Bab 32

1.2K 57 88
                                    

"Ira tengok abang sejak datang kampung Ira,lain macam la"..pandangan ditujukan pada air sungai yang mengalir malas.

"Lain macamana pulak tu?.abang rasa biasa je"

"Abang memang tak perasan diri abang sendiri,tapi Ira selalu perhatikan abang"..diambilnya ranting kecil,lalu dibaling ke tengah sungai.

Ini adalah pertama kali mereka dapat berdua-duaan sejak datang ke kampung itu.Sengaja Asyraf meminta izin dari Mak Munah untuk membawa Safira berjalan-jalan.Sesuatu yang tidak diduga oleh Safira,dan memang saat-saat seperti itulah yang selalu diharapkannya.

"Tapi kan...Ira suka dengan abang yang sekarang ni.Lebih baik dan peramah"

"Baguslah kalau begitu"..

"Abang berjanji,abang akan buat apa saja untuk membahagiakan Ira.Abang nak tebus kesalahan lalu"

"Kesalahan lalu apa pulak ni bang?"..Safira kehairanan.

"Maksud abang..kalau dulu abang ada buat salah ke,apa ke..jadi sekarang ialah masanya untuk abang perbetulkan semua tu"..menyedari yang ia telah tersasul,cepat-cepat Asyraf memusingkan cerita.

"Abang takde buat salah apa pun bang"..balas Safira dengan semyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Tiba-tiba reaksi wajah Asyraf berubah,wajah yang tadinya ceria dan berseri..mendadak menjadi keruh.Safira yang menyedari perubahan itu lantas bertanya.

"Kenapa bang?"

"Entah la Ira...lain macam pulak rasa hati abang ni.Macam ada yang tak kena je ni"

"Jom kita balik Ira"..gamit Asyraf.

...................................................

"Ini ke Dukun Deraman Sarjan?"..tanya Inspektor Rizal sebaik saja Sarjan Jusoh tiba membawa seseorang yang tidak dikenalinya.

"Maaf Tuan..Dukun Deraman baru saja meninggal dua hari lepas.Ini imam dari kampung sebelah"

"Owhhh....imam,apa khabar?"..sapa Inspektor Rizal lembut sambil menghulurkan tangannya.

"Alhamdulillah Tuan...panggil saja saya Pak Jenal"..balas Pak Jenal seraya menyambut tangan Inspektor Rizal,mereka bertukar senyum.

"Pak Jenal...ini ketua saya,Inspektor Rizal"..Sarjan Jusoh memperkenalkan Inspektor Rizal.

"Saya tau"..balas Pak Jenal pendek.

"Aikkk?..macamana Pak Jenal boleh tau?"..Sarjan Jusoh bertanya kembali.

"Saya guna kuasa mata Tuan Sarjan"

"Hebatnya Pak Jenal"..Sarjan Jusoh mula kagum dengan ketinggian ilmu Pak Jenal.

"Apa la sangat hebatnya Tuan Sarjan.Tuh...kan ada tanda nama tu,jadi saya guna kuasa mata saya untuk tengok la.....hahaha"..balas Pak Jenal sambil ketawa.

"Laa....ingat apa la tadi,terkena saya...hahaha"..Sarjan Jusoh dan Inspektor Rizal ikut sama ketawa.

...................................................

Di kaki Bukit Rotan..

"Zal..rumah suspek tu ada dekat lembah  depan sana"..Inspektor Daniel dari Balai Polis Raub bersuara bila mereka hampir tiba ke tempat yang di tuju.

"Jauh lagi ke?"

"Dah dekat dah,dalam seratus meter gitu.Cuma sekarang ni kita tak nampak sebab terlindung dengan bukit.Ke depan sikit,dah boleh nampak dah"..jelas Inspektor Daniel lagi.

"Ok..kita ikut plan kita tadi.Ko bawak team ko sebelah kanan,aku di sebelah kiri.Kemudian kita kepung..jangan bertindak apa-apa,tunggu isyarat dari aku...paham?!"..Inspektor Rizal mula memberi arahan.

"Ok...roger Zal"

"Tuan...maaf,tunggu dulu"..Pak Jenal tiba-tiba bersuara.Inspektor Daniel yang hendak berpusing pergi memberhentikan langkahnya.

"Ada apa Pak Jenal"..pantas sahaja Inspektor Rizal bertanya.

Pak Jenal tidak menjawab,sebaliknya mulutnya kumat kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

"Tuan...ada ular di belakang!"..jerit salah seorang dari mereka,sambil menuding jari ke arah belakang Inspektor Daniel.

Alangkah terperanjatnya Inspektor Daniel tatkala beliau berpaling ke belakang..seekor ular tedung gergasi sebesar batang kelapa tegak berdiri,siap sedia untuk membahamnya.

Tanpa bertangguh..Pak Jenal meluru ke arah ular itu lalu melemparkan segumpal tanah.Ular gergasi itu menggelupur hebat,ekornya melibas pokok-pokok yang ada di situ menyebabkan kesemuanya tumbang menyembah bumi.Keadaan menjadi kelam-kabut dengan jerit pekik anggota-anggota polis yang ketakutan.

Ular gergasi yang sedang kesakitan itu mengeluarkan kabus nipis dan beransur-ansur hilang sehingga tidak kelihatan lagi.Apa yang anehnya ialah..pokok-pokok yang tadinya tumbang dilibas ular itu sebenarnya tidak terjejas sedikit pun.

"Syaitan"..gerutu Pak Jenal.

Inspektor Daniel sudah takut separuh mati,badannya bermandi peluh..mukanya pucat.

"Hati-hati Tuan..tempat ni dah kena sumpah.Seeloknya jangan berpecah,kita gerak sama-sama..itu lebih selamat"..Pak Jenal melanjutkan kata-katanya.

"Kamu dah lihat tadi kan?.jangan pandang mudah dan remeh,ikut saja apa kata Pak Jenal kalau kamu mahu balik jumpa anak bini dengan selamat"..lantang suara Inspektor Rizal.

"Tuan...biar saya di depan,Tuan dengan Tuan Daniel ikut belakang saya...jangan ada yang bercakap atau buat bising.Kalau nampak yang pelik-pelik,jangan tegur..buat tak tau saja.Itu semua tu helah syaitan"

Inspektor Rizal menganggukkan kepala..

Mereka bergerak dalam satu kumpulan yang besar,mata masing-masing melingas ke sana dan ke sini.Suasana di hutan pada ketika itu amat menyeramkan..sesekali terdengar suara kanak-kanak kecil menangis,mendayu-dayu sehingga meruntun siapa sahaja yang mendengar.Bayangan-bayangan hitam tenggelam timbul di kiri dan kanan jalan,cuma sekadar menampilkan diri tetapi tidak berani menghampiri.

Pak Jenal berhenti tiba-tiba..

Pahlawan Silam [Tamat]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora