Bab 29

1.2K 39 0

"Nama saya Muhammad Fakhrullah Ziyad Bin Ahmad Fauzi. Awak?" Masih terngiang ungkapan yang dituturkan olehnya sendiri.

"Dah gila ke? Masing-masing dah kenal. Bu.. buat apa nak tahu nama lagi. Nonsense."

Ziyad tertawa mendengar kata-kata Nia. Baginya ada terselit sedikit kelucuan pada nada bicaranya.

"Tak salahkan kenal dengan lebih rapat?"

"Jangan berangan." Nia memberi amaran keras.

"Tak berangan. Tapi satu hari nanti mesti terjadi."

"So what? Duduk lah dengan impian tak tercapai awak tu. Perasan. Jangan mimpi nak kenal saya lebih-lebih."

'Keras juga hati dia. Kenapa eh? Kenapa dia macam anti sangat dengan laki? Takkan lah.. Musahaqah kot?' Ziyad bermonolog sendirian tatkala teringatkan perbualan tersebut.

Bagi Ziyad, ada sesuatu perkara tersirat dalam diri Nia yang dia sendiri tidak fahami. Tapi dia tekad untuk mengenali Nia.

************************************

"Ceh." Nia yang sedang duduk termenung di atas katil diusik oleh Nizam.

"Apanya?" Balas Nia malas sambil menjeling Nizam.

"Fuuh dia jeling. Hahaha" sakat Nizam makin suka.

Nia terus mencapai headphone beats miliknya dan dipakai. Lalu lagu kegemarannya terus diputarkan. Sebutir bicara Nizam ditenggelami muzik.

"Adik. Pergi lah kenal Ziyad lebih lagi. Rugi lah. Dah lah handsome. Baik." Ujar Nizam sambil memuji Ziyad.

"Lagipun kan dik. Abang tengok dia tak ada rapat pun dengan mana-mana perempuankan? Haih untungnya lah siapa dapat Ziyad tu kan dik?" Soal Nizam sambil memandang ke arah Nia.

"Hoi! Kurang asam aku bebel panjang panjang dia boleh pasang headphone tu dengar lagu! Hish!" Bantal yang ada digenggaman Nizam terus dilempar tepat ke arah muka Nia.

************************************

"Kau nak apa?" tutur Qazif dengan nada keras.

"Tak ada apa. Saje datang tengok cousin sendiri. Tak boleh ke?"

Qazif yang malas hendak melayan, dicapai earphonenya di atas meja lalu dipasangkan. Malas mahu hendak mendengar suara Nurin.

"Weh. Jom keluar." Tutur Nurin melihat Qazif yang bersahaja.

Earphone di telinga lelaki itu ditarik. Qazif yang tidak suka diganggu mula berang.

"Kau nak apa Nurin? Boleh tak jangan kacau hidup aku?" Bentak Qazif.

"Aku cakap dengan kau, tapi kau buat tak layan je." Bidas Nurin

"Memang! Sebab aku menyampah dengan kau. Aku meluat tengok kau!"

"Kenapa? Sebab aku marah Nia? Haha.." sindir Nurin pedas dengan sinis.

"Bukan urusan kau." Tutur Qazif.

Nurin membuat muka menyampah. Dalam otaknya terfikir apa lah istimewa Nia Sofea pada mata Qazif.

"Nia, Nia. Apa lah yang special sangat sampai kau tergilakan dia kan, Qazif?" Sinis Nurin sambil memandang tepat bebola mata Qazif.

"Dia. Lebih berharga dari kau."

Satu ayat yang membuatkan hati Nurin sakit.

"Watch your mouth Qazif!" tuntas Nurin marah.

"And behave yourself." Tutur Qazif tanpa memandang Nurin.

Nurin bangun dan beredar kerana tidak betah untuk berlawan mulut dengan Qazif. Padan muka siapa suruh cari pasal.

Qazif berasa dingin dengan sikap Nurin yang keterlaluan. Mahu sahaja ditampar pipi Nurin namun dia masih waras.

Applikasi whatsapp dibuka dan contact Nia dicari.

Qazif menghantar satu pesanan kepada Nia. Entah lah baginya kepalanya cukup serabut dengan apa yang jadi.

——————————————————

Hai selamat malam 😂 sis dah cuba update untuk korang maaf sangat mybe bab ni bosan 😂😩😭 nanti sis update lagi okay hm thankyou 😔💕

Minah BrutalRead this story for FREE!