Bab 65

1.1K 56 23
                                    

Satu cakaran singgah di dada Asyraf,bajunya terkoyak lalu menampakkan kesan luka yang dalam.Kali ini Pak Mahat benar-benar seperti kerasukan syaitan..ia ketawa tanpa henti seperti orang hilang akal,sambil itu terus menghujankan pukulan demi pukulan ke badan lawannya.Kekuatan fizikal dan mental Asyraf benar-benar telah diuji..

Darah yang  mengalir tanpa henti menyebabkan Asyraf kian lemah.Ia langsung tidak berpeluang untuk menyerang balas.

"Hahaha...mana jurus-jurus maut kamu,tunjukkan pada aku semuanya.Tunjukkkkk...hahaha"...jeritan Pak Mahat memenuhi seluruh hutan.

"Tapi tak semudah itu aku akan mencabut nyawamu wahai anak saudaraku..aku belum puas lagi menyeksamu...hahaha"..tubuh Asyraf dijulang lalu dibaling ke atas.Kemudian ia melompat tinggi lalu mengenakan satu hentakan kuat pada belakang Asyraf.Dan sebaik sahaja badan Asyraf mencecah tanah,Pak Mahat menjunam dari udara lalu mendarat di atasnya,,darah segar tersembur dari mulut Asyraf...

....................................................

"Pak Lebai...tunggu,saya nak ikut"

"Kamu nak ikut dengan apa Nal?!..jalan kaki?"..soalan Lebai Dolah membuatkan Pak Jenal terpempan.

"Imam nak ke mana?..takpa..biar kami hantar"..kasihan pula Inspektor Rizal melihat Pak Jenal yang kelam-kabut.Walau ia tidak tahu hujung pangkal,namun dapat dirasakannya bahawa ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku.

"Boleh ke Tuan?"..

"Apa tak boleh pulak Imam?..kami pun tak ke mana,memang keluar balai tadi niat tu ke sini"..balas Inspektor Rizal tersenyum.

"Masalahnya Nal...aku tak ikut jalan biasa,aku ikut jalan hutan.Kereta mana boleh ikut"..Lebai Dolah masih berkeras.

"Pak Lebai...Asyraf tu dah macam anak aku.Kalau apa-apa jadi kat dia,aku tak boleh nak maafkan diri aku sendiri.Tolong la Pak Lebai...mesti ada cara yang boleh buat kami ikut"..Pak Jenal tidak putus-putus merayu pada rakan baiknya.

Lebai Dolah memandang Pak Jenal dan tiga anggota polis di depannya silih berganti.Hatinya berbelah-bagi..

"Berat permintaan kamu ni Nal..tapi baiklah,kamu boleh ikut dengan syarat Tuan-Tuan polis ni boleh simpan rahsia"

"Insyaallah...kami janji Pak Lebai".tingkah Inspektor Rizal.Inspektor Daniel dan Sarjan Jusoh mengangguk serentak.

"Nak ikut pun siap nak kena janji pegang rahsia bagai..hahaha,apa yang rahsia sangat pun tak tau la aku.Selebet betul orang tua ni"..bebel Sarjan Jusoh di dalam hati.

"Sapa bawak kereta?"..tanya Lebai Dolah sambil memandang Inspektor Rizal.

"Saya Pak Lebai"..pantas Sarjan Jusoh menyahut.Mukanya dibuat semanis mungkin untuk menyembunyikan perasaannya yang cuak.

"Tuan Sarjan duduk sini"..arah Lebai Dolah seraya menepuk-nepuk gelegar beranda di tepinya,kemudian menyambung kata-katanya sambil melihat ke arah hujung halaman.

"Kamu datang sini Belang,tolong tunjukkan jalan pada kawan aku ni"..

Tiba-tiba dari belakang pokok,muncul seekor harimau belang yang amat besar..

"Makkkkkk!!!"..Sarjan Jusoh yang baru hendak duduk terperanjat,beliau melompat dan memeluk Lebai Dolah.Keduanya tergolek di atas lantai.

"Hishhhh...Tuan Sarjan ni.Harap badan je besar,bikin malu saja.Rimau je pun"..gerutu Lebai Dolah sambil menggosok punggungnya yang sakit.Berderai ketawa Pak Jenal melihat gelagat Sarjan Jusoh..manakala Inspektor Rizal dan Inspektor Daniel tidak berkutik.

Belang perlahan-lahan menuju ke arah Lebai Dolah..apabila sampai,ia menyondol-nyondolkan kepalanya.Lagaknya itu tidak ubah seperti kucing yang jinak.Sarjan Jusoh sudah menggigil..

"Belang...ni kawan aku.Kamu tunjukkan jalan ke tempat Tengku pada dia"

"Tuan Sarjan..duduk elok-elok.Rimau saya ni pantangnya tak boleh tengok orang duduk senget,nak aje diterkamnya"..dengan muka yang serius Lebai Dolah menoleh ke arah Sarjan Jusoh.

Dengan pantas Sarjan Dolah memperbetulkan duduknya.

"Tak boleh tengok orang duduk senget?..biar betul orang tua ni?..apa-apa jelah,janji aku selamat"..hatinya berdetak.

Belang mendekatkan wajahnya pada Sarjan Jusoh..saat itu,Sarjan Jusoh terasa seperti rohnya telah terbang entah ke mana.

"Dok diam-diam Tuan Sarjan..tadi nak ikut sangat kan?...hahaha"..Lebai Dolah sudah tidak mampu lagi menahan tawanya.

Demi mendengar amaran dari Lebai Dolah,Sarjan Jusoh membatukan dirinya.Muka sang Belang sekarang sudah betul-betul berada sejengkal dari mukanya,terasa hembusan hangat dan dengusan nafas harimau itu membelai-belai kulit wajah.

Sarjan Jusoh sudah tidak sanggup merenung ke depan...lantas ia memejamkan matanya.Disaat itu..ia terasa sesuatu yang kesat dan basah menjilat-menjilat mukanya..

"Air apa dekat kaki aku ni,panas jer?"..Lebai Dolah mengangkat kaki,matanya membulat merenung takungan air yang kekuning-kuningan di bawah kakinya itu.

"Laa....Tuan Sarjan terkencing?!!!"

Sarjan Jusoh tersengih,tersipu-sipu kemaluan gitu.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now