Bab 21

2.8K 111 8
                                    

Hari Jumaat yang menenangkan. Dimana penghulu segala hari. Lebih membahagiakan bila hari itu merupakan cuti sekolah.

" Yihaaaa. Hari ni boleh berjimba lah. Cuti ni hahaha." Ujar Nia keriangan. Pelbagai idea mula menerjah mindanya untuk aktiviti yang ingin dilakukan pada hari itu.

Nia segera turun ke rumah tamu, bau kesedapan nasi goreng menusuk ke dalam rongga hidungnya. Tak semena-mena perutnya berkeroncong mendedangkan lagu 'rock'! Cis, makan saja tahu.

"Hai mama. Good morning!" ucap Nia lalu mencium pipi ibunya.

Nizam yang sedang menikmati sarapan, menegur adiknya yang sedang menceduk nasi ke dalam pinggan.

"Woi. Banyak noh adik ambik. Agak agak ler dik oi. Kebulur sangat ke?" Perli Nizam.

"Jangan sibuk lah. Diam." Lantas Nia menyuakan nasi tersebut ke dalam mulutnya selamba.

Nizam yang melihat hanya membuat reaksi muka, tangan atas bahu, mata ke atas. Haha!

"Abang. Hari ni free tak?" Nia yang krik krik dari tadi mula bersuara.

"Free. Haa nak apa?"

"Hee jom keluar. Nia bosan lah! Jom lah abang please." Pujuk Nia meleret.

"Ala malas lah. Nak pegi mana je? Kau duduk jelah rumah diam-diam. Tolong mama ke, apa ke?" Bebel Nizam sambil makan sambil menscroll handphonenya. Eh Nizam ni?

"Hmm jom lah. Tengok wayang ke, em lepastu pergi Popular atau MPH, please abang, Nia nak tengok cerita Boboiboy The Movie tu. Best tau!" Terang Nia panjang teruja. Otaknya memikirkan movie yang bakal ditontonnya itu.

"Ek eleh, macam budak kecik je tengok Boboiboy tu. Tak ada cerita lain ke dik? Bosan ah. Tak nak ah. Kalau nak pergi sendiri nanti." Ujar Nizam tanpa melihat muka adiknya. Tak ada perasaan betul.

Nia hanya berdiam tanda merajuk kerana permintaanya tidak dipenuhi. Sedih bukan kepalang lagi, mana taknya, dia beria-ria mahu menonton movie itu. Sejak sekolah rendah lagi animasi Boboiboy itu menjadi favouritenya, dia sendiri tidak pasti kenapa.

Puan Lela yang melihat Nia, mula bersuara.

"Ala angah, bawak lah adik tu, kesian dia tu." Tegur Puan Lela.

Nizam yang melihat Nia seakan merajuk, mengerti fiil adiknya.

"Yelah yelah. Kita keluar hari ni, lepas solat Jumaat kita pergi lah ya." Tutur Nizam lembut memujuk adiknya.

Nia yang dengar akan kata-kata Nizam, mula ceria. Berbunga hatinya dapat melihat kartun animasi kegemarannya.

************************************

Nasrullah Aiman sedang duduk bermain game COCnya, ya, game yang digilai ramai waktu ini tak kira muda dan tua.

Bosan, sakit hati, geram kerana serangannya yang tidak berjaya terhadap village tersebut, Nasrullah membaling handphonenya itu sejauh 50 metre. Haha tak ada lah jauh sangat.

Terkejut akan balingan yang tiba tiba, Ziyad yang sedang tekun menelaah buku menegur sikap adiknya.

"Kau ni kenapa? Gila ke? Tak sayang fon?" Marah Ziyad.

"Ala geram ah. Aku attact village orang tu, lepastu boleh pulak Naga keluar. Hish, sakit pulak hati kita ni." Terang Nas dengan nada dan mimik muka lucunya.

Melihat fiil adiknya yang agak mencuit hati, Ziyad mula ketawa.

"Haha. Apa lah kau ni, ye pun jangan lah baling fon tu. Kau ingat murah ke? Ha nanti kalau rosak ke apa ke, kau fikir ayah nak beli? Baru padan muka kau." Ziyad mula menasihati adiknya. Sudah masak dengan perangai Nasrullah.

"Ah whatever lah! Eh long, jom keluar harini. Em tengok movie nak?" Nas mula memancing abangnya. Minta-minta terpancing.

"Malaslah. Along nak study ni." Cis, study konon. Susah ada orang rajin belajar ni. Tak macam aku. Eh? Aku rajin, cuma malas je. Eh? Macam mana tu?

"Ala along. Nanti-nanti lah kau study. Please lah, angah nak tengok movie." Pujuk Nas. Berharap Ziyad akan menuruti permintaanya.

"Hm. Kau ni. Sikit-sikit enjoy. Bila nak study? Haih. Yelah. Hari ni je. Tapi kau kena janji, lain kali kau kena study. Jangan nak bersuka ria berjimba sana sini je." Tudiaaa Fakhrullah Ziyad.

"Yelah. Nanti angah study lah?" Ceh. Tipu je hiks.

"Okay, so jadikan along? Yihaa love you lah my brother!" Bukan main gembira lagi Nasrullah, tahunya enjoy saja.

************************************

"Adik cepat lah hoi! Alamak lembap seh! Erghhh!" Laung Nizam amarah pada Nia.

Terdengar akan jeritan yang tak agak seperti 'singa' itu, Nia segera mempercepatkan persiapan dirinya.

"Okay cun. Nasib baik shawl ni mudah dipakai, walaupun belit-belit kan? So? Okay dah cepat nanti singa bising!" Monolog Nia sendirian kemudian menyarungkan kakinya dengan kasut Airmax kesayangnnya itu.

Pintu kereta dihempas sekali bunyi. Fuh. Macam nak tercabut pintu kereta!

"Ya i'm done sory bro! Let's go!" Sahut Nia muka tidak bersalah.

"Eee kau ni aku sekel karang. Dah lah lambat lepastu masuk kereta macam apa, tak reti ke nak tutup elok-elok? Kalau tercabut macam mana? Nak ganti?" Pok pek pok pek.

Oh ya mana seatbelt? Okay tarik. Masuk. Tap. Okay done.

Dengan muka bersahaja Nia memainkan peranannya.

Nizam yang seakan mengerti, mula melepaskan handbrake untuk memandu.

"Haih aku sabor je dengan si kecik pendek ni. Nasib adik aku. Kalau tak, aku humban kat dalam tepi jalan biar kena kacau dengan orang. Hish Nizam, adik kau tu. Mulut aip." Monolog Nizam geram sendirian. Tersedar dirinya tercakap sesuatu yang tidak baik, Nizam menampar-nampar mulutnya marah.

"Hoi gila ke? Tiba tiba tampor mulut? Hahahaha! Nak Nia tolong ke meh sini?" tawa Nia meletus saat melihat gelagat abangnya yang mencuit hati.

"Diam ah!" Bidas Nizam.

"Ya Allah, aku tarik balik kata-kata aku. Ampunkan aku ya Allah!" Nizam mula kesal. Takut-takut jika mulutnya masin.

**

Okay again success to update chapter 21! :* yeahhhh. Haa nak tahu something tak? Next chapter ni something will happend tau! :D Suprisee haha okay bye! ^^

FasyaLola.

Minah BrutalWhere stories live. Discover now