Bab 16

3.2K 136 8
                                    

Nama dia Fakhrullah Ziyad. So tweet dia mesti ada salah satu nama ni. Try je lah! Desis Nia

Nia membuka account twitternya. Usaha Nia mencari account milik Ziyad tidak berjaya.

Aih macam mana ni? Macam macam nama aku cari tak jumpa pun. Kalau dah twitter pun tak jumpa, apatah lagi wechat? Rungut Nia sendirian. Tidak puas hati kerana apa yang dicari tidak ditemui.

"Patut ke aku tanya abang? Dia kan dah kenal Ziyad. Jadi mesti dorang ada bagi ID wechat atau twitter atau apa apa lah kan?" Fikir Nia sejenak. Masih memproses ideanya.

"No way! Nanti mesti abang ingat aku terhegeh pulak dekat si Ziyad tu. Oh please. Nevermind aku kan stalker berjaya. Sekejap je ni mesti aku tahu pasal Ziyad from A-Z!" Nia masih tidak berputus asa dengan azamnya.

******************************

"Weyh along." Ujar Nasrullah.

"Benda?" Hanya sepatah dibalas oleh Ziyad.

"Perempuan tadi tu macam pernah nampak lah. Dekat mana eh? Along kenal dia tak?" Nasrullah mula membuka cerita perihal Nia.

"Memang lah. Kan budak sekolah kita tu."

"Eh along tahu pulak? Amboi amboi tadi kemain tolak perempuan nak selfie lah ceramah tu lah ini lah. Poyo je lebih." Kata Nasrullah dengan lancangnya. Amboi!

"Hello! Itu budak perempuan classmate along okay. Cakap tak serupa bikin aku lontar kau dalam pulau ni kang." Acah Ziyad dengan nada geramnya.

"What?! Seriusly along? She's your classmate? Ceh. Sombong je macam tak kenal. Yeke ni along?" Nasrullah membidas lagi.

"Engkau ni bising lah. Biar lah dia nak sombong ke apa. Kacau hidup kau ke?" Ujar Ziyad agak sedikit membackup Nia.

"Wahh along saya ni back up budak tu lah. Pewit jatuh cinta ke long?! Kui kui." Usik Nasrullah dengan gelak setannya.

Jatuh cinta? Impossible lah weyh bertegur sape tak, nak jatuh cinta. Desis hati Ziyad.

"Merepek lah kau ni ngah!" Betah Ziyad cuba selindung.

"Haha bila aku jatuh cinta, kan ku sebut namamu, ewah! lalalalala hahaha!" Nasrullah semakin menyakat abangnya diselangi lagu nyanyian Awi Rafael.

Ziyad yang malas hendak melayan, hanya memberi jelingan maut sahaja. Makin dilayan makin teruk.

Relax Ziyad. Kau bukan betul jatuh hati dekat dia pun kan? Ha..Ha.. Betul ke? Desis Ziyad lagi ragu.

Ziyad membuka laman sosial twitternya. Time untuk upload gambar!

Ziyad memupload gambarnya yang diambil ketika di Dataran Lang tadi. Setelah selesai, Ziyad terfikir akan Nia.

Nia Sofea. Aih macam berhantu pulak. Tidur lah. Desis Ziyad.

Tidur dengan malam yang mempunyai seribu persoalan ragu.

******************************

"Mama kita nak pergi mana?" Tanya Nia.

"Entah. Ayah kata nak pergi Langkawi Sky Bridge." Ujar Puan Lela.

Langkawi Sky Bridge? Natang apa tu? Ya Allah bunyi pun macam tempat tinggi je. Omel Nia sendirian.

"Err abang. Langkawi Sky Bridge tu tempat apa?" Nia bertanya pada Nizam.

"Haha kau ni adik, kuno betul lah haha!" Ujar Nizam ketawa terbahak-bahak.

"Pfftss bangang! Nak cakap ke tak nak?!" Bentak Nia.

Minah BrutalWhere stories live. Discover now