Bab 24

2.8K 128 13

"Tolong. Tolong jangan apa-apakan aku. Lepaskan aku!" Teriak Nia ketakutan. Masih mencari sisa kekuatan yang tinggal.

"Kau nak pergi mana?! Kau dah tak boleh lari dari sini! Bagi lah kiteorang sentuh sikit, tak luak pun!"

"Shit! Don't touch me bitch!" Laung Nia, berharap akan ada manusia yang menolongnya.

"Bitch? Wow. You make me crazy lah baby." Lantas lelaki tersebut mula bertindak kasar dengan Nia. Sebelah lengan bajunya terkoyak ditarik begitu ganas sekali.

"Tolongggg!!!!" Jerit Nia sepenuh hati.

"Adik! Adik bangunnn!"

"Tolong. Tolong aku. Jangan sentuh aku!" Nia masih meracau dalam tidurnya.

Nizam mula panik melihat adiknya seperti hilang waras.

I'm sory Nia. Abang tahu kau akan mengamuk, argh whatever.

1,2,3.. dengan tidak teragak-agak, Nizam menyimbah air segayung ke muka Nia.

"Abanggggg!!!" Ya tu dia, singa jadian.

"Apa?" Soal Nizam dengan muka selamba.

"Kenapa abang simbah Nia, what the hell you are doing?!"

"Sory. Adik meracau tadi, so ni je lah jalan terbaik. Bak kata Boboiboy, Terbaikkkk."

Nia yang terkejut, tidak cukup nafas. Seperti baru lepas lari saja, walhal baru bangun dari tidur.

Nia mula turun dari katilnya, habis basah gara-gara Nizam.

"Auchh!" Adu Nia. Nia membelek lengan dan kakinya yang luka dan kemerahan. Dengan kepala yang berdenyut, Nia mula hairan, Nizam yang tersedar segera ke arah adiknya.

"Adik nak pergi mana? Jalan lah elok-elok nanti jatuh." Pesan Nizam cemas. Sayang benar dengan adiknya.

"Abang, kenapa kaki dengan lengan Nia sakit? Nia demam ke? Kenapa pening?" Soal Nia bertubi-tubi.

Nizam mula panik. Tak kan budak ni tak ingat apa jadi malam tadi?

"Adik. Tak ingat ke apa jadi semalam?"

"Jadi? Jadi apa?" soalan dijawab soalan.

"Adik kan semalam, em, semalam hampir kena rogol?" Nizam mula mengingatkan Nia.

Sejenak itu, Nia mula teringat akan mimpinya sebentar tadi. Nia mula ketakutan.

"Then? Did I.." belum sempat Nia meneruskan kata-katanya, Nizam yang seakan mengertu terus memotong percakapan adiknya.

"No! Tak! Adik selamat! And you know what? Ziyad yang selamatkan adik! See?" Nizam sempat menyebut nama Nizam meskipun tahu Nia tidak suka.

"Ziyad? Apasal pulak? Dia selamatkan Nia? Haha impossible!" Tawa Nia. Entah apa yang lucu.

"Tu lah. Orang cakap tak nak percaya, dia yang selamatkan adik tau. Dia yang call abang. Adik kena berterima kasih dekat dia, if not, you know what will happend right?" Nizam cuba memberi nasihat kepada Nia.

Sedikit demi sedikit kejadian semalam berulang tayang di minda Nia. Ya, benar. Ziyad yang menyelamatkan diri dan maruahnya.

************************************

Waktu persekolahan hari Ahad itu tamat jam 1:05 petang. Sepanjang kelas, Nia tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Nia masih berfikir bagaimana hendak mengucapkan terima kasih kepada Ziyad.

Hatinya gusar. Sudah lah banyak sangkaan buruk dibuat oleh Nia pada Ziyad sebelum ini. Betapa brutalnya jiwanya, sehingga tidak mahu melihat kebaikan lelaki lain.

Nia bergerak ke perpustakaan sekolah. Tidak mahu pulang ke rumah kerana dia mahu mengulang kaji semula pelajaran hari ini.

Mungkin kebetulan, atau mungkin memang disengajakan, ketika Nia memasuki perpustakaan, Nia melihat Ziyad sedang membaca buku di satu sudut.

Nia mula dihurungi perasaan bersalah. Mesti dia cakap aku sombong, dah selamatkan aku, tapi aku tak ada cakap terima kasih. Arghh. Nia buntu.

Sejenak Nia berfikir, kemudian dia bergerak menuju dimana Ziyad sedang duduk.

"Hai." Ujar Nia terketar-ketar. Eh? Aku ke ni? Ah sudah.

"Eh? Hai. Nia, awak buat apa dekat sini?" Ziyad yang juga seakan terkejut dengan kehadiran Nia dan ditegur oleh Nia.

"Nama pun library, em, tak kan nak main rollerblade pulak kan dalam ni?" Sempat berlawak Nia.

"Haha. Okay bit funny. Awak nak apa?" Soal Ziyad bertentang mata dengan Nia.

Oh My God. Behave Nia. Jangan melt.

Sedar dirinya hampir terleka, Nia segera kembali ke bumi nyata

"Saya nak cakap terima kasih. Sebab malam tu." Tutur Nia ringkas. Jantungnya pantas berdegup.

"Malam? Malam apa?" aih Ziyad ni mengada betul. Saja mahu bermain kata dengan Nia. Seperti suka melihat Nia begitu.

"Em, malam tu ah, em kan awak selamatkan saya. So, nak cakap lah terima kasih." Ujar Nia mendatar. Ah! Aku nak cakap terima kasih je pesal mamat ni panjangkan perbualan ni.

"Haha. Awak, nak tanya boleh?"

Eh Ziyad ni pesal pulak nak tanya-tanya ni, duhhh.

"Tanya apa?"

"Kenapa awak berpeluh-peluh? Awak baru lepas lari ke? Hahahaha." Tawa Ziyad geli hati melihat mimik muka Nia ketakutan.

"Awak takut dengan saya eh?" Tebak Ziyad. Menyambung ayatnya.

Nia terasa panas. Seperti dipermainkan. Ah lelaki! Tak guna. Ingat aku apa!

"Suka hati lah. Bye." Nia membuka langkah untuk bergerak. Dingin.

"Eh awak kejap!" Ziyad spontan menghentikan langkah Nia. Nia toleh ke belakang menghadap Ziyad.

"Apa lagi?" Getus Nia. Geram.

"Haha jangan lah marah. First time dapat bercakap dengan awak, so, nak cakap, sama-sama. Mungkin Allah dah takdirkan saya untuk lalu jalan tu tolong awak." Ucap Ziyad serius tidak seperti mula-mula. Diakhir ayatnya Ziyad sempat mengukir senyuman nipis.

Nia seakan terpukau dengan senyuman Ziyad. Senyuman keikhlasan. Sangkanya selama ini lelaki semua penuh dengan penipuan. Tapi, masih wujud ke lelaki yang penuh keikhlasan? Seperti yang dilihat dihadapannya ketika ini?

Minah BrutalRead this story for FREE!