Bab 4

3.4K 163 2

" Adik. Woi adik. Bangun lah. " kejut Nizam.

Uish ganas noh Nizam ni haha.

" Emmm. " Nia yang masih mamai tidak pedulikan Nizam.

" Eeii budak ni. Tak padan dengan kasar, bangun pun liat. Ape ah. Poyo betul. Kang aku jirus dengan air kang, mau tak pancit tayar motor aku lagi. Budak ni bukan bole percaya. " bebel Nizam yang geram akan Nia.

" Apa abang nak. Jangan bising bole? " omel Nia.

" Dindaku sayang intan payung sila lah bangun wahai tuan puteri santubung macam bumbung! " ujar Nizam kemudian memukul Nia dengan bantal kemudian lari keluar daripada bilik adiknya.

Haha siot punya Nizam Shah!

" Woi abang! Hish berani kau. Aih kenapa lah mamat ni tak kacau aku tak bole agaknya. " rungut Nia.

Kemudian Nia memandang jam di atas meja sebelah katilnya.

Sedar akan masa yang semakin bergerak. Nia turun dari katilnya kemudian menuju ke bilik air untuk mandi kemudian menunaikan solat subuh.

******************************

Setelah siap berpakaian sekolah, Nia turun ke ruang tamu untuk breakfast sebelum ke sekolah.

" Morning mama. " sengih Nia lalu dicium pipi mamanya.

" Morning. " ujar Puan Lela ringkas sambil menyediakan hidangan pagi.

" Mama. Ayah mane? Ayah tak balik lagi ke? " tanya Nia.

" Ayah belum balik lagi. Kan ayah pergi penang. "

" Oh haah lupe lah. Hish ape ah Nia ni. " ujar Nia kemudian menepuk dahinya sendiri.

" Tu lah muda-muda dah nyanyok. Meyh sini abang tambah lagi sikit. " Nizam dengan selamba menepuk dahi Nia dengan sekuat hati.

" Abang! Mama tengok abang ni. " adu Nia.

" Haha. Mama tengok abang ni. " ajuk Nizam.

Nia hanya memandang Nizam dengan wajah menjengkelkan.

" Nizam. Cuba jangan kacau adik tu. Kamu bukan tak tau adik kamu tu macam mane? Kang buatnya patah riuk tulang kamu, susah kamu nanti. " tegas Puan Lela.

" Hahahaha padan muka abang welkkk. " tawa Nia yang kemenangan.

Nizam yang malas melayan hanya menjeling mata saja melihat aksi Nia.

Eleyh ingat comel lah tuh!

Bergaduh jea dua beradik ni adehh .

******************************

Nia menuju ke kelas bersama-sama kuncu-kuncunya. Haha ceh kuncu lah sangat! Sedang Nia, Syafira, Ika, Mai dan Ayu sakan ketawa tiba-tiba Nia bertembung dengan manusia yang amat dibencinya.

" Hai Nia. " sapa Qazif Irfan.

Nia hanya memandang Qazif dengan jelingan maut kemudian berlalu pergi tanpa menyambut sapaan Qazif tadi.

Qazif yang sedikit bengang dengan kelakuan Nia, hanya membuat muka selamba saja di hadapan mereka.

" Nia. Rehat nanti nak jumpe you bole? " ajak Qazif.

" Guys. Rasanya buang mase tercegat dekat sini. Jom bla! " ujar Nia dengan muka sombongnya.

Ah Nia, kalau dah keluar muka sombongnya memang pergi jahanam lah dengan perasaan orang lain. Nak nak perasaan Qazif Irfan! Padan muka Qazif!

Minah BrutalRead this story for FREE!