Bab 30

671 27 0

"Amboi amboi amboi."

"Apa benda?" Balas Nia kasar.

"Hahaha kemain dating seh!" Usik Nizam.

"Jangan mengarut lah. Siapa dating?" Bentak Nia.

"Eleleh malu malu pulak. So? Macam mana apa?"

"Macam mana apa?"

"Dah boleh terima lelaki? Dah boleh percaya lelaki? and especially, dah boleh terima Ziyad dalam hidup Nia?"

"Hish apa benda merepek ni!" Nia lantas menumbuk bidang dada Nizam.

"Tak kuasa lah okay. Nia tetap dengan prinsip Nia."

Keras sungguh hatimu Nia.

************************************

Mai termenung sejenak. Dia masih teringat akan kata-kata seseorang.

"Maafkan aku Mai. Bukan maksud aku untuk tolak perasaan yang kau cakapkan. Tapi aku memang tak ada perasaan kat kau. Hati aku ada orang lain." Kata-kata Hairil masih segar diingatan Mai.

"Ah sudah Mai. Kenapa kau fikirkan dia lagi? Dia tak penting pun. Suka dalam diam ni sakit sangat." Luah Maisarah. Dia sendiri akui silapnya kerana jatuh hati. Tapi perasaan yang datang bukan permintaanya.

Hairil Izzani, lelaki pertama yang buat Mai jatuh hati. Entah kenapa. Mungkin kerana paras rupa. Mungkin kerana sikap. Mungkin kerana hati.

Hairil seorang rakan Mai iaitu rakan kepada Nia juga. Tak dinafikan Hairil memang seorang yang mempunyai rupa. Handsome. Menjadi kegilaan ramai. Selain rupa, Hairil mempunyai sifat baik yang mungkin menjadi sebab Mai menyukainya.

Maisarah tahu siapa yang dimaksudkan Hairil. Perempuan tu tak lain dan tak bukan Melissa. Mai menjadi benci terhadap Melissa. Melissa mempunyai rupa yang sangat cantik. Mai sendiri tidak tahu kenapa dia bencikan Melissa. Sedangkan Mel dulu adalah rakan rapatnya. Mungkin kerana Hairil menyukai Mel, Mai merasakan Melissa adalah seorang perampas.

Mungkin Mai memerlukan masa untuk pulih.

************************************

"Nama saya Muhammad Fakhrullah Ziyad Bin Ahmad Fauzi. Awak?" Masih terngiang ungkapan yang dituturkan olehnya sendiri.

"Dah gila ke? Masing-masing dah kenal. Bu.. buat apa nak tahu nama lagi. Nonsense."

Ziyad tertawa mendengar kata-kata Nia. Baginya ada terselit sedikit kelucuan pada nada bicaranya.

"Tak salahkan kenal dengan lebih rapat?"

"Jangan berangan." Nia memberi amaran keras.

"Tak berangan. Tapi satu hari nanti mesti terjadi."

"So what? Duduk lah dengan impian tak tercapai awak tu. Perasan. Jangan mimpi nak kenal saya lebih-lebih."

'Keras juga hati dia. Kenapa eh? Kenapa dia macam anti sangat dengan laki? Takkan lah.. Musahaqah kot?' Ziyad bermonolog sendirian tatkala teringatkan perbualan tersebut.

Bagi Ziyad, ada sesuatu perkara tersirat dalam diri Nia yang dia sendiri tidak fahami. Tapi dia tekad untuk mengenali Nia.

************************************

"Kau nak apa?" tutur Qazif dengan nada keras.

"Tak ada apa. Saje datang tengok cousin sendiri. Tak boleh ke?"

Qazif yang malas hendak melayan, dicapai earphonenya di atas meja lalu dipasangkan. Malas mahu hendak mendengar suara Nurin.

"Weh. Jom keluar." Tutur Nurin melihat Qazif yang bersahaja.

Earphone di telinga lelaki itu ditarik. Qazif yang tidak suka diganggu mula berang.

"Kau nak apa Nurin? Boleh tak jangan kacau hidup aku?" Bentak Qazif.

"Aku cakap dengan kau, tapi kau buat tak layan je." Bidas Nurin

"Memang! Sebab aku menyampah dengan kau. Aku meluat tengok kau!"

"Kenapa? Sebab aku marah Nia? Haha.." sindir Nurin pedas dengan sinis.

"Bukan urusan kau." Tutur Qazif.

Nurin membuat muka menyampah. Dalam otaknya terfikir apa lah istimewa Nia Sofea pada mata Qazif.

"Nia, Nia. Apa lah yang special sangat sampai kau tergilakan dia kan, Qazif?" Sinis Nurin sambil memandang tepat bebola mata Qazif.

"Dia. Lebih berharga dari kau."

Satu ayat yang membuatkan hati Nurin sakit.

"Watch your mouth Qazif!" tuntas Nurin marah.

"And behave yourself." Tutur Qazif tanpa memandang Nurin.

Nurin bangun dan beredar kerana tidak betah untuk berlawan mulut dengan Qazif. Padan muka siapa suruh cari pasal.

************************************

Okay haii Selamat Hari Raya Aidiladha. Hahaha saya rindu awak smua . Sory sebab dah lama tak on and update cerita ni. Terima kasih yg still tnggu cerita ni untuk diupdate. Maafkn saya buat awak smua tertunggu and mungkin ada yg dah menyampah.

Semalam tiba rindu nak update and someone bgi saya semangat utk teruskan update haha.

Jadi harini saya update tpi sory sangat sebab pendek.

Selamat menjamu selera guys ada lebih pos lah dkat rumah haha :D

Bye ❤

Minah BrutalRead this story for FREE!