Bab 28

3.1K 131 20

Kelas matapelajaran Prinsip Akaun pada waktu itu agak lengang kerana guru tersebut tiada.

Nia yang sedang membaca novel terhenti apabila Syafira menegurnya.

"Nia."

"Ya. Kenapa?"

"Kau rasa patut tak aku declare dengan Farhan?" Soal Syafira menarik perhatian Nia.

"Kenapa? Kau dah ubah fikiran?"

"Tak ada lah. Aku kesian pulak biar dia terhegeh-hegehkan aku."

"Kau nak tahu something tak? Aku tengok Farhan tu macam ikhlas lah sayangkan kau. Tapi yeah terpulang dekat kau."

"Kenapa kau cakap macam tu? Dengan Farhan kau boleh nampak ikhlas tapi kenapa laki lain tak?"

"Yelah kau tengok lah Farhan tu rajin pegi masjid, solat. Kau tengok balik sekolah pun dia selalu teman kau kan? Tak macam si Qazif tu. Takde guna. Kau jangan risau lah, Farhan tu boleh percaya." Nasihat Nia pada Syafira. Dia tahu isi hati rakan baiknya itu.

"Jangan buat laki tertunggu. Kekadang aku geram jugak tengok kau ni. Kau macam seksa perasaan dia. Kau sayang tapi kau nafikan? Kau ingat aku tak geram ke dengan kau?" Tambah Nia lagi.

Syafira hanya terdiam mencerna bait bicara Nia. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Ya sayang. Tapi dia tidak berani untuk membuat keputusan.

************************************

"Kita nak pergi mana?" Ujar Nia apabila Nizam masih tidak mahu menjawab persoalannya.

"Adalah. Diam je boleh tak? Bising."

"Hishhhh! Tahi betul lah dia ni."

Usai Nizam memarkirkan keretanya, Nizam dan Nia jalan beriringan masuk ke dalam shopping complex.

Nia yang melihat Nizam seperti mencari-cari seseorang turut mencari siapa yang Nizam sedang cari.

"Bro." Sapa seseorang.

"Eh ha! Yow what's up!" Nizam berjabat tangan dengan Ziyad dan Nasrullah.

Dari ekor matanya Nizam tahu Nia sedang memerhatikannya meminta penjelasan.

"Ha okay kita nak pergi mana? Makan,wayang,karaoke, bowling?" Nizam bersuara mencadangkan hasratnya sebelum Nia melontarkan soalan bertubi-tubi.

Setelah berbincang, mereka bertiga bersetuju untuk menonton wayang. Nia hanya mengikut Nizam sahaja. Seperti mahu dirobek-robek saja muka abangnya.

"Along. Lawa kan?" Puji Nasrullah.

"Hish kau ni."

"Apa? Angah puji je dia lawa. Hek eleh jealous lah tu."

"Takde makna lah." Ujar Ziyad menutup perasaan yang terselindung. Tidak dinafikan Ziyad juga memuji kecantikan Nia tanpa sebarang make up itu. Jujur Nia cantik kerana natural beautynya.

"You own me explanation!" Tutur Nia geram.

"What?" Nizam membuat muka tidak bersalah.

"Kenapa tak cakap keluar dengan diorang?" Tuntas Nia. Tidak bersetuju dengan tindakan abangnya.

"Saje."

Dipandang abangnya atas bawah tanda protes. Nasib lah abang.

Selesai membeli tiket, Nizam mengajak mereka untuk menjamu selera. Dia tahu dengan ini saja dia boleh memujuk Nia.

"Adik tak nak duduk semeja dengan dorang!" Ujar Nia protes.

"Mana boleh! Dorangkan datang dengan kita."

"So what?"

"Meh meh duduk jangan malu-malu." Nizam menjemput Ziyad dan Nasrullah duduk dihadapan mereka tanpa menghiraukan Nia.

Nia hanya memandang skrin handphonenya menahan geram.

"Nas. Jom ikut abang order!"

Nia yang terdengar seakan tersedar dari lamunan. Nasrullah ikut abang?

Mereka bangun dari kerusi.

"Eh eh! Nak pergi mana?" Soal Nia cemas. Takkan tinggalkan aku dengan dia?

"Pergi order lah. Duduk sini diam-diam orang ramai ni."

Belum sempat Nia hendak bersuara, Nizam telah mengangkat kaki meninggalkan mereka.

How dare you abang

Ziyad melihat Nia yang gugup bila berduaan dengannya. Entah mengapa Ziyad terasa ringan mulut untuk menegur Nia tetapi suaranya bagaikan tersekat.

"Apa tengok-tengok?!" Marah Nia.

Ziyad yang leka terkejut apabila ditegur sedemikian. Garangnya.

"Hee takde pape." Entah macam mana Ziyad jadi berani sebegini. Setahunya, dia pemalu dengan perempuan.

Sangkaan perasaanya ditepis jauh-jauh. Itu semua mustahil.

"Awak ada hutang dengan saya." sekali lagi Ziyad berani bersuara.

Nia masih mencerna apa yang dikatakan oleh Ziyad. Aku salah dengar ke?

"Hutang? Hutang apa pulak ni? Bila masa saya berhutang dengan awak? Jangan perasan lah." Ujar Nia bertubi-tubi. Biasalah dia bila bercakap memang begini.

"Ya ada. Awak hutang dengan saya. Sebab haritu saya dah tolong awak."

"Saya dah cakap terima kasih." Tuntas Nia. Geram apabila Ziyad mengungkit.

"Bila masa?"

Tercengang Nia mendengar ayat Ziyad. Bila masa? Weh dia ni nak kena tumbuk ke?!

"Dalam library tu apa?!" Nia sedikit angin.

Ziyad yang melihat Nia sudah angin, hanya ketawa.

Tawa Ziyad membakar lagi kemarahan di hati Nia.

"Tu saya tahu. And awak nak tahu? Tu moment paling best kot dalam hidup saya bila awak datang ucap terima kasih." Tutur Ziyad seperti menyampaikan niat hatinya.

Nia menahan rasa malu, cuba tidak menghiraukan Ziyad. Fikir sweet ke? Lelaki, ayat manis je ~

"Tapi ada lagi satu pertolongan saya yang awak berhutang." Tambah Ziyad lagi.

"Pertolongan apa pulak? Awak tolong saya sekali je. Jangan reka cerita. Saya tak.."

"Saya tolong awak bayar air masa dekat kantin sekolah. Ingat?" Ziyad pantas memotong percakapan Nia.

Nia cuba memerah otaknya mengingati apa yang Ziyad katakan.

"Awak jangan nak buat cita? Nak kata saya berhutang duit pulak." Ujar Nia geram.

"Sah lah awak ni lupa. Ke? Awak malu sangat dengan saya sampai lupa bayar air milo? Hahaha." sindir Ziyad sambil ketawa mengingati perkara tersebut.

Serta-merta Nia teringat. Mukanya mula merona kemerahan bila Ziyad semakin galak ketawa.

"Haa nak saya bayar berapa? Cakap lah. Lebih dari harga milo tu pun saya mampu lah!"

Ziyad berhenti ketawa. Dipandang muka Nia sekilas.

"Saya tak nak duit awak."

Hish dia ni nak apa? Tak nak duit habis tu nak apa? Tak kan nak air milo tu balik pulak. Dah lah dah terhadam dalam perut. Omel Nia sendirian.

"Saya nak berkenalan dengan awak." Ujar Ziyad menyatakan hasratnya.

Omelan Nia terhenti mendengar permintaan Ziyad. Kenal? Apa dia merepek.

Belum sempat Nia membuka suara, Ziyad berkata lagi.

"Saya Muhammad Fakhrullah Ziyad Bin Ahmad Fauzi. Awak?" Ziyad memperkenalkan dirinya seperti orang baru berjumpa walhal mereka sudah menjadi rakan sekelas. Ya hanya rakan sekelas.

Nia kehilangan kata. Entah kenapa Nia menjadi seperti seorang yang dia sendiri tidak kenal. Padahal dia sendiri tahu dirinya anti dengan lelaki.

Minah BrutalRead this story for FREE!