Episod Pengenalan

4.9K 146 335
                                    

"Cincin ini adalah cincin peninggalan nenekmoyang kamu.Sudah sampai masanya ia diserahkan kepadamu sebagai waris tunggal keluarga Arjuna Tapa.Ianya mempunyai kuasa yg tidak terbatas,jagalah dengan nyawamu.Buruk padahnya jika ia jatuh ke tangan orang yang salah".

"Ingat Aduka...ilmu yg aku turunkan pada kamu itu,bukan dengan tujuan untuk bermegah atau menganiaya orang yang lemah.Pergunakanlah ia ke arah kebaikan."

"Aku tidak pasti mala petaka apakah yang menimpa keluargamu,setibanya aku di rumahmu..aku sudah terlambat.Semua ahli keluargamu yang lain sudah terkorban,cuma kamu sahaja yang masih hidup.Kamu aku temui terbaring tidak jauh dari ibumu dan aku telah berusaha untuk menyembuhkanmu dengan segala ilmu yang ada padaku.
Alhamdulillah..Ini kerana bisa pukulan Jurus Pemutus Nyawa yang dikenakan pada kamu itu masih belum sempurna,ditambah pula dengan ketahanan semulajadi badan kamu yg luarbiasa,maka aku berhasil menyembuhkanmu".

"Cuma seorang sahaja di atas mukabumi ini yg mempunyai Jurus Pemutus Nyawa,tak lain dan tak bukan Guntur Geni."

"Guntur Geni"
"Guntur Geni"
'Guntur Geni"

"Weii.....hari dah siang la weii,membuta je keja ko ek?."..marah betul Aman bila tengok kawan baiknya Asyraf tengah sedap tidur.

Asyraf terpisat-pisat bangun,kepalanya pantas mengingatkan kembali mimpinya tadi.

"Guntur Geni"...gumamnya sendirian.

Tanpa mempedulikan Aman,Asyraf terus bercakap sendirian..

"Asyik mimpi benda sama jek?.Ishhh.....pening aku,pening"

"Ni apa ke halnyer ni weii?..bangun-bangun je terus bercakap sorang2...ko ni ngigau ke hapa Asyraf woii?"..Aman dah mula rasa cuak.

"Takde la Man...aku pening ni"

Aman semakin pelik..."pening pasai hapa?"

Asyraf merenung muka Aman lama,ditatapnya wajah Aman yg penuh berjerawat tu.Dia tau yang Aman ambil berat pasal dirinya.Kalau bukan kerana Aman,entah ke mana entah dia merempat sekarang.

"Aku mimpi lagi la Man"...pendek saja dia menjawab.

"Mimpi?...yang ko pernah cakap ngan aku hari tu ke?.."..Aman menyoal balik.

"Ha'ah Man...kali ni siap ada cakap nama lagi....Guntur Geni"

"Aku rasa Guntur Geni ni penjahat dalam citer mimpi aku tu."

Aman mula tergelak besar..

"Hahaha......sori..sori..tak sengaja"

Asyraf mencebik pada rakannya itu sambil menunjukkan buku limanya dan berpura-pura untuk menumbuk Aman.Begitulah kehidupan mereka seharian,kalau tak bekerja...ada-ada saja modal untuk dikongsikan bersama.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now