Bab 23

2.4K 109 1


Nia berjalan seorang diri di Jalan Seget itu. Malas hendak berjalan dengan abangnya, kecewa dengan abangnya masih ada. Sudah lah bawa teman tidak beritahu, jalan pula berdua, dibiarkan Nia di belakang seorang diri. Cis. Abang apakah ini? Kebenaran tidak sepatutnya kejam. Eh?

Nia berjalan mengelilingi bazar karat itu. Diperhatikan satu-satu kedai yang mempunyai pelbagai jenis barang yang dijual. Tudung, baju, peralatan handphone, tidak ketinggalan juga barang-barang JDT, kedai makanan dan juga haiwan yang terdapat di situ.

Nia hanya berjalan mengikut kakinya sahaja, entah kemana pun dia tidak pasti. Selepas melewati kedai yang menjual barang-barang JDT, sekumpulan remaja lelaki mengekori Nia.

Pada awalnya mereka hanya bertanya akan nama Nia, tetapi Nia hanya berbuat bodoh. Nia mula risau. Sudahlah dia jalan seorang diri. Remaja tersebut tidak henti- henti mengusik Nia. Nia mula tidak senang hati bila mereka mula menarik beg Nia. Spontan saja Nia menepis tangan mereka.

"Kau nak apa hah?! Jangan kacau aku boleh tak?!" Lantang Nia mula marah.

"Wah. Dia marah lah. Wuhuu cantiknya awak ni. Nak kenal boleh?" Tanya salah seorang daripada remaja tersebut. Mula mengusik Nia.

"Bla lah! Jangan kacau aku!" Nia buntu. Buntu ingin buat apa, sudah lah tempat yang sedang mereka berhenti itu jauh dari kawasan orang ramai.

"Ya Allah." Hanya itu saja terdetik di hati Nia. Allah Yang Maha-Esa.

"Awak ni garang sangat lah. Jarang tau kiteorang jumpa perempuan cantik tapi garang macam ni. You attrack our attention!" Ujar lelaki itu teruja. Ayat saja sudah tahu ada niat tidak baik.

Nia mula gerun. Tidak pasti apa yang akan berlaku.

"Kepala otak kau lah attrack your attention! Kau yang kacau aku tiba-tiba. Baik kau bla! Bla sebelum aku jerit panggil abang aku!" Nia memberi amaran. Ah! Macam tak masuk akal, macam lah dorang kisah, abang? Nizam juga dia sendiri tidak tahu kemana!

"Jerit lah. Jerit sekuat hati ya sayang, tak ada siapa pun kisah dengan you."

Nia mula hendak menangis, di hatinya teringat Nizam. Kalau saja tadi dia mendengar kata Nizam, pasti semua ini tidak berlaku.

Nia berkira-kira di dalam hati, dengan hati yang berdebar, dia mula kira di dalam hati untuk lari.

1,2,3.. Pusing, and yes!

Baru dua langkah Nia bergerak, auchh!

Cubaan Nia untuk lari tidak kesampaian apabila dia tersandung batu besar di hadapannya. Nia mula menangis. Kakinya mula sakit.

"Hahahaha kau ni, bodoh lah! Lari buat apa? Tengok dah jatuh. Alolo sakit ke sayang? Meh sini I tengok!" Manis lelaki itu berbicara. Nia mula gusar. Lelaki, ah tak guna!

"Tepi lah bangsat! Jangan sentuh aku!" Nia menepis tangan lelaki itu yang mahu memegang kakinya.

Lelaki itu mula panas dengan tindakan spontan Nia yang berani.

Dengan tenaga dia dan rakannya dua lagi, mereka menarik Nia ke lorong yang sedikit gelap.

Nia mula menjerit. Meronta cuba untuk melepaskan diri. Tapi apakan daya, kakinya yang luka itu mematahkan niatnya. Nia meronta agar dilepaskan.

"Tadi kau sombong kan! Bongkak! Panas je hati aku tengok! Haa sekarang rasakan!" Berang salah seorang daripada lelaki itu. Dia cuba untuk merentap shawl Nia yang menutupi auratnya itu.

Walaupun dalam gelap, atas bantuan samaran cahaya, Nia dapat melihat lelaki itu mahu membuka tudungnya. Nia segera menepis dan meludah lelaki itu.

Berasakan jijik dilakukan begitu, lelaki tersebut mula bertindak agresif. Dengan bantuan rakannya dua lagi, mereka membantu rakannya yang bernama Roy itu.

Minah BrutalRead this story for FREE!