Bab 11

2.6K 121 0

Ziyad dan Qazif yang baru saja masuk ke dalam kelas, tidak selesa apabila diri mereka seperti diperhatikan seseorang.

"Ziyad. Pahal eh dorang tu tengok-tengok? Macam nak cari gaduh je." ujar Qazif hairan.

"Entah lah aku pun tak tahu." ujar Ziyad pula tanpa sedikit pun menoleh ke arah yang Qazif katakan.

"Ala korang relax je lah, biasa lah tu budak perempuan. Mana boleh tengok lelaki dikelilingi perempuan sikit." ujar Muazzam yang tiba-tiba menyampuk.

Muhammad Ammar Muazzam a.k.a ketua Tingkatan 4PA yang tak guna perasan semua ni, sebenarnya dah berjaya curi hati Maisarah. Entah lah apa yang buatkan Mai boleh ada hati dengan dia pun tak tahu, dah lah annoying tahap gaban!

Tapi mereka tidak lah bercinta. Dan Muazzam hanya membiarkan cinta Mai tidak berbalas. Ceh ayat! Kesian Mai sob sob!

"Ziyad. Kau handsome doh." puji Muazzam.

Empat sekawan perempuan yang sedang memerhatikan mereka kerana dikatakan gay, terhambur gelak apabila mendengar ayat yang terpancul dari mulut Muazzam. Termasuklah Nia.

"Hahahaha! Bapak ah Muazzam. Kau agak-agak ah doh. Lain macam kau ni." omel Syukri disebelah Muazzam.

Syukri,Qazif,Ziyad dan Zulfikar juga tergelak mendengar ayat Muazzam.

"Apa? Aku cakap betul apa. Dia handsome. Tengok semua perempuan kejar dia, padahal budak baru." Muazzam menayangkan muka selambanya.

"Tak. Cara kau cakap tu macam gay tahu tak. Haha! Cover sikit doh cover. Jatuh saham nanti haha!" gelak Syukri yang geli hati melayan rakannya.

"Dah lah kau buat lawak lah. Aku biasa-biasa je." Ziyad yang terkejut dipuji begitu, cuba merendah diri. Bukan apa, malu! Nak nak lelaki yang puji, jarang benar! Haha! Hati Ziyad gusar.

"Ala Ziyad relax, kau gang dengan aku. Lelaki paling handsome and macho kat sini. Qazif out of list kejap!" Muazzam mula berannoying!

"Haha apa-apa lah kau ni Muazzam." getus Qazif malas hendak melayan Muazzam.

******************************

"Assalamualaikum Ibu." Ziyad memberi salam.

"Waalaikumsalam. Haa along dah balik? Angah mana? Isya?" tanya Puan Mariam kepada anak sulungnya.

"Angah kejap lagi balik. Tadi dia kata ada hal dekat sekolah. Isya pun sama mungkin dia balik dengan angah kejap lagi." ujar Ziyad tidak mahu merisaukan ibunya.

"Em ada saja lah adik kamu tu." omel Puan Mariam.

"Ibu dah masak ke?" tanya Ziyad. Perutnya mula membuat konsert free of live!

"Dah masak dah. Haa pergi lah mandi, solat lepas tu turun makan." arah Puan Mariam.

Selesai solat, Ziyad segera turun ke ruang makan. Ziyad melihat Puan Mariam sedang menghidangkan makanan tengah hari di atas meja.

"Sini lah ibu along tolong." Ziyad mula membantu ibunya.

Ini kalau perempuan nampak, berebut nak jadikan calon suami!

Setelah makanan siap dihidang, mereka berempat mula menjamu selera. Bezanya cuma Encik Ahmad Fauzi tidak ada.

"Ibu lupa nak cakap, ayah kamu pesan suruh bagitahu kamu semua cuti Tahun Baru Cina ni ayah bawak pergi bercuti." tutur Puan Mariam.

"Yeke ibu? Pergi mana?" Qalisya mula bertanya.

"Pergi Langkawi kot. Entah nanti tanya lah ayah." ujar Puan Mariam kepada anak-anaknya.

"Lama tak ibu?" Nasrullah iaitu angah, pula bersuara.

"Mungkin tak lama. Dah makan cepat. Nanti apa-apa tanya ayah." arah Puan Mariam.

Ziyad yang sedang khusyuk makan hanya mendengar. Sudah lama rasanya tidak bercuti dengan keluarganya.

You are the best ayah! Sorak Ziyad.

******************************

"Nia!" panggil Nizam.

"Yow!" Nia mula bersuara.

"Jom lawan boxing dengan abang kat bawah?" ajak Nizam.

"Eh? Awalnya abang balik? Takde kelas ke?" Nia mula menyoal abangnya. Eh budak ni suka bagi orang soalan balik!

"Kelas habis awal. Jom lah Nia. Dah lama abang tak lepaskan geram dekat boxing nih." pujuk Nizam keinginan.

"Eleyh ada masalah lah tu. Yelaa jom!" Nia dan Nizam bergerak ke bilik gym yang terdapat dalam rumah besar dua tingkat itu.

Gym room ini sebenarnya kepunyaan Nizam. Tapi gym room ini tempat fitness sekeluarga dan macam macam lagi. Yang penting, favourite Nia hanya lah punch bag!

Nia sendiri tidak tahu bila dan mengapa dia mula menyukai benda itu. Pernah dicuba mengajak Syafira untuk ke gym yang mempunyai punch bag, sayangnya sukar untuk dicari.

Jadi Nia hanya berboxing menggunakan punch bag yang dibeli abangnya di dalam gym room sahaja.

Mereka berdua mula menumbuk-numbuk punch bag tersebut. Melepaskan segala amarah dan geram yang terbuku di hati. Tapi Nia hanya bersahaja, tidaklah melepaskan marah tetapi melepaskan rindu untuk berboxing.

Semakin kuat, kuat dan kuat Nizam melepaskan geramnya. Nia yang berhenti terkaku melihat abangnya.

Abang ni macam tengah geram je. Hehe ni kalau aku boxing tangan dengan dia, mesti dia balas balik ni sebab tengah geram. Yeah its the time! molonog Nia dalam hati. Ada saja idea nakalnya.

Nia mula mendekati Nizam dan cuba menumbuk-numbuk belakang badan abangnya.

Nizam yang terasa sakit mula menoleh.

"Oh nak lawan dengan abang eh Nia. Meyh sini."

Yes! Masuk pancing aku haha yeyeah abang Nizam feed positive. Susah nak bagi dia lawan dengan aku. Biasa dia biarkan je aku tumbuk badan dia. Meyh meyh meyh.

Nia dan Nizam mula menumbuk-numbuk tangan. Nia yang terlampau excited kerana Nizam memberikan respond positif, terus menumbuk dada bidang Nizam. Fuhhh!

Nizam yang mula geram, kerana tahu dia tersalah langkah melayan Nia terus menamatkan boxing mereka dengan melipat badan Nia sehingga terjatuh ke atas lantai.

"Aduh sakit bengong! Eeii sengal lah abang ni. Mana aci macam tu. Main lipat-lipat pulak. Grr." protes Nia geram.

"Dah lah. Kan abang dah lawan tadi. Sikit cukup lah lebih-lebih pulak." ujar Nizam.

"Eleyh takut lah tu kalah." Nia cuba memprotes lagi.

"Eeii budak ni. Dah lah lain kali kita boxing lagi. Jom makan." seru Nizam. Tidak mahu menimbulkan perbalahan dengan adiknya.

"Haa tukar topik!" bentak Nia.

Nizam yang malas hendak melayan Nia, terus menuju ke pintu untuk ke dapur. Sempat lagi dia memesan kepada Nia sambil berjalan keluar.

"Nia, ibu masak asam pedas tau. Fuyooo sedap siot. Ada sambal belacan lagi tu. Ada ulam lagi tu. Ada kacang botol lagi tu. Ada.." belum sempat Nizam menghabiskan ayatnya, Nia menerkam Nizam dari belakang.

"Hang toksah cari pasal dengan ceq nah!" marah Nia geram.

"Hahaha sakit adik! Ya ya turun lah hish badan kalau ringan tak apa. Tak padan dengan kecil betul!" Habis Nizam mengenakan Nia. Ada saja dua beradik ni.

Nia mula menjamu selera. Gugur segalan organ-organnya melihat masakan mamanya.

"Oh My God my favourite!" ujar Nia yang tidak sabar untuk melabuhkan segala makanan di hadapannya ke dalam perutnya yang comel itu.

"Aippp! Nia, baca doa dulu." tegur Encik Hisyam Hanafi lembut.

"Hehe okay okay." Nia mula membaca doa makan.

Dengan lafaz bismillah, mereka mula menjamu selera.

Minah BrutalRead this story for FREE!