Bab 1

11.7K 252 13

" Nia bangun ! Pergi lah mandi dah pukul berapa nih ya Allah apa nak jadi budak ni lah ! " teriak Puan Lela dari dapur kepada Nia.

" Adik bangun . Adik . Adik bangunlah nanti mama bising lah . Adik ! " pekik Nizam ke telinga Nia . Apa budak nih susah betul nak bangun aduh tidur mati agaknya ! Rungut Nizam dalam hati . Tiba-tiba , dushhhhhhhhh !

" Woi bendaa nih hak alaaaaaa basah siot apa nih abang ! " bagaikan terkena renjatan elektrik, Nia terus bangkit dari tidur .

" Adik tuh abang dah kejut dah bangun mandi pegi sekolah mama dah bising dah adik nih apa nak jadi adik kejut susah bangun tidur mati agaknya dah besar panjang pun tak reti bangun sendiri patutlah takde laki nak- " buk ! " Adik sakitlah ! " Nizam yang tergantung kata-katanya tadi terjatuh dek ditumbuk oleh Nia .

" Haa tu lah balasan dah lah jirus orang dengan air baldi tkguna betul lepastuh membebel tak henti henti sakit telingaa lah abang , abang nih macam perempuan lah pokpekpokpek " balas Nia seraya berjalan menuju ke bilik airnya dengan selamba.

" Hish kuang asam betul lah budak nih aduh sakitnya dia tumbuk ! Tak padan dengan perempuan perangai masyaAllah macam laki haih " omel Nizam

" Abang tak payah nak bebel lagi abang ingat Nia tak dengar ke baik abang tukar balik cadar Nia yang basah tuh kalau tak siap abang ! " teriak Nia dari dalam bilik air .

" Eeii diaa ingat aku kuli batak dia , puih tukar sendiri padan muka tu lah langsuir tidur mati tak bangun bangun haha rasakan ! " bentak Nizam kemudian keluar dari bilik Nia tanpa perasaan bersalah.

******************************

Nia sampai ke sekolah tepat jam 7:10 minit, lebih kurang 10-15 minit lagi merupakan masa paling lambat yang pelajar akan dikenakan dimerit. Huh dimerit! Sungguh Nia benci ! Terlalu banyak rekod dimerit Nia dalam fail kesalahan pelajar . Tersangatlah banyak. Selain kesalahan datang lewat , ini semua juga gara-gara Cikgu Arif yang seringkali cari masalah dengan dirinya . Bukan sahaja dirinya malahan dengan rakan-rakan sekepalanya juga! Sebut Cikgu Arif , haih rindunya dekat cikgu tu. Walaupun dia annoying , suka cari pasal , suka cari point aku dengan kawan kawan aku tapi hati dia baik. Nia bermonolog sendirian . Teringat lagi akan nasihat-nasihat dia sebelum PT3 dulu.

Flashback

Form 3 .

Sikap Nia dan rakan-rakannya yang agak degil itu sering kali menjadi buah mulut guru-guru disekolahnya . Takde lah degil mana , cuma keluar kelas , sembang waktu cikgu mengajar , langgar peraturan sekolah , paling ringan pun ponteng sekolah beramai-ramai . Eh? Ringan sangatkan haha ! Nia dan rakan-rakannya yang sekepala adalah satu kelas di Tingkatan 3 Amanah . Entah macam mana bad luck mereka , Cikgu Arif merupakan guru tingkatan mereka .

Cikgu Arif merupakan seorang guru geografi sekolah tersebut . Entah kenapa dia sering kali mencari point terhadap Nia dan rakan-rakannya . Tapi dia jugalah guru yang amat mereka rindukan sekarang !

" Kamu ni semua , takpayah lah nak enjoy-enjoy sekarang. Sekarang kau enjoy , pusing satu sekolah sana sini , kau dapat apa? Baik fokuskan PT3 . Beri tumpuan cikgu mengajar . Bukan bersembang dalam kelas . Nanti dah habis PT3 , kau nak pusing satu sekolah , nak terjun bangunan ke lantak korang lah . " itulah antara nasihat Cikgu Arif kepada mereka . Rasa seperti terngiang-ngiang akan suara dia memberi nasihat . Nasihat yang sama diberikan sepanjang tahun 2014 entah berapa kali , sehinggalah PT3 . Tapi bagaikan tidak makan saman , nasihat tersebut bagaikan masuk telinga kanan , keluar telinga kiri .

Sampai sekarang Nia masih menyesal kerana tidak dengar akan nasihat cikgu . Kerana sikapnya yang sambil lewa , keputusan PT3nya agak tidak memuaskan . Daripada cita-citanya ingin menjadi seorang doktor , Nia hanya mendapat kelas Prinsip Perakaunan . Jauh sekali daripada cita-citanya . Sampai sekarang Nia masih menyesal . Setelah permintaan cikgu Arif diluluskan untuk berpindah ke Perak, Nia dan rakan-rakannya berasa sangat kehilangan . Ya , memang benar dialah guru yang sering mereka bualkan, dialah guru yang sering membuat mereka marah, dialah guru yang membuat mereka menangis gara-gara mereka ponteng sekolah semata-mata untuk melihat perlawanan bola sepak pasukan sekolah mereka . sehingga mereka hampir hampir diberi amaran oleh pihak sekolah . Itulah waktu Nia menangis teruk dihadapan Cikgu Arif . Sehingga kini Nia ingat segala-galanya , itulah kenangan mereka bersama Cikgu Arif . Dan walaupun Cikgu Arif banyak membuat mereka marah akan tindakannya , setelah perpindahannya , dialah yang mereka amat rindui sehingga kini . Nia juga masih ingat akan kata-kata Cikgu Arif " sekarang mungkin korang benci cikgu . Cikgu selalu cari pasal dengan korang , tapi nanti kalau cikgu dah takde kat sini , cikgu lah yang korang rindu . " Ya benar . Dialah yang paling mereka rindukan sekarang .

Minah BrutalRead this story for FREE!