Bab 8

2.8K 139 2

"Adik. Kenapa adik ni?" rungut Nizam

"Kenapa apa? Abang ni gila ke?" ujar Nia dengan muka selambanya.

"Kenapa adik buat macam tu tadi? Malu abang tau! Tengok apa adik dah buat? Perempuan tu tinggalkan abang macam tu je." ujar Nizam sayu.

Alahai abang aku ni drama pulak

"Abang tu kenapa? Bawak anak dara orang ke hulur ke hilir. Nak buat apa kat taman tu?" tanya Nia bertalu-talu.

"Abang tak buat apa pun. Adik ada nampak ke abang nak rogol dia ke apa ke? She my girlfriend lah adik." tutur Nizam mendatar.

"Oh ada girlfriend tak habaq dengan ceq nah!" omel Nia dengan loghat Kedahnya.

Nia ni memang suka kalau tengah cakap campur-campur loghat. Kejap Kedah,kejap Johor,Indon pun termasuk sekali. Harap memahami :P

"Hmm. Takkan semua abang buat nak bagitahu adik?" ujar Nizam sambing jeling Nia di hadapannya. Marah lagi lettew!

"Yela. Sory. Adik terpaksa buat lakonan macam tu tadi." ujar Nia.

"Terpaksa? Apa yang terpaksa sangat nak buat macam tu? Haih!" dengus Nizam.

"Ala abang dah lah tu. Jangan lah marah. Hm abang kan tahu adik macam mana dengan lelaki? So,bila Nia nampak abang macam tu, Nia takut lah abang buat apa-apa." terang Nia.

"Astaghfirullahalazim. Adik ni agak-agak lah takkan abang nak buat apa-apa kat dia. Abang sayang dia tau!" jelas Nizam.

Ceh! Sayang konon. Huh lelaki!

"Adik. Sampai bila adik nak anggap laki macam tu? Abang faham apa adik pernah rasa. Tapi, tak semua macam Qazif tu lah sayang. Masih ada lagi lelaki yang jujur,ikhlas dengan perempuan. You know what? Like me?" puji Nizam sendiri.

Ceh poyo angkat bakul betul!

"Eh orang cakap dengan dia lah buat mula pulak!" getus Nizam lalu mencubit Nia.

"Hish sakit lah! Dah lah Nia nak masuk bilik. Dah lah abang kacau mood Nia main penny. Grr!" omel Nia kemudian meninggalkan Nizam sendirian.

"Haih Nia Nia. Ya Allah, kau bukakan lah hati Nia ya Allah. Amin." doa Nizam dalam diam.

******************************

Nia mencampakkan pennynya dia bawah katil. Kemudian dia menghempaskan badannya di atas katilnya.

"Haih. Kesian jugak abang tadi. Aku pun tak patut buat macam tu. Apa lah kau ni Nia! Tu kan abang kau, takkan abang kau macam si Qazif tu kot. Hm lawo awek abang tadi. Rasa bersalah pulak." tutur Nia kesal.

Nia berfikir cara untuk membetulkan keadaan yang dia sendiri kucar kacirkan.

Nanti lah fikir. Dah nak maghrib dah ni. Baik aku mandi lepastu solat.

Nia yang tidak mahu membuang masa, lantas bangun dari tempat beradunya dan menuju ke bilik air.

Selesai memberi salam, Nia beristighfar sebanyak yang boleh. Nia memulakan doanya dengan mendoakan ibu bapanya. Nia juga sempat mendoakan untuk dirinya sendiri.

Nia bingkas bangun dan melipat telekungnya. Kemudian dia duduk di meja belajarnya.

Perasaan kesal akan kejadian petang tadi masih menyelubungi jiwanya. Tidak tenteram rasanya apatah lagi yang kecewa itu abangnya sendiri.

Nia yang mahu menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya, tidak senang duduk.

Nia kemudian mengambil keputusan untuk ke bilik abangnya.

Perlahan-lahan Nia mengetuk pintu bilik Nizam.

Tok tok.

"Abang.." panggil Nia meleret.

Nia yang malas hendak menunggu terus memulas tombol pintu bilik Nizam.

Nizam yang baru saja selesai solat menegur adiknya yang tercegat di muka pintu.

"Ya adik? Kenapa cari abang?" soal Nizam.

Nia kemudian mengambil tempat di atas katil abangnya.

"Abang. Nia mintak maaf pasal petang tadi. Nia tak patut buat macam tu. Nia mintak maaf." pinta Nia kesal.

"Takpe lah adik. Abang dah maafkan. Nia lain kali jangan buat macam tu lagi ya?" nasihat Nizam.

"Abang pun salah tak bagitahu Nia pun abang ada girlfriend." ujar Nia membela diri.

"Eh? Tadi dah mintak maaf? Ni apa kes cari gaduh balik apa? Haa tarik balik kang maaf tu." ugut Nizam.

"Ala yelah. Hm." Nia hanya mengeluh sayu sambil memintal hujung jarinya.

"Kenapa ni adik? Adik risau ya abang macam Qazif? Adik. Trust me I won't be like that." pujuk Nizam.

"Takde lah. Adik rasa bersalah buat abang macam tu. Dah lah abang kena pukul dengan..siapa nama dia? Hana? Haa dah lah abang kena pukul dengan Hana Montana tu. Ganas betul. Seram adik." ujar Nia bersahaja.

"Hahaha apa lah adik ni. Nama dia Hana Qaisara lah. Bukan Hana Montana. Eleyh adik tu apa kurangnya? Kak Yong jalanan.Hahahahahahha." ujar Nizam sambil ketawa. Geli hati mengenakan adiknya.

"Daripada abang? Jambu tak bertempat. Entah macam mana Hana tu boleh sangkut dengan jambu macam abang ni haha!" gelak Nia memulangkan paku buah keras. Nia kalau dah gelak, lupa alam semesta! Ceh hiperbola sekejap.

"Amboi amboi. Kenakan orang nombor satu ya. Hm ni abang nak nasihat sikit. Adik, abang tahu adik mungkin susah nak percaya lelaki. Tapi,trust me okay? Tak semua lelaki macam Qazif Irfan tu. Adik cuba lah kenal dengan orang baru. Baru lah adik boleh percaya kata-kata abang ni. Abang percaya adik abang ni tak de lah keras mana hatinya, mesti one day mesti akan ada orang yang akan lembutkan hati adik abang ni. Okay, tengok jelah nanti?" nasihat Nizam panjang lebar pada Nia.

"Hm yelah. InshaAllah kalau Nia baik. Kalau hati Nia boleh lembut." tutur Nia.

"Kalau tak? Jadi andartu lah adik? Hahahaha." sekali lagi Nizam mengenakan adiknya

"Hish kwangjak!" Nia yang geram terus menumbuk dada abangnya yang bidang itu.

"Duhh sakit ah adik. Hish tu lah kata girlfriend abang ganas lagi. Dia pun sama. Harap je pendek badan kecil, tapi tumbuk mengalahkan orang angkat berat!" adu Nizam sambil membebel.

"Tengok orang lah!" Nia cuba berbangga dengan dirinya.

Meskipun Nia seorang yang pendek dari rakan-rakannya, tapi dia tidak lah selemah itu yang boleh dibuli oleh manusia.

"Adik boleh jadi gang lah dengan Hana. Dia pun jenis kasar jugak macam adik ni." jelas Nizam.

"Habis lah abang. Girlfriend ganas, adik pun ganas. Uish! Patah riuk tulang abang! Haha." tawa Nia gembira.

"Seghonok kau ya dik. Hish." Nizam cuba marah.

"Ala gurau lah. So,dah baik dengan Hana tu?" tanya Nia yang teringat akan gadis itu.

"Belum. Dia tak percaya abang cakap Nia adik abang. Hm." ujar Nizam sayu. Kemudian Nizam mengambil handphonenya untuk menunjukkan Nia chat Nizam bersama Hana.

"Haha parah lah jugak. Takpe don't worry abangku sayang. Nia ambil nombor dia ni okay? Nanti Nia ws dia." ujar Nia yang terdetik idea di kepalanya untuk menerangkan hal sebenar kepada girlfriend abangnya itu.

Nia segera mendail nombor tersebut di dalam handphonenya kemudian disavekan contact tersebut sebagai Hana Qaisara.

Hmm sedap nama dia. Dah lah cantik untung abang.

"Eh adik nak buat apa tu? Tak payah lah takpe takpe." tutur Nizam resah.

"Adelah. Bhoi abang. Gudnite!." Nia terus bangun dari katil abangnya dan terus keluar dari bilik itu.

"Haih. Jangan lah budak ni buat bukan-bukan. Risau betul lah aku!." Nizam resah apabila Nia seperti ingin melakukan sesuatu. Bukan dia tidak kenal adiknya itu.

'Haih jauhkan lah yang tak baik ya Allah. Kau lembutkan lah hati adikku ini'

Minah BrutalRead this story for FREE!