Bab 55

1.1K 59 2
                                    

Bunyi bising anjing menyalak di belakang rumahnya membuatkan Pak Jenal tersedar.Dia memandang jam pada dinding biliknya..

"Dah dekat pukul 2 pagi"..

Bunyi salakan anjing yang semakin galak di luar membuatkan Pak Jenal tidak selesa.Dipandangnya sekilas lalu pada isterinya yang sedang nyenyak tidur sebelum beliau bangun mencapai lampu suluh.

"Sapa pulak yang bukak pintu ni?"..Pak Jenal tertanya-tanya apabila melihat pintu depan rumahnya ternganga luas.Dengan penuh hati-hati ia melangkah..

Di halaman rumah,Asyraf sedang berdiri dengan tangannya disilangkan ke belakang sambil memandang ke arah kegelapan malam.Perlahan Pak Jenal menghampirinya..

"Ada apa ni Asyraf?"

"Ada orang hantar Tuju Angin,tapi tak dapat lepas sebab rumah ni saya dah pagar itu hari"..jawab Asyraf tenang.

"Tuju Angin?"..telah lama Pak Jenal tidak mendengar ilmu itu.Sejenis ilmu hitam jarak jauk yang amat merbahaya.Bermacam-macam bencana yang akan terjadi jika terkena ilmu ini..malah ada yang terpaksa menanggung azab sehingga boleh membawa maut!

"Bila kamu pagar rumah Pak Long ni?"

"Hari pertama saya sampai,rasanya ada yang dengki dan busuk hati dengan Pak Long..sebab tu saya buat pagar tu,tak tau pulak berguna sekarang"..mendatar sahaja suara Asyraf.

"Aku bukannya ada kacau orang,kenapa orang mesti nak dengki dengan aku?"..Pak Jenal membebel tidak berpuashati.

"Manusi Pak Long..kadang-kadang bila kita ni terlalu baik pun,salah pada mata diaorang..lagi pun"..kata-kata Asyraf terhenti bila dari kejauhan ternampak suatu objek berapi sedang terbang laju menuju ke arah mereka.

Pak Jenal juga memandang ke arah yang sama,wajahnya dikerutkan..

"Dia hantar lagi..agaknya tak senang duduk sebab yang pertama tadi takde hasil"..terdengar Aryraf bersuara tenang,seolah-olah tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Bebola api sebesar buah kelapa itu semakin hampir dan cahayanya menerangi kawasan sekitar halaman,Asyraf masih juga seperti tadi..berdiri tegak dengan tangannya disilangkan ke belakang.Tidak menampakkan tanda-tanda bahawa beliau akan mengambil sebarang tindakan,manakala Pak Jenal terundur beberapa langkah ke belakang..namun apabila dilihatnya Asyraf tidak berganjak,ia maju kembali..berdiri di belakang Asyraf.

Daun-daun di sepanjang laluan bebola api itu menjadi layu kerana bahang yang dikeluarkan..ia terhenti apabila tiba di tepi halaman dan berlegar-legar di udara mencari jalan masuk.Sekali imbas..seperti ada tangan ghaib yang mengawal pergerakannya.

Kawasan rumah terang-benderang dan salakan anjing semakin menjadi-jadi.

....................................................

"Tak menyusahkan diaorang ke bang?.dah dekat pukul satu setengah pagi dah ni,sampai sana mau dalam pukul 2 lebih"

"Memang menyusahkan,tambah-tambah pulak Bilal tu pun cedera lagi.Tapi benda macam ni tak boleh tunggu Din..hati aku berat dok syak yang orang ni marah sebab buaya putih dia dah mampus..jadi manalah tau kot-kot dia pun ada berdendam dengan Bilal dan Pak Imam?..kurang-kurang biar mereka bersedia"..lambat-lambat Pawang Nuh bersuara.

Dia serbasalah..bukan dia tidak tahu sudah jam berapa sekarang,tetapi apa yang paling penting baginya ialah..keselamatan Pak Jenal dan Asyraf.Mereka telah bersusahpayah menolongnya sebelum ini,terutama Asyraf yang sanggup menggadaikan nyawanya sendiri untuk membantu..jadi ia tidak akan benarkan sebarang perkara buruk menimpa mereka berdua gara-gara kerana menolongnya.

Penghulu Sudin menghela nafas,fikirannya berkecamuk dengan apa yang telah menimpa Pawang Nuh.Seingatnya..belum pernah pun lagi ada yang tega menguji abangnya sampai ke tahap itu.

Tidak berapa lama kemudian,kereta yang dipandu Penghulu Sudin memasuki Kampung Mengkudu,kebanyakan rumah sudah bergelap menunjukkan penduduk-penduduk kampung berkenaan sedang lena diulit mimpi.Pengulu Sudin memandang jam pada dashboard..

"Betul saya cakap tadi bang,dah pukul dua"

Pawang Nuh tidak menunjukkan sebarang reaksi,otaknya berputar ligat..cuba mencari siapakah dalang yang berani mengusik keluarganya,tetapi ia gagal mengaitkannya dengan sesiapa pun.

Dari jauh kelihatan rumah Pak Jenal terang-benderang,bagaikan ada keramaian sedang berlangsung.Namun apabila semakin hampir,alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati cahaya terang itu sebenarnya berpunca dari bebola api yang sedang berlegar-legar di udara.Asyraf dan Pak Jenal pula kelihatan sedang berdiri di tengah halaman memandang ke arah bebola api tersebut.

....................................................

""Sapa pulak yang datang pagi-pagi buta macam ni?"..Pak Jenal membuka mulut apabila melihat lampu kereta membelok menuju ke rumahnya.

"Macam kereta Penghulu Sudin je tu"..getusnya lagi kehairanan.

Asyraf masih menumpukan perhatian pada pergerakan bebola api..dan kehadiran kereta Penghulu Sudin di situ membuatnya bimbang.Bimbang kalau-kalau bebola api itu mengubah haluan lalu menjadikan kereta Penghulu Sudin sebagai sasaran.

"Jangan dia pegi kacau pulak kereta tu dah laa"..kegusarannya membuak.

Benar seperti apa yang diduga oleh Asyraf..bebola api itu meluncur laju ke arah kereta yang membawa Penghulu Sudin dan Pawang Nuh...

Bebola api yang tiba-tiba menyerbu ke arah mereka,membuatkan Penghulu Sudin mula panik.Secara spontan ia menekan pedal brek dan memberhentikan keretanya..peluh jantan betina keluar tanpa disedari.

Mukanya mendadak menjadi pucat dan tangannya yang sedang memegang stereng kereta menggigil..Penghulu Sudin benar-benar ketakutan!....

Pahlawan Silam [Tamat]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon