Bab 27

2.2K 108 4

Sakitnya hati aku dengan kau. Eh kau fikir kau siapa hah?! Berlagak. Monolog Nia sambil menumbuk-numbuk tilam empuknya. Geram bukan kepalang. Masih terngiang akan tutur bait bicara Nurin.

Flashback

Nurin datang mendekati Nia yang sedang duduk sendirian. Nurin melihat lelaki yang bersama Nia tadi masih bermain bowling dengan seorang perempuan. Entah siapa dia tidak mahu ambil tahu. Yang dia hanya ingin tahu, Nia Sofea.

"Hai Nia." Ujar Nurin sambil duduk di hadapan Nia.

Nia yang sedang bermain handphonenya terhenti melihat gerangan yang menegurnya.

"Hai. Siapa eh?" ujar Nia hairan. Sudah lah tak kenal, disebut lagi nama aku.

"Oh lupa, kau mana kenal aku kan? Oh ya aku Nurin. Cousin Qazif." Pantas Nurin memperkenalkan dirinya lebih detail.

Tersentak Nia apabila nama asing itu disebut.

Ah sudah! Pebenda dia nak ni? macam mana dia ada dekat sini! Pelbagai soalan mula menerjah minda Nia.

"Kau Nia Sofea kan? Ex Qazif?" Soal Nurin. Makin panas Nia dibuatnya.

Peluang keemasan ini diambil oleh Nurin memandangkan Qazif pergi ke tandas. Niat Nurin untuk menyakiti Nia.

"Qazif? Siapa eh? Tak kenal lah. Sory." Selamba Nia menuturkan bait bicaranya.

Nurin hanya memandangnya menyampah.

"Takkan ex sendiri tak kenal kot? Apalah kau ni?" Soal Nurin lagi. Dia tahu Nia hanya berpura tidak kenal akan Qazif.

"Dah saya cakap tak kenal, taklah."

"Em padan lah kau ni kan? Boyfriend sendiri tak reti jaga, sampai menagih kasih dekat perempuan lain. Haha pity of you baby!" Sindir Nurin makin pedas.

Nia yang sudah baran melampiaskan marahnya sepantas kilat.

"Eh perempuan! Kau ni nak apa?! Kau dah lah datang tiba-tiba pastu nak bikin panas dekat sini?! Kau pahal?!" Bentak Nia sambil menumbuk meja di hadapannya. Mahu saja ditarik rambut hantu si Nurin.

"Lah marah ke? Tadi cakap tak kenal Qazif siapa. Then kenapa marah-marah ni?" Nurin membuat suara manja ala ala minta kena pijak.

"Memang aku tak kenal! Yang kau nak sebut aku tadi tu kenapa?! Nak cakap aku tak pandai jaga boyfriend bagai! Eh! Cermin diri kau boleh tak sebelum nak bercakap dengan aku?!" Amarah Nia semakin memuncak. Ditahan barannya yang semakin menggila.

Nurin masih berlagak selamba. Baginya baru sikit saja dia menjentik hati Nia.

"Betulkan aku cakap, kau memang tak pandai jaga boyfriend. Sebab tu dia pergi dekat perempuan lain."

Nia yang tidak dapat menahan api barannya, entah macam mana dia melepaskan sebiji penumbuk ke arah wajah Nurin.

"What the hell!" Nurin yang sedari tadi berlagak diva tergamam apabila ditumbuk oleh Nurin.

"Kau ni kan! Memang.." Nurin yang bangun hendak menolak Nia, tetapi dia ditolak Nia terlebih dahulu sekuat hati dan terjatuh ibarat nangka busuk jatuh.

"Weh perempuan! Kau ni takde adab ke hah?!" Jerkah Nurin berang. Dia cuba bangun daripada posisi dia terjatuh.

Hatinya terpingin untuk tampar wajah Nia, Nurin menghayunkan tangannya ke arah pipi Nia.

Nia yang tidak sempat untuk mengelak hanya memejam mata seakan redha jika ditampar oleh perempuan tidak sedar diri itu.

Eh? Tak rasa apa pun? Mana tangan dia?

Minah BrutalRead this story for FREE!