Bab 20

2.6K 110 6

Qazif sampai di rumah kemudian duduk sejenak di ruang tamu. Masih teringat akan kejadian tadi.

"I miss you Nia. You dah berubah." Tutur Qazif kesal.

Qazif mula mengeluarkan handphone samsungnya. Dia membuka galeri dimana tersimpan gambarnya bersama Nia.

Ralit Qazif melihat gambar-gambar itu. Nia Sofea yang lembut. Yang ayu dimatanya.

"Ini semua salah kau Qazif. Kau tak hargai dia dulu. Salah kau!" Qazif mula menyalahkan dirinya. Dirinya yang menyebabkan Nia berubah. Dirinya yang meninggalkan Nia tanpa menghargai. Kebodohan yang tak terungkap.

Di sudut kecil hatinya, Qazif bertekad untuk merebut semula hati Nia Sofea. Dia pasti, Nia akan mudah jatuh kembali padanya. Ya. Itu tekad Qazif Irfan.

************************************

Nia yang baru habis menunaikan solatnya, ditegur oleh Nizam.

"Adik." Panggil Nizam.

Nia tidak mengendahkan panggilan itu.

"Hui."

Krik.

"Hoi!"

Krik. Krik. Dan

"Hoi! Kau pekak ke hah?!" Teriak Nizam Shah yang mula berang.

Terhambur ketawa Nia melihat abangnya begitu.

"Hahahahahahahahaha!" geli hati Nia melihat gelagat Nizam.

"Kau gelak apa? Macam kena rasuk setan. Orang panggil bukan nak jawab. PEKAK! Ergh." Marah Nizam.

"Hahaha sory lah abangku. Hahahahaha tak ada lawak lah weh hahaha" Nia masih tidak henti dengan tawanya. Seperti hendak menangis pun ada.

"Dah lah. Malas nak cakap dengan kau dik." Nizam mula merajuk dan mula mengangkat kaki untuk keluar daripada bilik Nia.

"Haha okay. Bye my beloved bro. Hahahaha!" Tawa Nia lagi. Seperti menyindir suka akan Nizam beredar dari biliknya.

Nizam yang dengar akan ayat yang diucapkan adiknya, menjadi semakin geram.

"Cis. Tak guna punya adik. Ingat nak pujuk! Brengsek betul. Hish!" Omel Nizam.

Nizam yang hendak keluar tadi mula berpatah balik ke arah Nia.

"Adik!" Bantal yang berada di tangan Nizam tadi dibaling ke arah Nia.

"Apa ni? Baling bantal." Ujar Nia bersahaja. Dia juga dapat menghidu perkara yang akan Nizam tanyakan nanti. Sudah masak dengan perangai abangnya.

"Eee orang panggil dah lah tak layan. Pastu orang merajuk pun tak pujuk. Menyampah betul lah." Tutur Nizam. Mula pancing Nia.

"Haha abang nak apa sebenarnya? Cuba straight to the point." Nia membuka peluang kepada Nizam.

"Adik, balik sekola tadi pahal? Gaduh eh? Teruk ke? Macam serius je abang tengok?" Bertalu-talu Nizam menyoal Nia.

Nah tu dia. Tepat sangkaan Nia apa yang Nizam mahukan sebenarnya.

"Ala tak ada benda lah. Sibuk je." Bidas Nia. Sebenarnya malas mahu buka cerita. Hatinya sakit.

"Alo. Cerita lah adik." Nizam memujuk adik kesayangannya itu.

"Gaduh sikit je dengan si Irfan tu. Sibuk kacau orang. Ha amik lah sebijik! Padan muka." Ujar Nia dengan nada yang geram. Teringat muka Qazif apabila ditengking oleh Nia. Kesian pun ada. Ah tapi lantak dia lah!

"Adik marah dia depan orang ramai? Hish. Tak baik tau!" Nizam mula bersuara. Eh? Backup siapa ni?

"Tadi nak sangat orang cerita. Ha jangan bikin panas. Dah dia kacau adik. Padan lah muka dia sana. Menyemak je dalam hidup orang!"

"Abang tahu lah. Tapi tak baik. Adik malukan dia. Lagi pun ramai kan yang lalu kat situ tadi. Mesti dia malu." Tutur Nizam lembut. Cuba menasihati adiknya yang berhati 'brutal' itu.

"Adik tak suka dia. So, biar lah dia nak malu ke apa ke. Siapa suruh berani kacau adik, siap sentuh lagi. Dia fikir apa? Tak ada otak betul!" Kali ini amarah Nia semakin menaik apabila teringat Qazif ada menyentuh lengannya.

"Sampai macam tu sekali adik benci kan dia? Sebab hal dulu?" Nizam cuba membuka cerita lama.

"Weh bro, cerita lama tak usah diungkit. Sebelum dumbell ni mendarat kat muka hang, baik diam." Nia memberi amaran. Malas hendak melayan cerita mengenai Qazif Irfan.

"Em yelah. Tapi kan adik, jangan lah sebabkan dia sorang,adik benci lelaki lain. Tak semua lelaki macam dia." Nasihat Nizam. Nizam tidak mahu adiknya terus menyalahkan lelaki lain hanya kerana seorang lelaki.

"Whatever lah abang." Ujar Nia pendek.

"Adik percaya tak, ada orang bukan macam Qazif?"

"Tak!" Bidas Nia sepatah.

"Siapa kata tak? Adik sendiri kenal orang tu." Nizam cuba bermain kata dengan Nia.

Nia mula mengangkat keningnya.

"What do you mean?"

"Muhammad Fakhrullah Ziyad. Hahahahaha" Tiga patah perkataan nama itu disebut membuatkan Nizam ketawa sendiri.

"Lu fikir lawak ke?" Nia mula serius.

"Tak. Ini fakta. Betul. Dia lain. Lain daripada macam Qazif yang adik cerita tu. Kenal lah dengan dia. Mana tahu, kot kot dapat lenturkan hati adik tu hahahaha!" Usik Nizam melihat muka Nia berubah.

"Jangan harap lah abang. Jangan harap!" Azam Nia.

"Haha jangan cakap besar adik. Silap haribulan kau kahwin dengan dia kang."

Nia yang malas hendak melayan Nizam, hanya menjeling dan menyembunyikan mukanya disebalik bantal kesayangnnya. Cuba menepis pelbagai perasaan yang hadir.

"Kau tengok je lah adik. Hati kau yang keras dengan lelaki tu, akan cair jugak." desis Nizam kemudian beredar dari bilik itu.

************************************

Ziyad sedang ralit melihat gambar ketika bercuti tempoh hari. Rindu pada percutian itu seperti ingin saja ulang lagi.

Sedang Ziyad scroll gambar-gambar tersebut, tangannya terhenti pada satu gambar. Gambar dimana dalamnya ada Nia.

Ziyad baru teringad, sewaktu Nia dan Nizam berada di balkoni, waktu itu Ziyad juga berada di situ. Mungkin gambar itu diambil sewaktu sebelum Ziyad perasan akan kehadiran Nia.

Lama Ziyad perhatikan gambar itu. Jelas wajah Nia di screen itu. Perasaan lain mula hadir dalam hatinya. Tersedar mula hanyut, Ziyad segera istighfar sebanyak mungkin.

"Jangan Ziyad. Tak baik. Perasaan tak betul ni. Kalau dia tahu aku ada gambar ni, mesti angin. Haih dah lah garang gila." Omel Ziyad.

Ziyad mula menyimpan handphonenya. Perasaan yang hadir segera ditepis. Dia tidak mahu jatuh cinta. Dia juga tahu, hatinya sukar untuk jatuh cinta. Tapi kali ini, entah kenapa?

Hati Ziyad berdolak-dalik. Ziyad tahu Nia mempunyai kaitan dengan Qazif. Sewaktu Qazif menegur Nia di dalam kelas, Nia pula marahkan Qazif. Walhal Qazif begitu mengambil berat terhadap Nia. Ziyad perasankan hal itu.

Ziyad juga tahu Qazif masih menyayangi Nia meskipun dia tidak tahu punca pergaduhan mereka. Dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan mereka. Walaupun hatinya ingin sekali berkenalan dengan Nia Sofea.

************************************

Alhamdulillah dapat jugak update bab 20 untuk readers yang tunggu tu :D haha finally. Sanggup tahan mata ni walaupun dah ngantuk. Nah this for you olls. Apa apa pun boleh comment ya? Thankyou :*

FasyaLola.

Minah BrutalRead this story for FREE!