Bab 63

1.2K 65 18
                                    

Hari ini genaplah seminggu Mak Munah anak beranak di kampung,pagi-pagi lagi semua barang-barang yang perlu di bawa ke bandar telah diisi ke dalam van.

"Apa lagi ni bang?..semuanya nak diisi,meletup jugak tayar van saya kang"

"Alaa...sikit je ni"..tingkah Pak Jenal sambil mengangkat guni berisi ubi kayu dan keledek.

"Kamu tu Munah...jangan tunggu kucing bertelur baru nak balik"

"Abang ni...hahaha!..Anak dengan bakal menantu saya ada sini,mana boleh saya tinggal diaorang lama-lama"..sekilas dipandangnya pada Asyraf dan Safira.

"Saya mintak tolong sangat-sangat,kalau ada nampak yang tak kena pada mereka berdua...tegur.Jangan dibiarkan"..berat hati Mak Munah untuk meninggalkan Safira.Yelah..dia mana pernah lama berenggang dengan anak gadisnya itu.

"Tau la aku..kamu ni.Kalau ada apa-apa,ingat..telepon rumah Penghulu Sudin,mintak tolong dia sampaikan.Aku dah cakap awal-awal lagi dah ngan dia.Kamu dah amik nombor dia kan?"

"Dah bang..saya mintak dengan dia kat surau malam tadi"

"Ira..adik kamu mana?..aku nak gerak dah ni,kang kalau tengahari..entah pukul berapa nak sampai sana"

"Ke tandas...tu,dah datang dah tu"

"Melantak tak ingat dunia,kan dah sakit perut...padan muka"..bebel Safira pada adiknya sebaik sahaja ia menghampiri mereka.Safuan tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

"Dah..salam ngan Pak Long semua adik,kita dah lambat ni"..Mak Munah sudah bercekak pinggang.

Cepat-cepat Safuan mendapatkan Pak Jenal.

"Pak Long..adik jalan dulu.Kalau akak nakal,tak dengar cakap..jangan segan-segan pulak nak rotan dia ya.Buat la macam anak Pak Long sendiri..rotan je,kalau ada nampak birat-birat,lagi adik suka"..

"Adikkkk!!!"..jeritan Safira disambut dengan gelak ketawa Pak Jenal,Mak Long Indah dan Asyraf.

"Eeeii..ak sayang mulut betul budak ni.Ooo...rotan sampai birat-birat pun takpe ek?..adik suka ek?...mari sini,biar akak birat-biratkan peha kamu tu.Geram pulak aku ni"

"Adoii...sakit kak!..Ampun,ampun..tulong..help..help"

....................................................

"Tuan panggil saya ke?!"

"Ha'ah"..pendek jawapan Inspektor Rizal.

"Ada apa Tuan?"..terhambur pertanyaan dari Sarjan Jusoh sebaik sahaja menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi di depan meja Inspektor Rizal.

"Ikut saya ke Raub..malam tadi Inspektor Daniel telefon,ada dua kes  kanak-kanak hilang petang semalam.Saya dah janji nak sampai sana pagi ni"..Inspektor Rizal melepaskan keluhan berat.

"Budak hilang?..alamak Tuan,suspek yang sama dengan kes kita kat sini ke Tuan?"..peluh dingin Sarjan Jusoh mula keluar mengenangkan bala yang bakal mereka hadapi.

"Entah la Jan,tak boleh nak cakap apa-apa lagi.Tapi yang pasti..kes culik dekat sini bukan orang tua tu punya keja"..Inspektor Rizal bangun mengambil beberapa fail,dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

"Maksud Tuan?"

"Sarjan bayangkan la..orang tu duduk Raub,jadi takkan dia nak culik budak dekat KL kan?..saya syak,ada orang ketiga yang buat keja tu,dan hantar ke Raub"

"Agaknya ada selisihfaham..orang tu taknak lagi buat keja,itu yang dia terpaksa buat sendiri tu.Sebab tu dia culik kanak-kanak yang dekat Raub je,bukan dekat KL"

"Jangan-jangan yang bagi info pasal Pak Mahat dulu tu yang punya keja kot Tuan?"..Sarjan Jusoh membuat serkap jarang.

"Hmmm...saya pun ada jugak terpikir macam tu Jan.Apa-apa pun.kita kena siasat dulu.Tak boleh terburu-buru buat spekulasi..Jomlah kita gerak sekarang"

....................................................

"Jemput minum Pak Lebai"

"Terimakasih..susahkan kamu aje Indah"

Belum pun sempat Mak Long Indah menjawab,Pak Jenal terlebih dahulu meningkah.

"Apa susahnya,benda dah ada..tuang je ler.Ubikayu rebus tu jangan main tengok jer,ni ha dia punya regu"..Pak Jenal menghulurkan pinggan berisi kelapa yang telah diparut.

"Wahhh...langkah kanan aku hari ni..hahaha"...ubikayu rebus cicah kelapa parut yang telah digaul dengan gula dan garam,memang kegemaran Lebai Dolah.Kena pula dengan kopi o..nikmatnya tidak terperi.

"Pak Lebai duduk dulu ya,saya nak ke belakang.Ubi tu habiskan.."..Mak Indah berlalu pergi meninggalkan mereka di beranda.

"Aku datang ni,sebab nak sambung cerita malam tadi"..sebaik sahaja Mak Long Indah hilang ke dapur,tanpa berbasa-basi lagi Lebai Dolah terus menyatakan tujuannya datang bertandang.

"Kamu cakap,Tengku tu datang sini berdua dengan bapak sedara dia kan?"

Pak Jenal mengangguk.

"Aku risau ni Nal"

"Risau apa pulak Pak Lebai?"..cawan berisi kopi o di letakkan,dan matanya terpaku pada wajah berkedut Lebai Dolah.

"Pasal Guntur Geni,bapak sedara Tengku tu laa...dari apa yang aku tau,dia pada zamannya dulu cukup jahat,kejam..malah ada jugak cerita yang aku dapat,dia tu puja setan"..

"Hah?!..Puja setan?...hmmm,memang dah patut dia perlukan biji mata dan jugak darah kanak-kanak"..Pak Jenal melepaskan suatu keluhan berat.

"Mana pulak kamu dapat cerita ni?"

Pak Jenal lalu menceritakan segala-galanya pada Lebai Dolah..bermula dari pihak polis yang datang meminta bantuannya hinggalah kepada pertempuran antara Asyraf dan Guntur Geni.

Lebai Dolah mendengar dengan khusyuk tanpa berkata sepatah apa pun.Setelah Pak Jenal menamatkan ceritanya,barulah ia membuka mulut.

"Hmmm...agaknya dia cedera teruk sekarang,mungkin ambik masa lama tu untuk dia dapatkan balik kekuatan dia.Kalaulah kita dapat cari..sekarang ni la masa yang sesuai untuk kita tamatkan riwayat Guntur Geni tu.Orang macam tu tak boleh dibiar hidup,habih porak peranda nanti semua orang"

"Mana la nak cari Pak Lebai?"..pertanyaan Pak Jenal itu disambut dengan senyuman misteri oleh Lebai Dolah.Ada sesuatu yang bermain-main di kepalanya.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now