Bab 66

1.1K 56 101
                                    

Asyraf menongkat tangannya ke tanah,dan berusaha untuk bangun.Pandangannya telah dikaburi oleh darah yang mengalir dari luka di kepala..dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada,ia akhirnya dapat berdiri tegak walaupun ketika itu,kedua lututnya terasa begitu lemah sekali.Pak Mahat cuma memerhati dengan senyuman sinis..

"Apa wasiat terakhir Tengku sebelum nyawa Tengku beta cabut?"

"Hidup dan mati aku bukan kamu yang tentukan"..Asyraf merenung tajam Pak Mahat di depannya.Dia tersilap menghitung kekuatan bapa saudaranya itu,ia kira orang tua itu sudah luka parah..tetapi ternyata meleset.

"Kamu nak cakap nyawa kamu ada di tangan Tuhan?!...hahaha...bukak mata luas-luas anak sial,bila -bila masa saja aku boleh menghabiskan riwayatmu...hahaha"

"Dasar manusia iblis!..aku belum tewas lagi,ayam masih berlaga Guntur Geni..belum boleh ditentukan siapa menang dan siapa kalah.Hiahhhhhhhh!!!"...serentak dengan itu Asyraf meluncur ke udara.Tangannya diregang dan ia mula menghisap tenaga dari pohon-pohon di sekitarnya.Suasana semakin hingar-bingar..angin puyuh tercetus ekoran dari Jurus Naga Melebarkan Kuasa yang diaktifkan.

.....................................................

"Aku jalan dulu Nal..Tuan Sarjan tahu dekat mana tempat tu,kita jumpa di sana"..dengan pantas Lebai Dolah melompat ke atas belakang Belang.Harimau itu mengaum kuat menampakkan taring-taringnya yang panjang sebelum menghilangkan di hujung halaman.

Inspektor Rizal,Inspektor Daniel dan Sarjan Jusoh tercengang..

"Takyah nak terlopong lagi Tuan..nah Tuan Sarjan,pegi tukar dulu seluar tu.Ini seluar anak angkat saya,harap-harap boleh muat"..teguran dari Pak Jenal membawa ketiga-tiga anggota polis itu ke alam nyata.

....................................................

"Jan..kat mana kita nak pegi ni?!"..Inspektor Rizal yang duduk di bahagian depan membuka mulut.Masing-masing sibuk melayan fikiran hinggakan terlupa untuk ambil tahu arah tujuan mereka.

"Tengah-tengah Hutan Pahang Tuan"

"Hah?!..macamana kereta nak sampai ke tengah hutan tu?...dah la jauh,entah berapa jam la baru sampai"..Inspektor Daniel seakan tidak percaya bahawa mereka menuju ke arah sana.

Sarjan Jusoh cuma mengangkat bahu.

"Ni apa pasal pulak kereta ni rasa lain macam jer ni?"...mendadak Sarjan Jusoh menekan brek.Namun begitu,kereta itu tetap juga bergerak.

"Dah tekan brek pun kereta jalan jugak?..brek dah rosak la Tuan.Alamak!!!....mati la kita Tuan"...

Inspektor Rizal panik mendengar jeritan Sarjan Jusoh..

"Handbrake Jan..tarik handbrake!"

Sarjan Jusoh terus menarik handbrake,tetapi kereta itu tetap juga bergerak.

"Zal...ko tengok luar tingkap!"..suara cemas Inspektor Daniel membuatkan Inspektor Rizal dan Sarjan Jusoh menjengah keluar.

Apa yang mereka lihat amat memeranjatkan.Kereta mereka diselubungi gelembung besar dan sedang terbang!....di luar gelembung itu kelihatan kelibat seorang lelaki tua memegang tongkat sedang terbang mengiringi mereka!

Kuat betul author ni merapu,sampaikan kereta pun boleh terbang.Ih..ih..ihh.....Tapi kan..dah namanya genre fantasi,jadi apa pun tidak mustahil..hehehe.

"Pak Imam"...kata-kata Inspektor Rizal terus dipotong oleh Pak Jenal.

"Itu ayah angkat saya,jadi jangan takut.Dok diam-diam,dan jangan tanya saya macam-macam"..walaupun kata-kata Pak Jenal agak kasar,namun mereka menarik nafas lega,tidak ada seorang pun yang berani membuka mulut bertanya itu dan ini lagi.

....................................................

Kelibat Pak Syeikh sudah menghilang...kereta yang dinaiki bergerak turun dan akhirnya mencecah tanah.Ketika itu barulah mereka perasan bahawa mereka telah tiba ke suatu kawasan lapang di kelilingi pokok-pokok yang besar.Jika diteliti..kawasan itu dipenuhi dengan pokok-pokok yang telah tumbang.Malah ada di antara pokok-pokok itu yang terbongkah akarnya seperti di langgar sesuatu.

Tidak jauh dari mereka,kelihatan Pak Syeikh dan Lebai Dolah sedang bercakap-cakap.

"Syeikh...Tengku mintak kita jangan campur,jadi harap hormat pada keputusan dia"..kata-kata Lebai Dolah terhenti bila Pak Jenal serta Inspektor Rizal,Inspektor Daniel dan Sarjan Jusoh menghampiri.

"Macamana Lebai,Tok?".

"Diaorang tu masih dok berlawan lagi...kita tengok ajelah nampaknya.Tengku tak bagi kita tolong dia"..Lebai Dolah bersuara perlahan,manakala Pak Syeikh hanya berdiam diri.Matanya terpejam..pancaindera ke-enamnya seolah-olah sedang bekerja keras mengikuti pertarungan maut di antara Asyraf dan Guntur Geni itu.

"Ada orang bergaduh?!..mana?..kenapa dibiarkan?..tak boleh macam ni,kita mesti leraikan.Takpa..saya polis,Biar saya tangkap dan sumbat diaorang dalam lokap,negara kita ada undang-undang.Apa gunanya pihak polis kalau ada kekacauan,cuma datang dan tengok saja?"..dengan semangat kepolisian yang berkobar-kobar,Sarjan Jusoh mara ke hadapan.

Inspektor Rizal mengetap bibir.

"Ada jugak yang nak kena sekeh ngan aku hari ni"..gerutu hatinya.

Tiba-tiba..bumi terasa bergegar dan tidak semena-mena,dua lembaga manusia menjulang keluar dari perut bumi.Kedua mereka berbalas-balas pukulan di udara sebelum berpecah dan mendarat pada dahan pokok yang bertentangan.

"Tu dia..Tuan Sarjan pegi la tangkap"...sindir Lebai Dolah.

Sarjan Jusoh sudah terkaku di tempatnya,lututnya terasa longgar apabila melihat salah seorang dari mereka yang bergaduh itu tidak lain dan tidak bukan ialah Pak Mahat,orang yang mereka buru selama ini.

"Arr...err....takpa la Pak Lebai.Err...saya cuma sarjan je,jadi..biar la bab tangkap menangkap ni,saya serah pada Tuan Inspektor kita..hehehe"..Sarjan Jusoh menundukkan wajah lalu menapak ke belakang bila Inspektor Rizal dan Inspektor Daniel merenungnya tanda tidak berpuashati.

"Tau takut....hahaha"

Pahlawan Silam [Tamat]Kde žijí příběhy. Začni objevovat