Bab 3

3.9K 187 4

Ziyad POV

" Kenapa dia menangis tadi eh? Nampak macam baru lepas nangis je. Mata basah. Eh apesal aku ni. Kalau betul dia nangis pun ape masalah dengan aku. Bukannya aku kenal dia pun. Dia pun tak kenal kau Ziyad."  monolog Ziyad dalam hati.

" Perempuan cantik comel macamtu mesti dah berpunya. Haih Ziyad yang kau fikirkan dia tu kenape adehh. " omel Ziyad.

Loceng sekolah yang baru bunyi menandakan tamat sesi persekolahan.

Ziyad sampai di rumah kemudian duduk di ruang tamu. Letih rasanya harini kerana turun naik bangunan sekolah untuk menguruskan pertukaran kelasnya.

Ziyad yang baru saja ingin terlelap dikejutkan oleh Puan Mariam.

" Along. Along bangun. Kenape tidur sini? Pegi lah naik atas mandi, solat. " ujar Puan Mariam.

" Takdelah bu. Along terlelap kejap tadi. Em yelaa. Along naik atas. Ibu cantik-cantik ni nak pergi mane? " tanya Ziyad yang kehairanan melihat ibunya.

" Ibu nak keluar kejap dengan ayah. Jumpa kawan dia. Hm Ziyad jaga rumah tau. Angah tu tengokkan sikit. Jangan buat hal dekat rumah. Haa lagi satu jangan buli Qalisya. Korang berdua ni bukan bole percaya. Mentang-mentang dia perempuan habis dibuli adiknya tu. " bebel Puan Mariam panjang lebar.

" Haha ibu jangan risau lah. Along dah besar lah bu dah 16 tahun dah. Bukan macam dulu hehe. Dah ibu jangan risau ye along ingat pesan ibu. " ujar Ziyad kemudian dicapai tangan ibunya untuk bersalaman.

End of Ziyad POV

******************************

Satu hari Nia mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak langsung keluar daripada biliknya itu. Nizam yang kehairanan, terus menjenguk adiknya itu di dalam biliknya.

Knock knock

" Niaaaa. " panggil Nizam.

Tiada balasan.

" Takkan budak ni dah tidur. " teka Nizam.

Nizam sekali lagi cuba mengetuk pintu bilik adiknya.

Knock knock

" Nia. Abang masuk kejap bole tak? " laung Nizam sedikit kuat.

" Ah budak ni aku sekel jugak kang. Terjah je lah! " ujar Nizam yang sedikit kegeraman kemudian terus membuka pintu bilik itu.

Nizam masuk ke dalam bilik Nia. Nizam terlihat Nia hanya duduk sambil memeluk lututnya di luar balkoni biliknya.

Nizam segera ke sana dan tanpa perasaan bersalah terus menerjah adiknya itu.

" Baaaaa ! " sergah Nizam dari belakang Nia.

" Oh mak kau meletup tak sedar diri " Nia yang disergah begitu terus melatah kemudian memukul lengan Nizam.

" Aduh sakit lah adik. " adu Nizam.

" Abang ni memang kan. Kalau tak cari pasal dengan Nia tak bole ke? Nasib baik Nia takde sakit jantung kalau tak macam mane?! " marah Nia.

" Haha alalala comelnya adik abang ni marah-marah. Sory lah. Dahtu abang ketuk pintu bilik Nia, Nia tak menyahut. Abang terjah je lah. Tengok Nia jauh noh termenung. " ujar Nizam yang masih memegang lengannya kerana sakit.

Nia yang malas mahu melayan abangnya, hanya berdiam diri sambil merenung ke luar.

" Eh Nia ni orang cakap dengan dia ni. Nia, mama cakap Nia tak keluar bilik satu harini lepas balik sekolah. Makan pun tak. Nia okay? Nia tak lapar ke? Nia tau tak mama masak sedap tau harini. Emmm dap sangat lauk ikan patin masak tempoyak, dengan ulamnya, dengan SAMBAL BELACANNYA. " Nizam saja menekan perkataan sambal belacan itu kerana dia tahu itu kegemaran Nia dan pantang sekali apabila mendengar dua perkataan itu.

Nizam yang membebel dari tadi seperti bercakap dengan tembok di hadapannya. Nia langsung tidak memberi respond dengan apa yang dikatakan oleh Nizam.

" Eh. Peliknya budak ni. Selalu kalau dengar sambal belacan macam orang gila. Ni macam takde pape je. Dah tukar makanan favourite ke budak ni? " omel Nizam dalam hati.

" Nia. " Nizam menyentuh bahu adiknya itu dengan lembut.

" Abang! " Nia memeluk Nizam dengan sekuat hati. Seperti melepaskan beban yang bertimpa-timpa di atas bahunya.

" Eh Nia. Nia kenape ni? Nia kenape nangis? Nia okay tak? Nia tak sihat ke? " soal Nizam bertubi-tubi kerana cemas. Tiba-tiba saja adiknya yang tadi sedang kemarahan bertukar menjadi menangis.

" Abang. Abang.. dia. . Dia datang balik dekat sini. " ujar Nia yang masih menangis.

" Siapa? Siapa yang datang balik? " tanya Nizam sambil mengusap belakang adiknya dengan penuh kasih sayang.

" Qazif. Qazif datang sini balik. Adik nampak dia masuk sekolah balik pagi tadi. " Nia cuba memulakan ceritanya.

" Bukan Nia kata dia dah pindah? Kenapa dia datang balik? " Nizam yang tidak mengerti bertanya kepada Nia.

" Mana Nia tahu. Hm Nia nampak pun sebab kawan Nia yang tunjukkan. Abang. Nia takut. " Nia melepaskan pelukannya dan terus mengelap air matanya.

" Nia nak takut apa? Dia takde buat ape-ape kat Nia kan? "

" Memang lah takde. Nia takut dia kacau hidup Nia lagi. Nia takut hati Nia sayang dia lagi. Nia takut hati Nia sakit lagi macam dulu. " ujar Nia sambil memeluk lutunya kembali.

" Nia. Nia yakin pada diri sendiri okay? Abang percaya, Nia takkan sesekali jatuh dekat orang yang macamtu lagi. Nia yang abang kenal hati keras, takkan sesekali mengalah. Hati Nia dah banyak kali terluka sebab dia, and abang yakin, hati Nia takkan bodoh untuk sayang dia lagi. Trust me dear? "  pujuk Nizam dengan penuh keyakinan.

Nia yang seperti mendapat semangat baru, tersenyum sendiri mendengar akan nasihat abangnya.

" Terima kasih abang. Nasib baik Nia ade abang yang faham Nia. Bila lah abang ni nak berpunya. Dah lah handsome. Baik. Pandai pujuk orang. Em banyak lagi lah malas nak puji lebih-lebih nanti kembang semangkuk hahahahahaha! " tawa Nia terlepas kerana dapat mengenakan abangnya.

" Haha amboi eeii budak ni nakal betul tau suka kenekan orang. " Nizam yang memang pantang dipuji akan blushing setiap kali dipuji. Haha sebab itu lah Nia ketawa tak ingat dunia. Geli hati melihat fiil abangnya yang satu itu.

" Hm abang. Abang takde awek ke? " tanya Nia.

" Aa.. awek? Eh em takde lah Nia. Pesal Nia tanya ni? " ujar Nizam kehairanan.

" Haha muka handsome takde awek ceh bla ah! Poyo betul si jambu ni hahahaha! " gelak Nia yang geli hati mengusik abangnya.

" Adik ni kuang aja betul tau! Suka hati panggil orang jambu. Lempang kang tak pasal-pasal cakap tergagap-gagap hahahaha! " ujar Nizam membalas tindakan Nia.

" Haha tak gune punya abang eeii! " ditumbuknya Nizam oleh Nia sehingga abangnya itu terhenti gelak.

" Adik! Apa ni hish tak aci betul lah main tumbuk-tumbuk. Jangan ganas sangat bole tak, adikkan perempuan. Eeii tak sedar diri. " ujar Nizam yang tidak mahu mengalah.

" Eleyh bia lah! Ganas ke tak ke, err whatever lah kan, asalkan tak jambu hahahahahahaha! " tawa Nia sekali lagi kemenangan.

Nizam yang bengang terus menjeling adiknya itu dan berlalu pergi.

Bukan apa, semakin dilayan semakin menjadi-jadi. Nia kalau dapat ketawa, memang entah sampai bila nak reda. Ketawa tak ingat dunia. Dahtu ketawa kalau sopan takpe lah, ni macam kuntilanak pun ada.

" Haih adik adik. Nasib aku sayang kau tau. Dah lah satu-satunya adik. Kalau tak memang habis aku kerjakan hish. "

Minah BrutalRead this story for FREE!