah tu penuh..kang jap lagi aku pegi kutip"..jawab Jusoh acuh tak acuh.Dia dah mula meluat dengan Dukun Deraman,dukun sepatutnya ikhlas nak tolong orang kampung..tapi dukun yang ini,ikhlas nak mencekik darah.Baiknya tidak juga..

"Selalu tu dah tengahari baru kamu nak pegi kutip,ini awal-awal lagi dah nak pegi.Sakit-sakit badan kamu tu dah elok ke?"..tanya lagi Dukun Deraman sambil tangannya mencapai kuih karipap yang ada di depannya.

"Alhamdulillah..dah elok dah"

"Bagus sangat la tu,tangkal yang aku bagi tu kamu nak kena asap kemenyan tiap malam Jumaat.Jangan lupa..nanti sakit tu datang balik"..ujar Dukun Deraman.

Hendak tergelak Jusoh mendengar kata-kata Dukun Deraman itu,tetapi ditahankannya supaya tidak menyinggung hati orang tua itu.

"Macam biasalah Jusoh,bila dah elok tu..kamu kena la bayar pengerasnya"..Dukun Deraman tersenyum.

"Pengeras apa pulak ni Tok?"..tanya Jusoh kehairanan.

"Eh kamu ni?..itu kan syarat aku kalau kamu dah baik..kamu kena la bayar pengeras tangkal tu,kalau tak sakit tu datang lagi.Pengeras tu kiranya macam matikan ubat laa"..terang Dukun Deraman.

"Saya bukannya elok gara-gara tangkal azimat Tok tu,tapi sebab saya pegi sembahyang subuh pagi tadi"..kali ini Jusoh sudah tidak dapat bertahan lagi.Dukun Deraman dirasakannya sudah melampau.

"Kamu jangan nak kurang ajar dengan aku Jusoh,itu semua sebab tangkal yang aku bagi pada kamu tu.Mana ada orang baik dari sakit hanya sebab pegi sembahyang.Kamu jangan nak temberang pasal nak mengelak dari bayar pengeras"..merah padam muka Dukun Deraman menahan marah.

"Bukan saya sorang yang cakap macam ni Tok,Bilal tu lagi laa...asalnya tak boleh bangun,dengar azan subuh je terus bangun.Hilang semua sakit"..kali ini Jusoh memang tidak akan bagi peluang,dia nak Dukun Deraman tu sedar yang menyembuhkan sakit apa semua..bukannya tangkal,tapi atas kehendakNya.

"Mintak diri dulu Tok,saya nak jumpa Imam dengan anak sedaranya tu"..ujar Jusoh lalu bangun menuju ke arah Pak Jenal dan Asyraf yang pada ketika itu kebetulan melewati kawasan berkenaan untuk bersiar-siar.

Dukun Deraman membeliakkan matanya,dia hampir tidak percaya melihat Asyraf yang sedang berjalan bersama-sama dengan Pak Jenal.

"Mustahil budak tu boleh selamat"...gerutu hatinya.

"Tak sangka aku,dalam diam-diam rupanya Jenal boleh menawarkan bisa pukulan aku...cis".

"Mari kita lihat kalau-kalau dia boleh selamatkan budak tu lagi atau tidak"..Dukun Deraman bingkas bangun dan mengikuti Jusoh dari belakang.

Hatinya nekad.

....................................................

"Assalamu'alaikum Imam!"

"Wa'alaikumussalam"...jawab Imam dan Asyraf serentak.

"Nak ke mana pagi-pagi ni Imam?"..tanya Jusoh seraya menghulurkan tangannya untuk bersalam fngan Pak Jenal dan Asyraf.

"Saja bawak si Asyraf ni pusing-pusing keliling kampung"..Pak Jenal menjawab dengan senyuman lebar.

Secara tiba-tiba Dukun Deraman yang muncul dari belakang Jusoh menyergah.

"Jenal...kamu ni tak habis-habis menyusahkan aku!"..matanya tajam memerhati Pak Jenal dan Asyraf.

"Apa yang aku dah buat pada kamu Deraman?..setau aku,kamu tu yang datang rumah aku dan ganggu kami malam tadi..sampaikan pengsan si Asyraf ni kamu kerjakan"..balas Pak Jenal.Kali ini dia tidak akan berlembut lagi,sudah lama dia bersabar dengan karenah Dukun Deraman.

"Apa yang kamu nak buat sekarang?..silakan Deraman.Selama ni aku dah lama sabar dengan kamu,adik aku keluar dari kampung dulu pun..gara-gara kamu.Tapi aku sengaja diamkan sebab kita ni sekampung,tak elok bergaduh dan bermasam muka.Tapi kamu..makin dibiar,makin menjadi"..Pak Jenal sudah mula naik angin.Dia tahu yang dia bukanlah lawan Dukun Deraman,tapi dia lebih rela dari membiarkan Dukun Deraman berbuat sesuka hatinya.

"Jangan macam ni la Imam..bawak berbincang kalau ada apa-apa masalah"..lembut Jusoh bersuara cuba menenangkan keadaan.Dia serba-salah dan dapat rasa sesuatu yang buruk akan berlaku.Bila dua guru silat bertemu,pastinya akan mengundang padah.

"Kamu diam Jusoh!..kang tak pasal-pasal,dengan kamu-kamu sekali aku bedal"..jerkah Dukun Deraman,marahnya meluap-luap.Jusoh cuma terkulat-kulat,dia sudah kematian akal.

"Pak Long...bawak bersabar Pak Long"..Asyraf pula bersuara cuba menenangkan Pak Jenal.

"Pakcik...kalau kami ada buat salah,kami mintak maaf.Tak perlu la kita panjang-panjangkan hal ni"..ujar Asyraf menghampiri Dukun Deraman.

"Kamu ni nak kena lagi ke ha?!!.tak cukup ke hadiah perkenalan aku malam tadi?..nak lagi ya?.nah..mampus kamu!"..serentak dengan itu Dukun Deraman melepaskan pukulan Cakar Apinya ke dada Asyraf dengan sepenuh kekuatannya.

Jusoh dan Pak Jenal tergamam.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now