Bab 42

1.1K 63 19
                                    

"Kamu ni betul ke Asyraf nak tolong Tok Pawang tu?"..tiba-tiba meletus pertanyaan dari Mak Munah.

"Bahaya tu"

"Insyaallah...dengan izin Allah,tak akan ada apa-apa Makcik"..tenang Asyraf menjawab.Matanya memandang ke kiri dan ke kanan jalan,Suasana kampung dengan pokok hijau yang merimbun menarik hatinya.

"Makcik risaukan kamu aje"..tambah lagi Mak Munah.Masih berusaha untuk memujuk Asyraf menarik balik kesanggupannya menolong Pawang Nuh itu.

"Saya tak sampai hati nak tolak permintaan Tok Pawang tu tadi,tambah-tambah pulak dia mintak tolong bukan untuk dia.Tapi untuk orang-orang kampung,jadi tak salah rasanya kalau saya cuba bantu setakat yang mampu.Selebihnya..kita serah saja pada Allah"

Masing-masing terpaku dengan jawapan Asyraf..Syafira yang ingin membuka mulut menyokong ibunya,terpaksa berdiam diri.Dia tersentuh dengan keikhlasan kata-kata Asyraf itu.

"Apa yang ada pada saya hanya dipinjamkan Allah buat sementara waktu je.Dia nak tengok,arah mana saya guna anugerahNya.Andainya baik yang saya buat,maka baiklah balasannya di akhirat besok...insyaallah"

"Kalau dah gitu kata kamu,Makcik tak boleh nak cakap apa-apa lagi la.Ada betulnya tu,Makcik tumpang bangga kalau kamu ada pikiran gitu.Cuma pesan Makcik,hati-hati..kadang-kadang malang tak berbau"..Mak Munah terpaksa akur dengan pilihan yang dibuat oleh Asyraf.

"Terimakasih Makcik,insyaallah..berkat doa Makcik,Pak Long..saya tak akan apa-apa"

Pak Jenal kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Asyraf.

"Ternyata Tengku Arjuna Aduka ini sehebat namanya"..gumamnya di dalam hati.

"Sungai dekat Kampung Nuri tu,bersambung dengan sungai Lubuk Mandi tadi dan jugak sungai yang di kampung kita"..Pak Jenal memulakan cerita.

"Aku terpikir..kalau dibiarkan lama-lama,mau buaya tu mudik sampai ke kampung kita.Jadi tindakan kamu yang nak hapuskan buaya tu walaupun pada mulanya aku tak suka,tapi nampak gaya aku kena bersetuju jugak.Untuk kebaikan semua orang"

"Banyak nanti kampung-kampung dekat tepi sungai akan terima akibat kelak kalau benda alah ni tak dibendung"

"Tapi tu la..bak kata Makcik kamu tadi,malang tak berbau"

"Iya..saya paham Pak Long,terimakasih"

"Nanti Ira pun nak ikut jugak..boleh?"

"Takyah tanya...kita ikut je Ira.Tanya kang jawabnya mesti tak boleh"..Mak Munah menjuihkan bibirnya ke arah Pak Jenal yang berada di hadapannya.

Safira tergelak..

....................................................

"Assalamu'alaikum..mintak perhatian pada yang hadir berjemaah Asar petang ni"

Para jemaah yang mula hendak beredar,duduk kembali apabila mendengar Pak Jenal bersuara lantang.

"Insyaallah..kalau tak ada aral melintang,malam nanti lepas Maghrib..kita akan buat sedikit majlis doa selamat atas permintaan saudara kita Jusoh dan kakaknya Esah.Jadi saya harap..yang mana ada ni mintak tolong hadir memeriahkan majlis tu.Tolong jugak sampai-menyampai pada yang tak ada sekarang ni"

"Ada makan-makan tak Imam?"..seloroh salah seorang disambut ketawa jemaah lain.

"Adaaaa....spesel punya,nasi briyani gam,gulai kambing"..potong Jusoh yang ada di celah-celah jemaah itu.

"Itu macam,kompom kami sampai...hahaha"..keadaan menjadi hingar-bingar dengan ketawa semua orang.

............................................

"Asyraf,Safira ngan Safuan mana?..senyap je"..Pak Jenal meletakkan barangan keperluan dapur yang baru dibelinya itu ke atas lantai.

"Ikut Indah ke kebun..nak ambik jantung pisang katanya"

"Owhhh"

"Kamu bila nak balik ke bandar Munah?"..tanya Pak Jenal sedikit gusar.

"Tengok laa..mungkin dalam tiga empat hari lagi kot?..kenapa bang?"

"Sunyi lagi la rumah aku"..keluh Pak Jenal,ada nada sayu pada kata-katanya itu.

"Abang nak cakap apa sebenarnya ni?.cuba cakap terang-terang,senang saya nak paham...ini tak,dok pusing sana pusing sini...kepala saya pun boleh jadi pening"..Mak Munah tahu sangat perangai abangnya yang satu itu.

"Ar..ar.....gini Munah"

"Abang nak mintak izin tinggalkan Asyraf dekat kampung ye?..tebak Mak Munah.

"Hehehe...pandai pun kamu"

""Saya tak boleh nak bagi jawapan bang..itu abang kena tanya dia sendiri la"

"Aku tau tu..tapi sebelum aku tanya dia,aku bukak mulut dengan kamu dulu"..Pak Jenal tidak fikir Asyraf akan menolak permintaannya.

"Asyraf tu sejak datang sini,saya peratikan..dia dah banyak berubah.Kalau dulu,tanya sepatah jawab sepatah.Tapi sekarang,lain sangat perangainya..dia macam serasi sangat-sangat dengan kampung kita ni"..Mak Munah meluahkan apa yang ada di fikirannya.

"Apa taknya....ini kan kampung dia dulu"..tingkah Pak Jenal.Kemudian mukanya berubah,dia sudah terlepas cakap.

"Apa abang cakap?...cuba ulangbalik"

"Aku cakap...ini kan dah macam kampung dia sendiri"..terkial-kial Pak Jenal ingin perbetulkan kata-katanya tadi.

"Abang jangan nak bohong atau sorokkan apa-apa dari Munah..baik abang cakap,kalau tak..sekarang jugak Munah balik ke bandar,jangan harap abang nak jumpa Munah lagi"..ugut Mak Munah,mukanya sengaja dibuat-buat serius.

"Kamu ni Munah,takkan la sampai ke situ?...ishhh"..Pak Jenal sudah mula berpeluh..

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now